Bab 8

1.2K 129 23
                                    

Jubah bertali berwarna merah jambu lembut yang dipakainya beralun saat kakinya melangkah. Tudung bawal labuh berwarna krim menjadi penemannya malam ini. Ah, ini semua hasil pinjaman dari Tiara. Seorang Ayra Hijanna masih baru lagi dalam penghijrahan ini.

"Weh, aku tak sedap hatilah. Kau tau tak, Kak nani cite abang Idris cancel family holiday dia sebab dinner malam ni" mereka berjalan beriringan masuk ke perkarangan hotel. Klise? I know, ajak dinner aje mesti hotel.

"Ha, mungkin sebab tulah kut kau kena datang hari ni. Mana tau kalau kalau benda hidup dan mati ke?" Tiara bersuara misteri dengan undangan lelaki bernama Idris ini.

"Dekat hotel? Suruh pakai cantik cantik macam ni? Tak logik!"

"Heish jangan banyak cakaplah. Dah pergi, tu Idris dekat meja sana. Aku duduk dekat sini. Apa apa hal, eye contact aku" Tiara terus melabuhkan punggung pada meja kosong berhampiran mereka. Tangan melambai lambai gaya menghalau.

Ayra mencebik. Mahu tak mahu, kaki mula dibawa menghampiri satu susuk tubuh lelaki yang dikenali itu. Segak berpakaian kasul dan bukan bertuksedo macam dalam drama tu. Alhamdulillah.

"Assalamualaikum"

Lelaki itu berpaling. Senyum tipis terukir dibibirnya.

"Waalaikumsalam, Ayra...duduklah. Abang order siap siap makanan kita, i hope you don't mind" belakang tengkuk digaru tanda kekok.

"No, I don't mind" Spaghetti Carbonara dan beberapa hidangan sampingan siap terhidang dihadapan mereka. Sungguh mengiurkan!

Selera makannya ditahan seketika. Wajah Idris yang tersengih kambing itu dipandang.

"Kenapa abang pandang Ayra macam tu?" Tudung dan bajunya dibelek belek jikalau ada yang tidak kena.

"Tak ada apalah. Cantik, Ayra pakai macam ni. Alhamdulillah abang happy tengok perubahan Ayra" senyuman itu dibalas oleh Ayra.

"Oh ye, abang kata ada hal nak bincang? Apa dia?" Badan ditegakkan pada badan kerusi. Sesekali tudung yang tertarik di belakang di bawa ke hadapan.

"Oh pasal tu. Abang tak tau nak mula macam mana. Tapi, biar abang intro dulu eh?"

Ayra mengangguk. Walaupun dia kurang faham dengan apa yang disampaikan oleh lelaki itu, namun dipendam sahaja.

"Abang sebenarnya, dah lama simpan hajat ni.  Tapi tak kesampaian sebab banyak halangan tapi, abang rasa mungkin ini masa yang sesuai" sesekali lelaki itu membetulkan kotnya. Di keluarkan sesuatu dari poketnya lalu dihulur ke hadapan.

Ayra tersentak dengan dahsyat.

"Abang nak sunting Ayra, jadi isteri abang, take it if you accept and just leave it you reject" sekotak cincin baldu yang terdapat sebutir cincin permata itu dipandang penuh gusar.
Lamaran berani mati Idris betul betul buat dia rasa terbakar. Namun, di tahan.

"Abang, this is wrong"

"What's wrong?"

"Abang dah kahwin. Kak Amani, your wife"  Ayra berkata senada. Wajah Idris dipandang, jelas wajah itu tampan itu terpana.

"H-how?"

Ayra mengeluh perlahan. Kepala diangkat.

"Abang, Kak Amani, Ayra dengan Tiara dah macam adik beradik dah. Tak mungkin kami nak berahsia" terang Ayra senada. Idris kekal membatu.

"Kenapa Ayra tak pernah cakap Ayra tau?"

"Penting ke?" Ayra menyoal kembali. Wajah kesal Idris ditatap.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now