stepbrother | 0.45

277 26 9
                                    

Rin pov

Aku bingung nak buat apa, kenapa aku terlalu bijak bawa dia ke sini.

Aku mengusut rambut aku, patutnya aku tinggalkan dia saja tadi tapi urghh...

Pintu bilik aku pandang, biarlah aku nak tenangkan fikiran buat seketika.

Secara tiba-tiba aku terdengar seperti ada orang batuk di luar ya siapa lagi kalau bukan Kook...

Tak cukup dengan batuk aku dengar pula dia terbersin-bersin banyak kali juga la.

Aku...

Aku risau keadaan dia sejujurnya. Lepas dia kena hujan tadi dia langsung tak nak mandi atau tukar baju.

Degil.

" Ak-h kh-of "

Aish aku bangun dari katil lalu segera buka pintu, sebelum ke dapur aku sempat lagi melirikkan mataku di sofa . Kook ...

Dia tengah terduduk lagi sama macam posisi tadi , wajahnya sudah kemerah-merahan matanya pula bengkak tak cukup dengan itu hidungnya juga merah.

Aku. Tak pernah lagi nampak dia sedih sampai macam tu ta- tak

Dia menangis pun aku tak pernah nampak sepanjang aku kenal dia.

Nampaknya sebab perempuan tu dia jadi macam tu sekali huh.

Selepas setengah jam aku bertarung didapur, bubur ayam dan teh hijau panas sudah aku siapkan aku letak didulang dan bawa ke depan kook.

" Makan "

Kataku ringkas, dia tidak membalas. makanan yang aku buat, sikit pun dia tak lihat apatah lagi jamah.

Bajunya basah menitik sampai ia membasahi sofa kesayanganku.

Secara drastiknya , aku berkeras untuk buka bajunya, nasib baik dia tak melawan.

Lepas aku dah buka baju dia , seluar jeans basahnya pula jadi tumpuan aku. Ah ini...

" Nak buka ke tak nak ek "

Soalan itu terlintas di kepala otak aku. Aku menggigit bibir ah buka jelah macam la aku tak pernah tengok , bahkan berjuta-juta kali aku dah na-- ok stop.

Aku dengan tak malunya buka saja seluarnya, dia sama saja macam tadi cuma termenung tak berikan reaksi apa-apa.

Okay nasib ada boxer.

Lepas aku buka semua pakaiannya aku letak baju basah dia ke mesin basuh.

Baju-baju kering Kook di almari aku ambil, jangan pelik kenapa baju dia ada kat rumah ni . Rumah ni kan rumah dia  jadi tak hairanlah aku cuma menumpang saja .

Sebelum aku sarungkan pakaian dia, aku ambil tuala dan lap seluruh tubuh dia sampaikan kering.

Lepas semuanya kering aku ambil baju t-shirt hitam dan sarungkan ke badan kekarnya, seluar tracksuit pun sama.

Selesai juga, aku menghelakan nafas. Kini mataku kembali melirik ke arah Kook.

Oh aku baru perasan.

Dia tengah pandang aku. macam tak puas hati pun ada.

Apa ? aku dah tolong dia bukan ? aku dah memudahkan kerja dia kot !

" Makan sebelum sej- "

" Mianhae, maafkan i untuk semuanya... "

Dia membuka mulut , dia berdiri dan pandang aku tanpa ada perasaan. Lalu dia menjejakkan kaki keluar dari rumah ni.

Huh nampaknya aku dah kena buang lah ni ? Hahaha.

   .ೃ  stepbrother | jjk  Onde histórias criam vida. Descubra agora