07

1.8K 236 67
                                    

07 : A Whole Squad

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

07 : A Whole Squad

Yoon Jaehyuk pada waktu itu baru sahaja berumur tiga belas tahun. Dia masih lagi kecil tapi mindanya sudah cergas dan lebih matang dari kanak-kanak sekitar umurnya. Jaehyuk yang mempunyai seorang abang yang kini menetap di luar negara kerana melanjutkan pelajarannya itu menjadi pendiam sejak kecil. Dia tiada sesiapa untuk bermain. Hanya ada dia dan satu anak patung beruang yang dihadiahkan oleh abangnya. Ibu dan bapanya jarang pulang ke rumah. Ibunya, setiap kali dia pulang ke rumah, dia pasti akan kelihatan lelah. Wajahnya menjadi lesu manakala bapanya, selalu pulang dengan setitik darah yang melekat di baju. Apabila ditanya apakah pekerjaan mereka, jawapan mereka hanyalah dua.

"Doktor."

"Dan polis."

Jaehyuk yang baru memasuki umur tiga belas tahun itu percaya, mustahil setiap hari ada pergelutan dengan penjenayag yang mengakibatkan tumpahnya darah. Kalau ibunya, jika ibunya benar-benar doktor, mengapa tidak mempunyai asas dalam melakukan bantuan pernafasan? Sewaktu Jaehyuk berumur sembilan tahun, dia lemas lalu yang menyelamatinya adalah bapanya, bukan ibunya. Itu yang dia hairan. Justeru itu dia curiga dengan kedua-dua ibu bapanya.

Oleh itu, suatu hari Jaehyuk bercadang untuk mengorek rahsia ibu bapanya. Sewaktu tengah malam, Tuan Yoon selalu turun ke bilik rahsia yang terletak di belakang ruang tamu rumah mereka menggunakan cap jarinya yang telah dipasang sebagai sekuriti dibilik itu. Jadi, sewaktu bapanya tiada, dia telah mencuba masuk ke dalam bilik rahsia itu dengan cap jari yang diambil olehnya ketika bapanya minum air. Gelas itu dipegangnya lalu cap jari bapanya ambil.

"Bilik apa ni?" Tanya Jaehyuk. Dia membuka lampu di dalam bilik ini. Semuanya kelihatan biasa sampailah dia melepasi satu ruang yang lampunya berwarna biru. Dinding-dinding ditampal dengan kertas-kertas yang penuh dengan rancangan. Gambar-gambar orang yang telah dipangkah di tampal di dinding.

Matanya tertangkap pada satu kotak kecil di atas meja dihadapannya. Dia menekan butang itu dan secara tidak sengaja, sebuah pintu laluan rahsia dibuka. Tanpa teragak-agak, Jaehyuk masuk ke dalam ruang itu. Alangkah terkejutnya dia apabila melihat berpuluh senjata di dalam ini. Pistol, senapang, pedang serta busur dan banyak lagi. Jaehyuk terkedu melihatnya. Dia melihat satu kertas di atas meja di sebelahnya tertulis.

"Mission IV : settle by Phoenix Team V."

"Apa tu Mission IV?" Baru je Jaehyuk ingin mencari lagi maklumat tentang misi itu, kedengaran suara seseorang memanggil namanya dari belakang.

"Jadi, Jaehyuk dah jumpa."

"

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝐂𝐡𝐚𝐩𝐭𝐞𝐫 𝐈 : 𝐙𝐨𝐦𝐛𝐢𝐞 𝐀𝐩𝐨𝐜𝐚𝐥𝐲𝐩𝐬𝐞Where stories live. Discover now