MASA LUANG 04

48 9 1
                                    

Hari yang ditunggu - tunggu oleh Lee Haechan

Oops! Questa immagine non segue le nostre linee guida sui contenuti. Per continuare la pubblicazione, provare a rimuoverlo o caricare un altro.

Hari yang ditunggu - tunggu oleh Lee Haechan. Setelah tiba musim cuti seminggu sambil menikmati turunnya salji. Tingkap dormnya dibuka lalu tapak tangannya keluar menadah salji yang turun. Terasa sejuk sehingga di dadanya. Jaemin yang lena tidurnya di waktu pagi itu terasa sejuk walaupun selimut tebalnya telah membaluti seluruh badannya. Matanya perlahan celik melihat satu gerangan di tingkap sambil wajah gerangan itu tersengih - sengih.

"Yah Lee Haechan-ah! Tutuplah tingkap tu, sejuklah!", Namun hampa tatkala tegurannya itu diabaikan mentah - mentah oleh Haechan. Aish, susahlah kalau budak ni sudah mula termenung. Nasib bukan meja yang jadi mangsa. Tetapi, dirinya pula menjadi mangsa kesejukan. Dengan rasa terpaksanya Jaemin bangkit dari baringnya mendekati Haechan yang masih lagi termenung. Bahu Haechan itu dicuit. Pandangan yang tadi fokus di luar beralih ke belakang melihat wajah Jaemin yang baru bangun tidur sambil berkerut.

"Tingkap tu. Tutuplah, kau sejuk ke?", Walaupun Haechan tidak puas menikmati salji di luar dengan beratnya tingkap itu ditarik tutup. Entah mengapa kali ini Jaemin merasakan aneh pada dirinya. Jarang Haechan bangun awal pagi. Jam 8 pagi selalunya lelaki ini masih kena di atas katil. Tapi, sekarang ini lelaki ini segar matanya. Seketika Jaemin menilik pakaian Haechan yang menampakkan lelaki ini agak kemas sambil kakinya melangkah kembali ke katilnya semula. Lalu Haechan turut mendekatinya dan berdiri tepat di hadapan katil Jaemin.

"Macam mana, okey tak pakaian aku?", Jaemin mengangkat sebelah keningnya sambil menilik pemakaian Haechan dari bawah hingga ke atas. Baju kemeja putih di dalam manakala baju tebal blueblack diluar. Bersamaan dengan seluar putih. wAW.

"Eodi gaseyo?", Haechan senyum.

"Hanna junior tu ajak keluar."

"Waw, goodluck." Sempat Jaemin memberikan semangat pada Haechan. Namun itu membuatkan Haechan pelik. Kenapa goodluck? Bukan sepatutnya selamat jalan.

"Kenapa goodluck?", Baru sahaja Jaemin ingin menarik selimut tebalnya terbatal kerana persoalan dari Haechan lalu melepaskan keluhannya.

"Haih, bukan kau nak bagitahu ke pasal kau suk--"

"Aniya, aku tak pasti sama ada dia sudah sedia ke belum. Aku tak nak kena tolak mentah - mentah. " Jawapan dari Haechan dengan nada sayu itu membuatkan Jaemin turut kasihan.

"Baguslah. Sebab perasaan yang kau pendam tu, salah orang. Kau fahamkan maksud aku?"

Kata - kata dari Jaemin mengusik hatinya kecewa. Memang sangat faham akan maksud dari kata - kata sahabatnya itu. Kang Hanna bukan setaraf nya. Malah sangatlah ketara dari segi budaya dan anutan agama. Perlahan Haechan mengangguk faham. Cuba untuk menghadam ayat Jaemin. Mencuba mengukirkan senyuman walaupun hatinya sedih, sakit dan pahit. Lalu Haechan meninggalkan ketiga rakannya membiarkan lena dan berehat secukupnya.

"Meonjo kalkeyo." Sempat Haechan melambaikan ke arah Jaemin. Lelaki itu yang berada di atas katil mengangguk saja membalas lambaian sahabatnya. Setelah beberapa minit kepergian Haechan, tiba kali ini giliran Jeno pula bangun seraya Jaemin menarik selimut tebalnya menyelubungi seluruh badannya. Jeno seketika melilau matanya mencari kelibat salah seorang. Memandang katil di sebelahnya kosong. Terlihat selimut sudah pun dilipat kemas.

GIVE ME CHANCE || ✔Dove le storie prendono vita. Scoprilo ora