Bab 6

1.4K 140 11
                                    

"ABANG sangka kes ni dah ditutup setahun yang lalu. Apa sekarang ni Farhan?" Firhad Khairi yang berpeluk tubuh menyandarkan diri ke dinding mula bersuara setelah melihat adiknya melangkah masuk ke bilik mesyuarat itu.

Farhan tersentak.

"Apa abang buat kat sini?" Firhad jarang ada ditempat tempat sebegini, di masa sebegini dan berpakaian sebegini. Masih dengan uniform lengkap polisnya.

"Abang tangkap Akif dengan Shahrul  keluar awal masa lunch tadi, bila abang tanya, diorang kata nak jumpa kamu. Memang abang curious habislah. Apalagi, abang ikutlah" dua inspektor bernama Akif dan Shahrul itu tersengih tidak bersalah.

"By the way, macam yang abang cakap tadi, kes ni kan dah tutup setahun lalu. Kenapa masih siasat lagi sekarang. Siap upah inspektor upahan lagi ni. Apa cerita ni Farhan?"

Farhan melabuhkan punggung di hadapan Doktor Rizal yang masih diam tak berkutik. Pandangan tajam dihala buat abangnya.

"Kes ni memang dah ditutup oleh pihak polis. Tapi, bukan di pihak Farhan. Farhan akan cari pemilik kereta merah yang tak makan saman tu!"

Dia akan cari dan terus mencari tidak kira apa jua keadaan, rintangan dan halangan. Itu tekadnya.

"Tapi, tak boleh ke kamu redhakan aje. Ayra bukannya ingat apa apa pun, kalau kamu jumpa orang tu pun apa yang kamu nak buat? Tumbuk dia? Hancurkan kereta dia? Bunuh dia?" Pelipis diurut perlahan. Pening dengan sikap keras kepala adiknya. Bila dia kata A, maka A lah jadinya. Jangan dibantah atau ditokok tambah kalau tak nak hilang nyawa.

"Biarkan dia meringkuk dalam penjara" Farhan membalas ringkas. Penumbuk dikepal.

"Farhan, kamu tak bolehlah macam ni. Jangan hanya fikirkan orang lain aje. Fikirkan diri kamu juga. Kalau kamu silap langkah, tak mustahil kamu pula yang meringkuk dalam penjara" Bahu adiknya diusap. Dia faham, kehilangan Ayra seolah olah membuatkan hidup adiknya menjadi tak keruan dan menambahkan keagresifan dalam diri yang asalnya lemah lembut dan budi bahasa itu.

"Abang sanggup ke tengok orang yang abang sayang, sacrifice dengan ingatan sendiri? Setiap kali di teringatkan sesuatu, dia diam dan menghadam. Dia tak faham. Sedangkan, ada kala ia sakit. Hari hari berperang dengan perasaan sendiri? Berperang dengan kekeliruan sendiri? Abang sanggup?" Tangan yang berada di bahu Farhan dijatuhkan. Farhan senyum sinis sebelum Firhad menggelengkan kepalanya.

"See. Kalau benda ni jadi dekat abang  pun, abang akan buat benda yang sama dengan apa yang Farhan buat. Untuk Kak Widya. Bahkan mungkin lagi teruk, sebab abang ada kuasa sebagai seorang polis"

Firhad mengeluh perlahan. Kata kata Farhan, ada benarnya..

"Ikut kamulah Farhan" Firhad mula melabuhkan punggung di sebelah adiknya berhadapan dengan Doktor Rizal.

Dua detik...

Empat detik...

Lima detik...

"Ha, memang kamu datang sini nak tengok kami adik beradik bergaduh pun. Cepatlah, present!" Meja ditepuk kuat. Tiga lelaki dihadapannya mula terkial kial menyediakan bahan dan memasang segala wayar dan menurunkan slide putih. Cahaya projektor terbias ke slide putih itu. Beberapa fail kes dari komputer Shahrul terbias. Satu fail bernama DO10 dibuka. semua mata fokus pada gambar gambar yang ditunjukkan oleh Shahrul itu.

"Okay, berdasarkan siasatan pertama kami, kami dapati ini bukan sebarang kemalangan malah mungkin angkara hasad. Boleh jadi balas dendam atau lain lain. Yang itu kami perlu rujuk pada Encik Farhanlah untuk kepastian samada Encik Farhan ada musuh atau tak sebelum ni. Seterusnya, siasatan dari CCTV yang memain peranan di jambatan itu juga dah hack dan digubah oleh seseorang. Bahagian yang diubah itu juga, tepat tepat masa dia rempuh kereta Encik Farhan tu. Jadi, perlu kami buat putar belitkan cerita lagi? Tak. Sah, ini semua memang dah dirancang" Panjang lebar Shahrul menerangkan. Dia tersenyum tipis.

Ini baru sikit. Keterangan siasatan kedua lagi 'menyeronokkan'.

"Macam mana kalau, dia nak langgar kereta lain tapi tersasar pada kereta Farhan?" Firhad mengutarakan soalannya. Dia kenal adiknya, Farhan bukan seorang yang suka berdendam tanpa sebab.

Akif mengusap lembut dagu licinnya. Kemudian dia mengangkat wajah memandang ke arah dua beradik itu.

"Emmm, don't think so. Rempuhan berlaku kira kira tiga kali sebelum Encik Farhan dan Cik Ayra jatuh. Kalau ikut CCTV dari sudut lain pun, keadaan agak sesak dan mustahil untuk pemandu tersebut beralih ke posisi lain. Dan kereta Encik Farhan memang betul betul dekat depan kereta diorang dan dan berdasarkan siasatan lanjut menggunakan sisa video yang ada. Memang kereta tu sasar pada kereta Encik Farhan. So, yeah" Akif pula menambah. Farhan terdiam sejenak. Bergelumang dengan segala memori yang dia ada. Rasanya dia tak pernah ada mana mana musuh.

"Tak ada CCTV lain ke? Tak cuba jumpa Encik Baharom? Pengawal CCTV area Jambatan Tasik Wira tu?" Firhad bersuara.

"Dah. Tapi, macam yang saya cakap tadi. Semua ni dirancang, hampir semua CCTV yang ada jejak kereta merah tu di hack dan di padam"

"Ada satu lagi maklumat yang Encik Farhan perlu tahu. Tapi, tiada apa yang kami mampu berkenaan ni, melainkan Encik Farhan sendiri yang handle" Farhan mengangkat kepalanya. Degupan jantungnya mula lari dari ritma asal.

"Ada satu rakaman dimana, ia menunjukkan sipi sipi sisi kereta merah tu. Dan dapat tangkap sesuatu yang menarik"

Papan layar bertukar gambar. Sisi kereta yang merah yang terdapat satu lambang yang amat di kenali. Dahinya berkerut seribu. Jantungnya rasa hendak tercabut tika ini.

"Lambang garuda bersayap emas. Bertulis, MA4 Holdings. Encik Farhan masih ingat?"

Farhan tersentak. Tak mungkin?

"Takkan Haji Anuar nak bunuh anak sendiri kut?" Firhad bersuara bagi pihak Farhan. Adiknya kelihatan begitu terkedu.

"Tak. Jangan salah faham, kami tak cakap yang ni semua Haji Anuar anuar punya angkara. Tapi, kalau diikutkan Haji Anuar dah syarikat kecil kecillan batu sejak dia bankrup dulu. Saya...kami, rasa ini angkara orang dalam. Mungkin orang yang dah lama bekerja dengan Haji. Haji Anuar sendiri dah guna lambang garuda ni. Itu cuma sejarah syarikat dia yang megah dulu aje"

Bagaimana pula orang yang dah lama bekerja dengan Haji Anuar boleh dendam terhadap dia? Dia tak pernah rapat dengan Haji Anuar. Malah acap kali bertelingkah kerana dia yang berkeras hendak berhubung dengan Ayra dan Haji Anuar yang menolak kerana merasa anaknya terlalu naif untuk dunia percintaan.

"Jadi misteri kali ni, Encik Farhan sendiri yang kena berdepan dengan Haji Anuar. Dia satu satunya suspek kita buat masa sekarang. Kalau betul dia buat kami tak nak dia bertindak lebih meluas jika terus dihadapkan dengan polis macam kami"

"Copy?" Farhan menyua tangannya pada Doktor Rizal yang berada dihadapannya. Memang menjadi kebiasaan dia meminta salinan dari segala bahan bukti yang mereka ada.

Doktor berkaca mata bulat itu menyerahkan satu sampul coklat kepada anak muda dihadapannya. Dia tersenyum tipis. True love. Laa, tiber!

"Han?" Firhad menyeru adiknya yang merenung sampul itu tanpa suara.

"Abang, teman Farhan. Jumpa Haji"

"Tapi abang-"

"Haji bukan tau pun abang polis. Abang pergilah tukar baju. Macam tak biasa pula misi menyamar bagai ni" bahu abangnya ditepuk. Bukan nak manja, minta teman bagai. Tapi, dia takut kalau kebenaran yang terungkap membuat dia tidak dapat mengawal perasannya sendiri.

"Yelah yelah"

TBC

Saba jap...dah lebih😭😭 Aduh, parah buat scene investigation ni😭

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now