BEACH 07

27 5 1
                                    

              ANGIN sempoi - sempoi di pantai membuatkan Hanna berasa tenang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

              ANGIN sempoi - sempoi di pantai membuatkan Hanna berasa tenang. Kedua tangannya di depakan merasakan angin menyentuh pada tapak tangan. Lalu muncul di benak fikirannya, beg yang digalas di belakang itu dialihkan kedepan sebelum mengeluarkan kamera dari begnya. Kemudian Hanna mula menghidupkan rakamannya. Seketika kamera itu dengan senyap diarahkan kepada Haechan yang daritadi mengukir sesuatu di pasir pantai. Hanna tersenyum di saat lelaki itu tidak perasan. Dapat juga Hanna mengambil kesempatan. Namun senyuman itu tidak lama apabila Haechan baru sahaja hendak memulakan perbicaraannya tapi terhenti. Kerana dirinya dirakam lantas dengan pantas Haechan merampas kamera di tangan Hanna.

"S-sunbaenim! Bagilah sini kamera tu!", Hanna tidak mahu malu. Gadis itu lantas cuba sedaya upaya merampas semula kamera miliknya. Namun ditahan. "Tak payah, biar sunbae yang rakam Hanna ssi pula." Gadis itu pasrah.

"Hanna ssi, pandang sini~~", Hanna menjeling sedikit dan mula cemberut. Haechan tergelak kecil tatkala melihat kecomelan gadis itu. Perempuan, biasalah tak mahu kalah. Haechan akhirnya berserah lalu kamera itu diberikan kepada sang empunya semula. Sambil memberikan segaris senyuman maaf. Tapi pada Hanna itu satu senyuman yang sangat berharga untuknya. Akhirnya tiba giliran gadis itu pula memulakan rakamannya. Sesekali merakam keindahan ciptaan Tuhan. Sungguh indah memang tidak terkata. Memang Allah SWT sebaik - baik pencipta. Ciptaan Allah itu memang sempurna dan tiada tandingan. 

Haechan mula mendekati pantai, ingin mengenakan sesuatu pada Hanna. Dengan tanpa ragu - ragu, air pantai itu lantas dipercik ke arah Hanna yang khusyuk merakam. 'Percik sikitlah', Gumam lelaki itu di dalam hatinya. Hanna terperanjat. Lalu terus menoleh ke arah Haechan yang sudah berlari ingin lepaskan diri.

" SUNBAENIM !!!", Hanna juga tidak berpuas hati lantas berlari anak. Haechan berhenti kemudian menunggu kedatangan Hanna. Apabila Hanna sudah mendekat, untuk kedua kalinya lelaki itu memercik air pantas sedikit ke Hanna. Hanna memandangnya dengan pandangan tidak percaya. Ini benar - benar menguji kesabarannya.

"LEE HAECHAN!", Kali ini Hanna memanggil namanya penuh. Haechan sudah tidak dapat menahan gelaknya lalu dilepaskan. Sungguh comel ketika gadis itu marah. Kamera itu dihulurkan pada Haechan meminta tolong pegang sementara Hanna mengkibas - kibas bajunya yang sedikit basah akibat perbuatan Haechan tadi. Wajahnya mula cemberut.

"Hanna ssi~ Tengok sini...", Haechan mengalihkan rakaman itu ke arah Hanna yang masih lagi bertingkah sama. "Habis basah baju saya!", Haechan mengekek - kekek. Suka apabila berjaya mengenakan Hanna. "Sikit saja tu, nanti keringlah." Setelah itu, kamera ditutup. Matahari sudah naik menandakan akan masuk tengah hari.

"Hanna ssi."

"Hmm."

"Hanna ssi.."

"Mwo!", Haechan tergelak lagi. Haechan merasakan satu hari ini, dirinya asyik ketawa saja. 

"Siapa lambat sampai bustop--

--Kena tinggal , bye!", Lantas Haechan berlari dahulu meninggalkan gadis itu keseorangan di pantai.

GIVE ME CHANCE || ✔Where stories live. Discover now