JOGGING 02

64 11 3
                                    

"EO, jadi abang kau kawan rapat dengan Haechan sunbaenim lah?"

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

"EO, jadi abang kau kawan rapat dengan Haechan sunbaenim lah?"

Irene mengangguk sambil matanya tertumpu pada buku notanya. Sekarang ini mereka sedang memulakan kelas sejarah. Hanna berbisik agar tidak didengar pensyarah. Setelah lama dipalau Irene, Hanna kembali fokus apa yang diterangkan di depan.

Setelah habis sahaja kelas terakhir mereka, semua berpusu - pusu keluar ingin pulang. Kecuali mereka berdua yang masih lagi terkebil - kebil menyimpan buku - buku di dalam beg. "Eum, Hanna-yah.. petang ni jom pergi taman. Kita jogging." Seketika Irene mengajaknya keluar di petang hari. Lama gadis berhijab itu berfikir, lalu mengangguk dan tersenyum bersetuju dengan cadangan rakannya itu. Setelah itu, mereka berdua berpisah menghala tuju masing - masing untuk pulang ke rumah. Oleh kerana Irene Zhong merupakan anak berada jadi gadis itu tidak menetap di asrama seperti pelajar lain. Sama juga seperti Kang Hanna.

Seperti biasa bagi Hanna lebih gemar berjalan ketika pulang ke rumah. Sambil mendengarkan lagu instrument seperti piano dapat dia menikmati pemandangan dan suasana yang aesthetic. Walaupun jalan raya dalam keadaan sibuk dengan para pekerja, bunyi bising itu tidaklah sangat mengganggu dirinya.

Sesekali Hanna akan menyapa dan menunduk sopan saat - saat terserempak orang sekeliling sambil tersenyum. Tiba - tiba lagu yang didengarnya tadi terhenti, malah digantikan dengan bunyi azan di waktu asar. Langkahnya juga terhenti lalu mengerling ke jam tangannya. Sudah masuk waktunya untuk gadis itu menunaikan tanggungjawabnya sebagai seorang muslimah. Lantas gadis itu mempercepatkan lagi langkahnya sampai ke rumah. Kerana dia sudah berjanji untuk keluar bersama Irene Zhong.

.

.

.

.

"Assalamualaikum umi!", Pintu agam dibuka. Hanna menyalam Puan Kang yang berada di ruang tamu sambil menonton televisyen. Hanna sempat mengerling ke arah dapur. Terlihat makanan - makanan sudah pun tersedia. Encik Kang pula akan pulang selepas waktu isya'. Jadi lebih lama mereka berdua di rumah. "Umi dah solat, lepastu kita makan."

"Geurae. Kalau macam tu, Hanna naik dulu ya." Minta diri gadis itu dibiarkan sepi. Lalu naik ke atas. Kain selendangnya dilepaskan lalu disangkut. Seketika itu Hanna megirim pesanannya pada Irene untuk datang ke rumahnya pada jam 5.15 petang. Hanna bingkas masuk ke dalam bilik air untuk mengambil air wudhu'. Lalu tanpa membuang masa, gadis itu menunaikan kewajipannya untuk solat. Setelah satu hari sibuk akan dunia, kini di waktu petang pula gadis itu menghadap Maha Esa memohon hidayah dan keampunan.

Selepas beberapa minit, Puan Kang sudah duduk di meja makan menunggu kehadiran anak perempuannya. "Umi, petang ni boleh tak Hanna nak keluar?", Puan Kang yang baru saja habis membaca doa makan kemudian memandang anaknya.

GIVE ME CHANCE || ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora