SARANGHAE 09

26 5 2
                                    

Perpustakaan yang sunyi itu sudah menjadi kebiasaan untuk Hanna menenangkan dirinya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Perpustakaan yang sunyi itu sudah menjadi kebiasaan untuk Hanna menenangkan dirinya. Di rak buku yang tinggi dan luas itu, Hanna sibuk memilih dan mengambil satu persatu buku yang hendak dibaca. Bukan buku belajar sahaja malah novel - novel yang menarik baginya juga diambil. Hingga satu buku itu diambil Hanna laju sahaja dirampas seseorang dari sebelahnya. "Hanna ssi...", Hanna terkejut segera menoleh melihat sang empunya tangan yang mengambil bukunya itu.

"Eo, Haechan sunbaenim? Buat apa dekat sini??", Seketika Hanna sedikit menghiraukan Haechan kerana sibuk memilih tajuk buku.

"Hanna ssi, sunbae nak cakap sikit."

"Cakap? Nak cakap apa? Cakaplah." Sempat gadis itu senyum.

"Ini serius."

"Wah, serius? Apa tu? Cakaplah..." Akhirnya satu buku itu menarik perhatiannya pantas diambil.

Namun baru sahaja Hanna ingin meletakkan buku itu di lengannya lantas dirampas Haechan. Hanna terkejut dan memandang Haechan dengan pandangan 'kenapa'.

"Pandang sunbae Hanna ssi."

Pandangan mereka terhenti seketika sebelum Hanna yang mengalihkan dahulu. Sengaja gadis itu berdehem kasar.

"Ekhem, s-sunbae nak cakap apa... saya ada banyak lagi buku nak dicari..."

Hanna endahkan sahaja kemudian sambung mencari buku dan ambil buat kali ke duanya namun masih sama apabila Haechan mengambil buku dari Hanna.

"Hanna ssi jinjja...aku nak kau terus terang pada aku." Sampai sahaja Haechan menukarkan panggilan 'aku kau', membuatkan gadis itu gementar. Hanna terdiam. Sekarang ini kedua - dua buku kegemarannya itu ada pada Haechan.

"Kau cintakan aku atau tak."

Pernyataan itu lagi membuatkan Hanna terkedu dan terkelu. Mengapa secara tiba - tiba dan mengejut sebegini rupa? Ada masalah ke? Jantungnya pula sudah tidak keruan debarnya. Begitu juga Haechan.

"S-soalan apa sunbae tanya ni?"

Hanna mengumpulkan keberaniannya untuk bertentang mata pada Haechan. Balasan pertanyaan dari Hanna lagi buatkan lelaki ini terkedu. Nampaknya, cinta Haechan memang benarlah bertepuk sebelah tangan. Tch, sungguh mengecewakan.

Namun dalam hati Haechan tetap berharap.

'Jujur Hanna...', desis hatinya. Berusaha untuk bersangka baik. Berusaha untuk mengubati hatinya.

"Soalan aku kau tak jawab lagi. Jawapab sekarang ada dua. Kau, cintakan aku atau tidak. Ya atau tidak."

Lagi sekali Haechan mengulangi soalannya bagi memastikan jawapan yang akan dijawab oleh gadis di hadapannya sekarang ini. Hanna menggenggam mengeratkan buku yang dipegangnya daritadi.

"Sunbae tahukan..."

"Ara, arayo. Kita tak boleh bersama sebab terlalu berbeza. Beza agama. Beza budaya. Tapi tak salah kalau aku pindah agamakan?"

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now