stepbrother | 0.36

404 35 8
                                    

Author pov

" Chris ! "

Jerit Hyera apabila melihat kawan baiknya siapa lagi kalau bukan Chan .

Chan melambai tangannya sebelum meluru lari ke Hyera seperti kanak-kanak riang .

" Hyera... "

Chan tersengih seperti kerang busuk . Malu entah kenapa .

Tangan kekar Chan ditarik Hyera untuk memasuki kereta, Chan pandang Hyera pelik .

" Wae ? "

" Jom aku nak balik "

Kata Hyera ringkas , sikit pun tidak dia pandang Chan walaupun sekilas. Chan mula risau dia takut kalau ada apa-apa yang terjadi kat Hyera kasayangannya .

" Oh lupa, kau jauh - jauh datang kesini mesti penat kan ? Kalau kau penat boleh je kita berehat kat sini sehari lagi "

Hyera menepuk dahinya berkali-kali, dah tentulah Chan penat setelah bawa kereta ke jeju selama beberapa jam tanpa rehat . Semata-mata untuk lunaskan permintaan tolong dari Hyera .

Wajah lesu Chan, Hyera pandang dengan rasa serba salah.

" Tak, tak apa kita balik je terus. "

Kata Chan, walaupun dia memang penat tapi dia tetap nak bawa Hyera balik secepat mungkin dan dengar penjelasan Hyera tentang apa yang terjadi, sampai terburu-buru nak balik.

Tangan kekar dan berurat Chan bersiap sedia memegang stereng untuk memulakan perjalanan, Hyera segera menahan tangan Chan. Dia mengeleng laju .

Dia tak nak susahkan Chan lagi cukuplah dengan memintanya datang ke sini dengan susah payah tanpa rehat .

" Biar aku bawa, kau rehat dulu. Kalau kau lapar bagitahu je aku belikan makanan siap-siap "

Kata Hyera tegas, dia segera bangun dan pergi ke seat pemandu tapi Chan membantah dengan mengatakan bahawa dia tidak mahu susah Hyera , tambahan lagi dengan keadaan Hyera yang tak sihat .

" Jangan Hyera kau kan tak sihat nanti jadi apa apa kat kau macam ma-- "

" Chris, aku bukan budak 17 tahun lagi yang kau boleh nasihat macam dulu... Chris . Aku dah besar aku dah cukup matang jadi aku tahu apa yang aku buat . Kau berehat aku tahu kau penat "

Lagi sekali Hyera berkata dengan serius akhirnya Chan pun mengalah, dengan rasa berat hati Chan duduk di sebelah .

" Betul kau boleh ni ? "

" Yes, trust me Chris . "

Bukannya Chan tak tahu, bahawa kawan baiknya itu tak ada lesen . Tapi apabila melihat keyakinan dan kegigihan kawan baiknya iaitu Hyera . Dia yakin semuanya akan berjalan dengan baik-baik saja .

••

" Chris bangun "

Hyera mengoncangkan bahu Chan lembut, tapi macam biasa langsung tiada tindak balas dari Chan . Hyera menghela nafas tiba-tiba satu idea nakal muncul diotaknya .

Dia melihat wajah tampan dan comel milik Chan, bibir yang merah jelas sekali yang Chan tidak pernah merokok . Kulit putih dan mulus tanpa jerawat, lesung pipit dikedua belah pipi tak dilupakan juga .

Rambut kerinting semula jadi diwarnakan dengan warna blonde, Oh kenapa dia baru sedar yang dia ada kawan setampan ni ?

Tanpa Hyera sedar dia merenung wajah tampan Chan tanpa bosan.

Selang beberapa saat Hyera segera menampar pipinya, dia berniat kembali untuk merencanakan idea nakalnya .

Hyera segera mendekati bibirnya ke telinga Chan, lalu dia meniupkan dengan perlahan sehinggakan lelaki itu mengerakkan tubuhnya sedikit tetapi tetap lelaki itu tidak terbangun dengan perbuatan nakal dari Hyera.

   .ೃ  stepbrother | jjk  जहाँ कहानियाँ रहती हैं। अभी खोजें