Dave meletakkan makanan tersebut di atas meja bersebelahan katil aku. Makanan yang disajikan adalah mee goreng dan disediakan dengan air oren.
"Nah..makanlah.."
Aku mengerutkan dahi. Wah..mood baik nampak,ingatkan kena masak makanan sendiri.
"Kau termenung apasal, makanlah takpayah bazir masa aku!"katanya dengan tegas
"Awak,kalau saya nak jumpa keluarga saya sekejap je,bolehke? Lepastu awak boleh je hantar saya kat sini semula.." aku berkata dengan sedikit gentar. Tapi bila difikirkan semula seolah olah tindakan bodoh pula sekiranya aku bertindak demikian.
"Takboleh.." Katanya dengan selamba
"Alah bolehlah.."kataku
"Takboleh!!! Kalau aku kata tak boleh,takbolehlah bodoh!!" Tengkingnya
Aku hanya mampu mengeluh sahaja
"Kalau aku tengok makanan ni tak habis..siap aku kerjakan engkau!!!"katanya lalu berlangkah keluar ke arah pintu seterusnya menutup pintu dengan kasar.
Aku hanya mengenangkan nasib diriku ini. Dan memikirkan untuk rancangan seterusnya. Tak boleh jadi ni!! Takkanlah nak tinggal kat sini buat selama lamanya dengan keadaan rumah yang tertutup dan langsung tidak berpeluang untuk lihat dunia di luar sana. Boleh cetek ilmu aku kalau hari-hari macamni!
****
Entah hari keberapa pun aku tidak tahu sudah berapa hari aku berada di tempat ini. Hidup ku umpama tidak membawa makna kerana aku hanya mampu makan,mandi,tidur.
Kadangkala aku akan dilayan dengan baik sekiranya aku mendengar kata Dave dan ada kalanya tidak baik sekiranya aku ingkar arahannya.
Jikalau aku enggan mendengar kata, aku akan diseksa olehnya sebagai hukuman seperti pukul,mencaci,dilibas dan sebagainya. Boleh tahan psiko jantan ni.
Terdapat banyak kesan libasan pada badan aku.
Aku tidak mengerti mengapa sikap panas baran Dave makin lama makin menjadi.
Mungkin ada masalah mental barangkali.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...