GRADUATION DAY 10

19 5 2
                                    

Hari yang sangat ditunggu - tunggu Kang HanNa iaitu hari graduasinya setelah tamat belajarnya di universiti Hanyang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Hari yang sangat ditunggu - tunggu Kang HanNa iaitu hari graduasinya setelah tamat belajarnya di universiti Hanyang. Kain seledangnya yang tersangkut pada hanger itu dicapai sebelum elok kemas dililit di kepalanya.

"Kang HanNa !!! Cepatlah turun sini, sarapan. Nanti tertinggal bas!!!", Dengar sahaja puan Kang menjerit memanggil namany lantas Hanna turun dari biliknya.

Terlihat kedua ibubapanya sudah menunggunya untuk sarapan bersama. Hanna tersengih walau dirinya menyimpan rasa bersalah kerana membuatkan ibubapanya menunggu akan dirinya. Kerusi ditarik sebelum puan Kang menghulurkan sepinggan roti sandwich untuknya dan encik Kang.

"Abi dengan Umi mungkin lawat kamu dalam pukul 10 pagi. Sebab abi ada kerja sedikit di pejabat."

Beritahu encik Kang terlebih dahulu agar anaknya itu tidak tertunggu - tunggu akan mereka sewaktu di sana nanti. Hanna hanya tersenyum sebelum kepalanya dianggukkan. Lalu mulutnya yang kosong itu disumbat roti.

.

.

.

.

.

"Kang HanNa"

Seraya namanya disebut lantas Hanna berjalan ke tengah dewan bagi mengambil segulung sijil. Saat dirinya berdiri menghadap orang ramai, terlihat sahabatnya Irene sedang tersenyum riang sambil tangannya tidak habis - habis memotret gambar Hanna. Seketika matanya melilau sekeliling mencari kelibat abi dan uminya. Namun masih tiada lagi. 'Mungkin kerja abi banyak lagi.' Monolog gadis itu.

Dan akhirnya, matanya tertacap di pintu utama dewan dimana disitu terdapat satu figura seorang lelaki sedang memandangnya sambil tersenyum. Terasa dirinya ingin menangis. Entah mengapa hatinya terasa sebak apabila mengingatkan peristiwa itu. Walaupun mereka hanya menggelarkan diri masing - masing itu sekadar 'kawan'.

Irene yang perasan riak wajah Hanna itu turut menoleh melihat belakang.

.

.

.

Sejambak bunga mawar merah yang wangi itu dihulurkan kepada Hanna membuatkan gadis itu terpaku. Hanna memandang riak senyuman pada wajah lelaki itu. Lelaki yang amat dia menaruh hati.

"H-Haechan sunbaenim..."

"Chukkahe. Hanna ssi."

Sejambak mawar itu diambilnya seketika menghidu aroma wangi. Senyumannya di sembunyikan. Tidak lupa juga Irene yang setia disisi gadis itu.

"Oppa, oppa buat apa dekat sini? Nak ulang balik ke?", Irene menanyakan soalan pada Haechan.

"O-oppa...nak tengok Hanna jugalah. Hanna kan kawan oppa juga!"

"Iya ke kawan? Hermm... Irene rasa macam ketinggalan. Korang berdua ni ada sorokkan apa - apa kah dari Irene?"

Haechan menelan air liurnya kasar. Hanna hanya menggelakkan sahaja. Seketika pergelangan tangan Irene dipegang Hanna. Membuatkan gadis berambut panjang itu memandangnya.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now