BAB 19

10.9K 307 2
                                    

Aku tersentak apabila terdengar seseorang sedang membuka pintu sewaktu aku hampir terlena di atas katil. Apabila aku menoleh ke arah belakang,sangkaan aku adalah Dave tapi rupanya orang yang kelihatan asing bagiku.

Dia kelihatan seorang budak lelaki dalam lingkungan lebih kurang 5 hingga 7 tahun dan berpakaian jubah putih.

Dia menghampiriku dan memegang erat tanganku. Aku berasa hairan dan bagaimanakah dia boleh berada di tempat yang suram ini. Fikiran ku mula mencari tanda soal dan apakah mungkin budak ini mempunyai sesuatu hubungan dengan Dave.

"Tempat ini tidak sesuai bagimu" Dia membuka bicara.

Lidah ku kelu dan mula membuka kata

"Adik ni siapa?" Soalku

"Kamu tidak perlu tahu kerana suatu hari nanti kamu pasti menemuinya" katanya

"Tapi mengapa?" Tanyaku dengan ragu ragu

"Adakah kamu mahu keluar dari neraka ini?" Katanya

Aku seolah olah ragu ragu dengan pertanyaannya. Sudah semestinya aku mahu bebas dari tempat ini. Takkanlah nak jadi mayat hidup sampai bila bila kan?

"Kalau itu yang kau bicarakan. Mengapa pulak tidak?" Kataku

"Kalau kamu mahu bebas dari tempat ini, aku mahu kamu minum air sihir ini." Dia terus mengeluarkan sebotol kecil yang berisi cecair ungu itu lalu lantas memberi kepadaku.

Aku memikir dua tiga kali dan apakah yang dimaksudkan oleh budak yang seolah olah matang pemikiran ini? Minum air ini dapat jamin ke untuk keluar dari tempat ni? Jikalau benar apa salahnya mencuba kan?

Aku mengangguk dan terus meneguk setitis setitis demi setitis. Selepas itu kepalaku mula berpinar dan pandangan ku terhadap budak lelaki itu makin lama makin kabur. Aku mula rebah dan pandanganku menjadi gelap.

 Aku mula rebah dan pandanganku menjadi gelap

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)Where stories live. Discover now