JODOH 06

37 7 1
                                    

                 MALAM selepas Hanna sekeluarga selesai menunaikan kewajipan mereka, sudah menjadi mereka untuk minum malam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

                 MALAM selepas Hanna sekeluarga selesai menunaikan kewajipan mereka, sudah menjadi mereka untuk minum malam. Encik Kang duduk di ruang tamu kebetulan Hanna juga mendekati abinya di sebelah. Manakala sang umi pula bekerja sebagai suri rumah sibuk di dapur membuatkan hidangan untuk keluarganya. Punggungnya dilabuhkan sofa empuk sebelah Encik Kang. 

"Jemput minum abi, umi nak kemas dapur sekejap." Puan Kang meletakkan minuman panas kegemaran suaminya di hadapan mereka sebelum berpatah balik pergi ke dapur. Lalu cawan itu di capai sebelum menghirup penuh keenakan. 

Hanna pula endahkan sahaja apa yang berlaku di sebelahnya kerana matanya sekarang ini tertumpu pada televisyen di hadapannya. Seketika kekhusyukannya diganggu seraya Encik Kang memecahkan suasana sepi itu.

"Itukah Haechan? Senior kamu?", Hanna sedikit tersedak. Airliurnya entah mengapa tiba - tiba pula seperti tersekat di rongga. 

"N-ne? M-majayo Abi." Hanna mencuba untuk tidak menampakkan dirinya itu sedang dilanda perasaan gugup apabila tiba - tiba abinya munculkan soalan. "A-abi janganlah fikir lain. Kami jalan - jalan saja tadi---." Sambung Hanna lagi memberitahu akan keadaan mereka. Agar mengelakkan abinya berfikir jauh. Namun lantas dipotong Encik Kang tanpa memandangnya. 

"Hanna cintakan dia?", Lagi membuatkan jantung Hanna tidak keruan. Gadis itu semakin menundukkan wajahnya. Mungkin sedang memikirkan jawapan apa yang hendak diberi kepada abinya. Sambil matanya sibuk bermain jari jemarinya. 'Ya abi, anak abi cintakan dia. Anak kesayangan abi ni cintakan dia. Hanna cintakan Haechan sunbae', Andai dia mempunya keberanian menjawab seperti itu. Namun tak berdaya. Mulutnya dikunci. Otaknya berfikir tidak perlu menjawab yang itu. Soalan yang dituju oleh Encik Kang baginya menyakitkan. Kerana dia sendiri tidak dapat berjujur.

"Hanna..Hanna cintakan dia ke? Abi tanya ni." Lagi sekali soalan itu diulang meminta dijawab. Hanna tersedar dari lamunannya. Lalu menoleh memandang sang abi yang sudah dari tadi juga memandangnya. "Hmm???", Encik Kang mengangkat kedua - dua keningnya menunggu soalannya dijawab. Apa, soalannya terlalu susahkah untu dijawab? Sehingga perlu berfikir berkali - kali untuk menjawab.

"E-eoh? A-aniya. Hanna dengan dia....Senior junior saja...", Berat mulutnya untuk berkata apa yang terkubur di dalam hatinya. Rasa sakit. Sakit apabila tak dapat berjujur. 

Lalu pandangan abinya beralih ke televisyen semula. Sambil menghela nafas lega dengan jawapan anaknya seorang itu. "Baguslah kalau macam tu." Hanna hanya diam. Mahu saja dirinya lari naik ke bilik. Bermain telefon ke, ataupun buat assigment yang tergantung lama itu. Namun tertahan. Kakinya seperti diikat rantai memaksanya untuk bertahan di sebelah abinya.

"Sebab abi ada hajat kenapa abi bawa Adam tu datang sini petang tadi." Wajahnya yang menunduk itu perlahan dinaikkan seraya abinya sambung lagi percakapannya. Mendengar abinya mempunyai hajat. Hajat apa pula? Hajat nak jadikan anak angkat ke? Sebabkan Si Adam itu merupakan anak yatim piatu. Tidak mempunya kedua ibu bapa. Jadi, Adam tersangatlah hutang budi dengan keluarga Hanna. Kerana menganggap lelaki itu sudah seperti keluarga mereka.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now