Selepas 3 tahun kemudian,
Aku dan Bella sama-sama menuju ke arah kubur mendiang Dave. Aku hanya mampu mengalirkan air mataku setelah melihat kuburnya. Bella menggosok badanku dengan perlahan.
"Sabar ya Lana, redakan pemergian dia." Kata Bella dengan perlahan
"Aku tak boleh Bella. Aku sayangkan dia sangat-sangat. Hampir setiap hari aku rindukan dia. Pernah aku mimpikan pasal dia. Yang aku tahu dalam mimpi tu aku hidup bahagia dengan dia. Apa maksud mimpi aku tu?" Soalku
"Aku pun tak tau nak explain macamana. Mungkin kau ditakdirkan untuk hidup bersama dengan dia? Tapi tak logiklah sebab Dave pun dah takde kan. Tak mungkinlah dia nak hidup balik." Kata Bella.
"Dave kata mungkin ada yang terbaik buat aku selepas pemergian dia. Aku sampai sekarang takda pasangan hidup. Aku rasa memang dari dulu aku ditakdirkan untuk dialah. Kalau ada yang terbaik buat aku, dah lama aku kahwin. Tapi ni dah 3 tahun sis, lama tu." Kataku
Tiba-tiba kami terdengar seseorang memanggil nama ku.
"Kak Lana! Kak Lana" Panggil seseorang tersebut. Aku menoleh ke belakang. Rupanya itu adalah Maya bersama Hayden, adik Dave.
"Hi Kak Lana, mesti Kak Lana sedihkan sebab Uncle Dave dah tinggalkan kita." Katanya sayu.
Aku mengusap kepalanya perlahan sambil tersenyum.
"Nak buat macamana kan, mungkin ini dah dinamakan takdir yang dia akan tinggalkan kita. Akak akan sedaya upaya untuk reda dengan pemergian dia walaupun hati akak agak perit untuk menerimanya." Kataku
"Sabarlah akak Lana. Maya kan ada. Mestilah Maya dapat temankan akak sepanjang hari. Akak Bella pun ada untuk temankan akak." Kata Maya
Bella juga tersenyum setelah mendengar kata-kata Maya.
"Yelah kalau macamtu. Akak pun dah takde sapa-sapa lepasni melainkan korang yang ada disini." Kataku
"Setiap pemergian pasti ada hikmahnya. Aku dapat rasakan sesuatu bukan Dave sahaja yang meninggalkan kita." Kata Hayden secara tiba-tiba.
Kami mula mengerutkan dahi setelah mendengar kata-kata Hayden.
"Apa maksud awak Hayden?" Soalku
"Taktaulah kenapa, sebab perasaan aku ni rasa macam pelik semacam. Lagi-lagi pasal kau Lana." Kata Hayden
"Kenapa awak cakap macamtu?" Soal Maya
"Takda apa-apalah. Dahlah aku rasa ni adalah waktu yang cukup untuk kami lawat arwah abang aku. Harap kau dapat tabahkan dirilah Lana dan aku pun nak ucapkan takziah pada kau. Aku pun dah lama rindukan abang aku tapi nak buat macamanakan kalau ini adalah takdir untuk dia. Apa apapun kami gerak dulu." Kata Hayden lalu memimpin tangan Maya untuk menuju ke arah keretanya semula.
"Bye Kak Lana, bye Kak Bella." Kata Maya sambil melambaikan tangan pada kami. Kami juga turut melambaikan padanya.
Kepalaku masih terngiang-ngiang mengingatkan kata-kata Hayden. Apa maksud dia?
****
Sejak beberapa hari ini kepalaku tiba-tiba je sakit. Taktaulah kenapa sejak kebelakangan ni aku kurang selera makan. Badanku makin hari makin lemah. Bella juga turut menasihatkan aku untuk banyakkan rehat.
Bella menuju ke arahku sambil membawa sedulang makanan.
"Makanlah Lana, sejak beberapa hari aku tengok kau langsung tak jamah sedikit makanan pun. Makan ya Lana kau kena dapatkan tenaga yang banyak untuk pulihkan semula kesihatan badan engkau tu." Ujar Bella
"Tak taulah Bella, setiap kali aku nak makan ada-ada je rasa nak muntah. Kalau aku makan pun apa gunanya kalau dimuntahkan balik." Kataku
"Kalau macamtu apa kata kau makan ubat dulu. Jap aku pergi ambil ubat kau ya dulu." Kata Bella. Bella menuju ke dapur untuk mengambil ubatku.
YOU ARE READING
𝑺𝑬𝑹𝑰𝑬𝑺 1: 𝑫𝑰𝑨 𝑳𝑬𝑳𝑨𝑲𝑰 𝑷𝑺𝑰𝑲𝑶🚫(𝙲𝙾𝙼𝙿𝙻𝙴𝚃𝙴)
HorrorKisah seorang perempuan bernama LANA LYNNE terpaksa mengharungi dugaan untuk berhadapan dengan lelaki bernama DAVIS MAXWELL yang kejam,gila,psiko dan kanibal. Hidupnya mula berubah 360° apabila menjadi mangsa culikan oleh lelaki iblis itu. "Aku saya...