4YEARSLATER

23 5 0
                                    

Bahu Haechan dicuit perlahan membuatkan dirinya terganggu hendak fokus membaca buku

¡Ay! Esta imagen no sigue nuestras pautas de contenido. Para continuar la publicación, intente quitarla o subir otra.

Bahu Haechan dicuit perlahan membuatkan dirinya terganggu hendak fokus membaca buku. Lantas mencari punca cuitan itu. Namun tidak jadi untuk dirinya memarahi si dia. Hanna lantas tersenyum sebelum mengambil tempat duduk di sebelahnya. Suasana senyap almaklum lah mereka berdua sedang berada di perpustakaan negara. Saja ingin meluangkan masa seketika menikmati percutian setelah habis belajar dan cuti kerja untuk dua hari. Bulan depan pula tiba giliran si gadis pujaannya pula mendapat sijil. Hanna sudah masuk tahun terakhir di Universiti Hanyang.

"Sunbaenim, semalam saya ada beli buku henshin. Jadi, ini untuk sunbaenim."

Buku yang diperkenalkan Hanna itu dikeluarkan dari beg galasnya. Haechan hanya memerhati sebelum buku itu dibelek dari kulit ke kulit. "Gumawo Hanna ssi. Lepas ni, tak payah lah belikan sunbae macam - macam. Hanna ssi cakap saja apa yang perlu dibuat, sunbae beli."

"Ah, anieyo..nan jinjja gwenchana...", Haechan laju memotong percakapan Hanna sehinggakan gadis itu turut terdiam.

"Cukup Hanna ssi doakan pada Tuhan Hanna ssi supaya hati ini menerima petunjuk dan takdir. Walaupun takdir tu...", Haechan tidak sanggup ingin menhabiskan ayatnya.

"Walaupun takdir tu sangatlah tidak adil--", Hanna menyampuk.

"Hanna ssi, Tuhan itu maha adil. Cerita yang Tuhan cipta itu sangatlah indah. Kita hanya menerima dan Tuhan yang merancang. Tuhan sebaik - baik pencipta itu Hanna ssi kena ingat."

Kata - kata nasihat dari Haechan itu tertusuk sedalam yang mungkin. Tanpa membuang masa, Hanna endahkan sahaja perasaan itu dan langsung menarik buku yang sempat dibaca Haechan tadi sementara menunggu Hanna. Genre buku yang sama cuma lain tajuk. Masing - masing khusyuk membaca sebelum perut milik Haechan mengganggu ketenteraman mereka. Membuatkan Hanna secara tidak sengaja melepaskan tawa kecilnya. Itu pun sudah membuatkan Haechan turut tersenyum.

"Sunbae tak nak makan ke? Takut nanti dalam perut tu menyanyi lagi." Mahu tidak mahu, Haechan langsung menutup buku yang dibacanya dan berdiri sebelum pergi meninggalkan perpustakaan.

Sepanjang dalam perjalanan berjalan kaki, masing - masing hanya mendiamkan diri. Haechan dapat merasakan sesuatu dihulurkan ke arahnya membuatkan dia pun menoleh. Hanna menghulurkannya earpod sebelah.

"Mwo...?"

"Pakailah, saya nak pasang lagu ni."

Tanpa membuang masanya lantas disambut sebelum disumbat ke dalam telinganya. Hanna juga sama memasangkan lagu kegemarannya. Rasa suka dan teruja pula ingin berkongsikan lagu kegemarannya. 

Sepanjang lagu itu berjalan, Haechan daritadi menyembunyikan senyumannya. Namun tanpa dia sedari, gadis itu sudah melihat senyuman itu. Cuaca hari ini pula kebetulan Tuhan jadikan yang baik. Tidak hujan tidak pula salji. 

GIVE ME CHANCE || ✔Donde viven las historias. Descúbrelo ahora