03

2.1K 299 155
                                    

03 : Secret Room

"Kim Doyoung!" Junkyu berlari memeluk adik bongsunya. Dia memeluk Doyoung dengan erat.

"Hyung!"

"Doyoung, kau tak apa-apa kan?" Tanya Junkyu.

Doyoung menganggukkan kepalanya. Junkyu menarik nafas lega. Akhirnya, Doyoung selamat.

"Apa yang terjadi, weh?" Tanya Jihoon.

"Bandar kita... Kena serang dengan zombie." Jawab Haruto.

Doyoung terkedu. Jantungnya yang tadi laju berdetak, tiba-tiba sahaja terasa terhenti seketika. Jihoon tergamam tidak percaya. Apa yang dia nampak kat jalan tadi bukanlah setan tapi...

"J-Jadi... Aku nampak tadi..."

Hyunsuk menganggukkan kepalanya. Dia meletakkan tangannya atas bahu Jihoon.

"Kau nampak dia. Zombie. Zombie tu."

"B-Bukan ke benda tu hanyalah sebatas cerita rekaan?" Tanya Doyoung, dia masih tak percaya.

Jeongwoo yang duduk sebelah Doyoung tu bangun dan duduk dihadapan Doyoung. Kedua belah tangannya diletakkan pada wajah Doyoung.

"Doyoung, ini realiti yang kita kena hadap, Doyoung. Ini realiti." Ujar Jeongwoo.

Doyoung menggelengkan kepalanya. Tidak lama kemudian, riak wajahnya yang takut tadi berubah menjadi resah. Dia memegang lengan Junkyu dengan erat.

"Hyu-Hyung... Eomma... Appa... Macam mana?"

Junkyu menunduk ke bawah.

"Junkyu hyung! Eomma dengan appa macam mana?!" Kali ni, suaranya menjadi kuat daripada tadi. Apa yang terjadi dengan ibu bapanya?

"Appa... Appa tadi call hyung... Cakap... Jangan balik rumah sebab..."

Junkyu tak dapat menghabiskan bicaranya, air matanya jatuh berlinangan.

"Sebab apa?!"

"Sebab zombie tu dah masuk rumah kita!"

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now