12 (Ending)

2.3K 275 215
                                    

Last Chapter :

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Last Chapter :

Semua orang sedang tidur lena di dalam bilik masing-masing. Di rumah ini ada lima bilik. Sebilik ada tiga orang kecuali Yuta sebab tu kan rumah dia. Takkan dia nak tidur kat ruang tamu pulak, nyah? Malam ni, disebabkan mereka baru sahaja tinggal disitu, Yuta tidak tidur. Ditemani oleh Hyunsuk dan juga Jihoon. Mereka bertiga duduk di ruang tamu bersama.

"Hyung, berapa lama hyung tinggal disini?" Tanya Hyunsuk.

Yuta menggarukan belakang kepalanya lalu dia tersenyum. Jihoon dan Hyunsuk setia menanti jawapan yang keluar dari mulutnya. "Hyung tinggal di Korea dah dua puluh tahun. Hyung punya eomma dengan appa memang tinggal di Korea sejak hyung kecil lagi." Jawab Yuta, suaranya lembut sahaja.

"Yuta hyung, boleh Jihoon tanya lagi?"

Yuta mengangkat keningnya tanda ingin tahu lalu dia menganggukkan kepalanya. Apa soalan Jihoon yang ingin dia tanya pada Yuta? "Macam mana hyung boleh survive seorang diri dekat tengah bandar yang dipenuhi dengan zombie ni?" Tanya Jihoon.

"Hmm... Senang je. Sebab dulu masa hyung kecil kan, eomma dengan appa hyung memang dah ajar cara nak pertahankan diri lagipun... Hyung suka main Resident Evil." Yuta ketawa kecil. Berkat dia main game, dia dapat tahu basic nak lawan zombie macam mana.

"Hyung, kalau boleh, berapa lama je kita akan bertahan?" Persoalan Hyunsuk membuatkan Yuta terdiam. Seperti sedang memikirkan sesuatu. Yuta mengeluh perlahan.

"Hyung pun tak tahu. Tapi, hyung dengar kita ada satu perkampungan ni kat hujung bandar ni, tak ada zombie lagi."

Hyunsuk dan Jihoon berpandangan. "Seriuslah?" Yuta menganggukkan kepalanya. Jihoon dan Hyunsuk sudah tersenyum bahagia. Apakah di sana mereka akan selamat? Semestinya. Sedang mereka bertiga rancak berborak, ada seseorang sedang mendengar percakapan mereka di sebalik dinding.

"Bukan ke hujung bandar tu hutan? Celah mananya ada perkampungan?" Tanya orang itu. Dia menggelengkan kepalanya. DIa mengundur setapak untuk masuk ke dalam biliknya balik namun dia terlanggar satu meja menyebabkan botol kaca berisi cecair berwarna merah itu pecah dan tumpah. Dia terkejut.

"Ni... Darah? Kenapa... Dia simpan darah kat dapur?"

"Huh? Apa tu?" Yuta bangun menuju ke arah bunyi itu. Apabila dia melihat botol kaca itu, dia terkedu sebab tak ada orang pun.

"Macam mana boleh pecah?" Tanya Hyunsuk. Hairan betul dia.

"Entah. Hyung letak kat tepi sangat kot sebab tu pecah."

"Sini, Jihoon tolong-" Yuta cepat-cepat menepis tangan Jihoon. Jihoon tersentak. "Bahaya. Kaca ni tajam. Hyunsuk dengan Jihoon duduk dulu. Biar hyung kemas." Kata Yuta, nada lembutnya bertukar seperti kasar, suaranya tegas kedengaran.

𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now