Bab 16

1K 132 41
                                    

"TIARA?"

"kamu kenal, Andrew?" Theo berpaling semula kearah ibunya. Senyuman tipis tersimpul dibibir. Tiara sudah tertunduk malu. Hujung tudung labuhnya dimain main.

"Ni, kawan bini Farhan. Ayra" Theo membalas seraya mengekalkan wajah tegangnya dari cuba tersenyum. Jantungnya mula lari dari ritma asal.

"Oh, lah yeke? Kenapa tak bagitau aunty" bahu gadis itu ditepuk perlahan. Mudahlah kerja dia nanti! Hehehe.

"Buat dia nak bagitau mommy. Bukan penting pun" Tolonglah, bibir dia dah geram nak senyum tengok Tiara yang manis berjubah itu!

Usai menyalami tangan ibunya, dia melabuhkan punggung di sebelah ibunya. Kopi ibunya dicapai lalu dicicip. Mata tak lepas memandang Tiara yang duduk berhadapan dengannya. Tangan licin itu gigih mengupik kulit bawang putih.

Dia bangun lalu mendekati gadis itu. Papan pemotong itu ditarik lalu pisau diambil dari tangan gadis itu. Bulat mata bundar itu mencerlung kearahnya. Dia tersengih sebelum bersuara.

"Like this. Kalau kopek macam tu, sampai esok pun tak makan" seulas bawang putih diletakkan ditengah tengah papan pemotong itu, pisau disengetkan kesisi lalu dihentak keatas ulas bawang itu. Kulit bawang yang sudah sedikit lenyek itu diambil lalu dibuang kulitnya.

"Kan cepat tu" ulas bawang itu diserahkan kepada Tiara. Tiara tersenyum tipis.

"Nak cuba?"

"Boleh" lembut sahaja suara gemersik itu menyapa gegendang telinganya.

"Tak boleh pun" Tiara mengeluh. Amboi, cepat betul give up!

"Kuat sikit. Pisau ni berat, mesti boleh punya" tangan membuat gaya, cuba memastikan gadis itu faham.

Tang!

Bawang tadi sudah terlenyek dengan kulit yang sudah terbuka. Mudah untuk dia mencabutnya.

"See, you just need to all out your strengthen" tawa mereka bergema diatmosfera. Dalam dia sepasang mata memerhati mereka yang galak bergelak ketawa dengan satu senyuman manis penuh makna.

•••

"We're arrived"

Farhan bersuara seraya menyentakkan Ayra yang sedang terlena. Terpisat pisat gadis itu membuka mata. Tali pinggang keledar dibuka lalu keluar dari tempat memandu. Pintu disebelahnya pula dibuka memberi ruang gadis itu keluar dari kereta. Farhan tersengih tatkala Ayra menarik muka memandangnya.

"Kita kat mana ni?"

"Rumah....kita"

"What?" Spontan tangannya menampar perut suaminya itu. Farhan mengaduh sakit. Salah cakap ke?

"Bukan ke, kita nak hantar ibu?" Terbuntang matanya memandang kearah rumah besar dihadapannya.

"Awak, awak lupa ke awak tidur tak ingat akhirat tadi?" Terus matanya berpaling semula pada Farhan. Bagaikan ada asap yang berkepul kepul keluar dari telinganya.

"Kalau ye pun, saya tidur....kenapa tak kejut saya? Lagipun, tak kan lah cepat sangat pindah barang? Then-"

"Ayra, awak tengok sekarang pukul berapa?" Laju lelaki itu memotong bicaranya. Terus jam tangannya ditilik. Lagi sekali, matanya bulat.

8 malam.

"You fall asleep for 4 hours dear. Saya kejut awak, tapi awak hampir nangis. So, saya biar and now you woke up and don't remember anything. You sure, you okay?" Tangannya naik ke leher Ayra yang berbalut tudung. Risau juga tengok Ayra yang berpeluh peluh sambil terlena tadi.

𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now