KEBETULAN UNTUK KEDUA 01

64 10 1
                                    

"Kang Hanna!" 

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Kang Hanna!" 

Kang Hanna yang sudah terlena dibuai mimpi lantas terbangun dari baringnya. Gadis itu sudah banyak kali tersedar ketika Puan Kang masuk ke biliknya menyebut namanya. Namun masih juga liat untuk membuka mata. Laju pergerakannya mencapai kain tuala berlari turun menuju ke bilik air. Terlihat Puan Kang seperti biasa di pagi hari selepas subuh sibuk bekerja di dapur bagi menyediakan sarapan untuk mereka sekeluarga.

Puan Kang yang melihat anak tunggalnya yang baru turun itu lantas kepalanya digeleng. Bertuah punya anak. Ingat lepas subuh nak tolong umi. Rupanya boleh pula dia tidue sedap - sedap. Sementara menunggu Hanna bersiap, kebetulan Encik Kang juga melabuh di kerusi dapur sambil tangannya mengambil chopstick dan sudu di sebelah mangkuk.

"Yeobo makanlah dulu. Sementara tunggu anak awak sorang tu." Pelawa Puan Kang membiarkan suaminya menjamu dahulu. Memandangkan hari ini merupakan sudah seminggu dan pertama kali anak tunggal mereka memulakan pembelajarannya di Korea Selatan.

 Puan Kang tidak bekerja dan hanya suri rumah sahaja. Manakala Encik Kang bekerja di sebuah syarikat besar. Selepas beberapa minit kemudian, muncul figura Hanna duduk di sebelah Encik Kang lantas dengan segera dia bersarapan. "Lain kali lepas subuh tu jangan tidur. Tak elok. Dah berapa kali umi kena pesan? Nanti mahal rezeki kamu." Sambil mulutnya sedap mengunyah terpaksa gadis itu menadah telinga mendengar leteran uminya di awal pagi. Nak buat macam mana? Berani buat, berani tangguh. Haa, kenalah tanggungkan?

"Haih, awak ni. Pagi - pagi lagi dah membebel. Nah makan." Encik Kang lantas menyumbat sepotong kimchi ke dalam mulut isterinya lembut. Isterinya memandangnya dengan pandangan yang tajam. Suaminya bukan mahu membelanya malah mendiamkan sahaja.

"Gumawo abi~ Umi, Hanna dah habis makan. Abi, umi Hanna gerak dahulu ya. Assalamualaikum."

Hanna bangun dan melambai ke arah kedua ibubapanya kemudian mencapai begnya di sofa depan. "Duit tambang bas ada lagi tak?" Soal Puan Kang risau akan anaknya jika sudah sampai di perhentian bas tiba - tiba tiada wang. Nak mengemis dimana nanti. Buat malu saja, anak orang kaya tapi jadi pengemis. Hanna menoleh ke belakang memandang Puan Kang dan Encik Kang lalu mengangguk dan lantas berlari meninggalkan mereka berdua yang masih lagi duduk di meja makan.

.

.

.

.

.

Hanna sampai di perhentian bas. Punggungnya lalu melabuh cepat - cepat sebelum di rebut oleh ramai orang. Tangannya yang sejuk digosok agar terhasil haba. Sejuk pada pagi yang mulia ini. Sementara menunggu kedatangan bas kolejnya, Hanna menyumbat earpod di telinganya di sebalik kain tudungnya. Seperti biasa Hanna lebih gemar memasang playlist Selawat sambil mulutnya terukumat - kamit mengikuti rentak selawat. Lalu kedua tangannya di masukkan ke dalam kocek jaket tebalnya.

Tidak lama kemudian, Hanna dikejutkan dengan bunyi bas. Earpod tadi yang disumbatnya dicabut. Lalu dengan beratur dia masuk ke dalam sambil telefonnya di kesan bagi membayar duit tambangnya. Baru sahaja dia hendak tersenyum kerana pada fikirannya mungkin tidak berapa ramai di dalam bas yang dinaikinya. Namun hampa kerana tiada satupun tempat yang kosong untuknya. Dengan malas dia berjalan menautkan tangannya di palang bas. Sambil dirinya menghadap tingkap. 

Kebanyakkan penumpang di dalam bas itu ramai dengan pelajar yang  elok beruniform sekolah masing - masing. Juga tidak lepas yang mak- mak di pagi hari sibuk pergi ke pasar untuk memenuhi ruangan dapur mereka. Akhirnya dia sudah tiba di hadapan pintu gerbang Hanyang Universiti. Kakinya melompat kegirangan keluar dari perut bas. 

Tiba - tiba lehernya dicekuk. Lantas Hanna melihat figura itu. "Good morning !", Sergah figura itu. Hanna lalu melepaskan dirinya kemudian membetulkan tudungnya yang sudah senget.

"Zhong Irene! Mwoya, Habis rosak tudung aku!" Figura yang dipanggil Irene itu tergelak dan menolongnya membetulkan juga tudung rakannya itu.

"It's Irene Zhong, not Zhong Irene okay. By the way, mianhae~" Irene membetulkan pula cara Hanna memanggil namanya itu. Pipi gebu Hanna dicubit manja olehnya. Hanna pula mendengus geram. Tiba - tiba Hanna perasan akan perubahan fizikal pada Irene setelah selama seminggu mereka berkawan.

"Apa yang membuatkan aku nampak kau lain ya?", Mendengar omongan dari Hanna, Irene sudah tersenyum sambil menyelak rambutnya ke belakang telinga berkali - kali. Kononnya ingin menunjukkan sesuatu. Lama Hanna mengesan kelainannya, akhirnya terjawab.

"Wah, jinjja yeuppuda! Cantiknya cepit rambut aku." Hanna membelek cepit comel yang melekat di rambut Irene. Irene sudah tergelak manis lalu mengucapkan terima kasih. Kebetulan pula mereka ambil kos yang sama. 

.

.

.

.

"Yah, aku pergi beli air aku sekejap. Haus. Kau tunggu sini ya?" Hanna mengangguk. Mereka sekarang ini lepak di taman universiti mereka sementara menunggu kelas seterusnya. Hanna hanya memandang rumput sambil kedua kakinya sibuk menguil - nguil rumput itu. 

Hanna mencari earpodnya mengisi masa sunyi. Setelah itu matanya memandang air pancut yang tidak jauh dari kedudukannya. Dengan angin sempoi -sempoi walaupun terasa sejuk. Lantas tangannya dimasukkan ke dalam kocek jaket tebalnya. Sambil mulutnya berselawat.

Shallallah 'ala Muhammad, Shallallahu 'alaihi wassalam.

Khusyuk dia berselawat, dia dikejutkan dengan pemberian air tin oleh figura yang di depannya. Hanna memandang tin itu sejenak dia berfikir, 'Rasanya aku dah bagitahu Irene yang aku tak minum air kat sini.' Lalu Hanna mengangkat pandangannya dari tin naik ke wajah figura itu. Namja? Figura lelaki itu tersenyum sambil menghulurkan sebuah air tin kepadanya.

"Annyeong. Olienman ineyo. Kang Hanna ssi" Figura itu menegurnya seperti sudah mengenalinya. Hanna dengan lembut menolak minuman itu sebelum berkata. Wait, Macam mana lelaki ni boleh tahu nama aku. Aku kenal dia ke?

"Jeosong habnida, saya tak minum minuman di sini." Minuman itu disimpan di dalam begnya.

"Kang Hanna ssi? Awak...tak kenal saya ke? Our first meet." Hanna memandangnya lagi. Keningnya sudah bertaut berkeras untuk mengingat semula siapa lelaki ini yang berdiri di depannya. Ahh, sunbae ni... Sunbae yang mendaftar namanya ketika hendak masuk Universiti. 

"S-sunbae...nugu..."

"Eo, mian. Salah sunbae sebab tak sempat bagitahu nama haritu. Choneun Haechan-ida."

Haechan menyentuh dada kirinya mengenalkan dirinya kali ini betul - betul. Hanna langsung bangun dan menunduk hormat padanya.

"Mianhaeyo.. Haechan sunbaenim. Sebab tak ambil minuman tu. Saya tak berapa nak yakin halal ke tak. That's why saya tak ambil. Jinjja mianhaeyo. " Hanna berkali menundukkan badannya. Haechan yang melihat wajah polos Hanna lantas tergelak kecil.

"Anieyo, sunbae yang patut minta maaf sebab tak hormat Hanna ssi. So, next time izinkan sunbae belanja Hanna ssi ya? Sebagai tanda minta maaf." Hanna kini berdiri tegak lalu mengangguk perlahan.

"Sunbaenim, buat apa di sini? Sunbaenim tak masuk kelas ke?"

"Eung, sekejap lagi ada kelas sejarah pula." Hanna membulat.

"Eo? samalah dengan kami berdua, sunbaenim."

"Berdua? Nugu?"

"Oh, nae chingu. Irene Zhong. Dia pergi beli air kegemaran dia sekejap. Nanti sampailah tu." Katanya sambil menjenguk - jenguk kelibat rakannya. Melihat wajah Irene yang tersenyum kegirangan setelah mendapat apa yang dia mahu. Lalu Hanna menunding jari telunjuknya menunjuk rakannya kepada Haechan.

"Eo, Haechan-ie oppa?" Hanna memandang Haechan dan Irene berkali - kali.

"Kau.. kenal Haechan sunbaenim?" Irene memandangnya lalu mengangguk. Lantas dia duduk di sebelah Hanna sebelum meneguk sekejap airnya itu.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now