stepbrother | 0.47

206 8 5
                                    

Author pov

Setelah beberapa bulan Jungkook meninggalkan Rin , keadaan hidup seharian Rin mula berubah.

Ya berubah, tapi berubah dengan jalan yang lebih baik.

Rin mula menjalankan hidupnya seperti biasa, iaitu kerja,keluar berjalan-jalan menghirup udara segar,check up keadaan anaknya, bershopping bersama kawan rapatnya iaitu Yoojin.

Jungkook ? entah ke mana dia hilang, dia lesap begitu saja tiada kabarnya langsung selepas dia jejak keluar dari rumah Rin.

Sejujurnya, tipulah kalau Rin tidak kecewa dan sakit ke atas perbuatan Jungkook.

Hatinya seperti dirobek-robek berjuta kali. Mungkin benar lelaki itu tidak bersedia lagi nak melaksanakan tanggungjawabnya sebagai seorang yang bergelar ayah.

Selama hari-hari yang ada inilah Rin cuba melupakan semuanya, dia tak nak jadi seperti perempuan gila sampaikan nak melutut supaya bertanggungjawab.

Biarlah dia bersendirian melahirkan anak dari benih Jungkook seorang-seorang.

Dia penat, dia redha.

" Yeongggg nah aiskrim, kau nak mana satu matcha or milk tea ? "

" Matcha ofkos kau ni macam tak kenal lak selera aku macam mana "

" Ceh "

Yoojin berdecit dia menghulurkan aiskrim matcha ke Rin.

Mata Yoojin memandang perut Rin yang semakin besar.

" Siapa sangka tak lama lagi Raon akan keluar melihat dunia kan, Rin ? "

" Ehem... "

Rin tersenyum kelat, matanya fokus ke seorang budak lelaki kecil bersama ibu dan bapanya yang sedang ketawa riang.

Alangkah bagusnya kalau dia dan Jungkook dapat  membesarkan Raon bersama-sama sehingga ke tua.

Tapi malangnya itu semua mimpi dan hayalan saja.

" Jantan tu , dia tak cari kau ke ? "

Yoojin menanya , dia saja mengelarkan Jungkook jantan. Biar kena dekat si lahabau tu sudahlah mengandungkan anak orang lepastu blah macam tu saja.

" A-aku tak nak fikirkan pasal dia lagi buat masa sekarang ni Yoojin... Aku taknak stress sampaikan benda ni dapat menganggu kandungan aku. "

" Jadi tolong jangan ungkit pasal ni lagi Yoojin... aku tak nak dengar pasal dia lagi "

" Aku faham Rin, tapi sampai bila ? sampai bila Rin ? kau sedarkan lagi 3 minggu saja lagi kau akan lahirkan Raon, dan kau nak biarkan jantan tu tinggalkan kau macam ni saja ? kau nak anak kau hidup seorang - seorang tanpa aya- "

" Jadi apa salahnya ? apa bezanya kewujudan dia untuk anak aku bila dia ada ? bila dia tak ada ? tak ada Yoojin langsung tak ada... kau cakap macam ni macam aku tak mampu tanggung anak aku seorang diri. "

" Ini anak aku bukannya dia, aku yang penat aku yang akan lahirkan anak aku. Dia ? mana dia Yoojin mana ? aku tak nak jadi orang bodoh lagi merayu suruh dia bertanggungjawab. "

" Rin... "

Rin merengus kasar, ah dia sudah hilang selera untuk menjamah aiskrim kegemarannya. Dia bangun melihat kawan rapatnya dengan pandangan kecewa.

Aiskrim ditangan dia jatuhkannya dengan sengaja.

" Mianhae, selera makan aku dah hilang. "

Ujar Rin sebelum dia meninggalkan kawannya seorang diri dengan perasaan di pijak-pijak. Apa kawannya pandang rendah melihat dia akan melahirkan tanpa ayah kepada anaknya disisi ? Tidak ia sama sekali salah.

   .ೃ  stepbrother | jjk  Where stories live. Discover now