stepbrother | 0.43

283 24 8
                                    

DISARANKAN DENGAR LAGU SUNSETZ - CIGGARETTES AFTER SEX

SEWAKTU MEMBACA CHAP NI SEKIAN TERIMA KASIH (ノ`⌒´)ノ┫:・┻┻

Jungkook's

Aku pandang Rin dengan tidak percaya, betul ke semua ni ? ke aku cuma mimpi atau berhalusinasi...

" Rin... yo-- "

" Pergi Kook, jangan sampai i tukar fikiran i "

Rin menolak tubuhku lembut, senyuman kecil dia terukir dibibir munggilnya.

Aku tak nak berlama-lama lagi fikiran aku cumalah satu sekarang iaitu Hyera.

Aku segera mengangkat punggung dan mengambil balik jaket aku yang tergantung di kerusi.

Sebelum aku keluar , aku sempat melihat wajah Rin. Aku tahu perasaan dia sekarang... walaupun dia senyum tapi dapat aku lihat perasaan kecewa yang dia cuba sembunyikan.

Tapi aku tak boleh buat apa, badan aku seakan-akan di kawal oleh gerak hati aku.

Jadi...

Aku terpaksa tinggalkan Rin buat sementara.

" Mianhae Rin, i janji i akan datang
sini ba-- "

" Tak. jangan kook jangan... ni last wish dari i nak you tunaikan... "

" Jangan jumpa i lagi "

••

Kaki aku ligat berlari ke sana sini mencari sosok perempuan aku cintai . Mana dia ?

Kelihatan beratus - ratus orang di sini jadi ia bukan benda yang senang aku nak cari Hyera dalam sekelip mata...

Tapi aku takkan menyerah , aku akan cari sampai dapat . Aku nak berbaik dengan Hyera secara baik .

Aku berlari dan terus berlari , erti penat ? tidak wujud pada aku buat hari ni.

Selepas 2 jam aku menghabiskan masa mencarinya. Aku segera berjalan masuk ke kedai serbaneka haus.

Peti air aku buka. Sebotol air mineral aku ambil.

Tiba-tiba aku melihat satu sosok tubuh yang aku kenal.

" Chris bagilah balik onigiri aku ! kau jangan sampai aku jadikan kau onigiri pulak !! "

" Tak. Tak boleh kalau nak ambil la dulu dari tangan aku ni "

" Cit mentang - mentang aku pendek. Tak sedar ke kau tu pendek juga ha ? "

Suara tu...

Hyera ?

Aku datang mendekatinya sosok tubuhnya, lalu bahunya aku pegang untuk dapatkan kepastian .

" H-hyera ? "

P-pap

Tangan aku ditepis kasar olehnya, dia memandang aku seolah-olah terkejut dengan kehadiran aku.

" Aku nak cakap dengan kau. Kita berdua saja "

Kata aku spontan aku tak nak buat drama basi lagi. Aku nak tamatkan berbalahan ni tanpa tangguh-tangguh lagi.

Hyera memandang lelaki berambut kerinting itu dengan perasaan was-was yang sama ada dia perlu ikut aku atau tidak.

Author pov

Chan memejamkan matanya dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain. Dia tak nak berlebih-lebih. Baginya biarlah Hyera mengambil keputusan sendiri.

Tanpa rasa malu Jungkook berlutut di depan Hyera. Dia tahu yang dia nampak terdesak.

   .ೃ  stepbrother | jjk  Where stories live. Discover now