stepbrother | 0.46

133 9 0
                                    

Author pov

" Sayang awak dah bagitahu Hyera supaya cepat balik ? haih...dia tak tahu ke minggu depan kita nak bawa dia ke Amerika untuk pembedahan dia tu ? "

Soal Tuan Jeon kepada isterinya, Puan Jeon menghela nafasnya lalu dia mengurut  dahinya. Sudahlah dia risaukan anaknya yang dah tak balik-balik berminggu-minggu , bila telefon katanya Hyera dia masih lagi bercuti lagi bersama si Jungkook. Tapi takkan bercuti pun lama sampai berminggu-minggu ? agaklah sikit kalah orang berhoneymoon.

Jauh tersorot dihati Puan Jeon , rasa risau menyelubungi dirinya terhadap anak perempuannya. Bukan apa Hyera tu sakit lagi pun barahnya sudah merebak sikit demi sikit. Hati mak mana yang tak risau anaknya bukan ?

" Saya dah bagitahu , tapi dia kata lagi sehari dua dia balik Chagiya "

" Saya risau sayang, dia tu sakit saya boleh kehilangan dia bila-bila masa saja tahu ... saya takkan biarkan dia tinggalkan saya sebelum saya mati. dia anak saya chagiya dia satu-satunya anak saya "

Kata Puan Jeon panjang lebar, air matanya mengalir deras dia menepuk dadanya sakit.

Tuan Jeon meluru laju ke isterinya. Dia meletakkan wajah isterinya ke dada. Badan isterinya dia usap perlahan.

" Dia pun anak saya chagiya, saya pun tak nak kehilangan dia "

••

Macam biasa rutin harian Hyera sejak di rumah Chan. Dia akan mulakan kehidupan seperti manusia-manusia lain. Bangun pagi masakkan sarapan,mandi,tengok tv,kemas rumah,angkat kain,jemur kain,makan,tidur. Hal itu berulang-ulang tanpa jemu.

Bagi Hyera itu semua seronok baginya, dia lebih enjoy duduk dirumah berbanding di luar sana. Sejak kecil lagi dia dibiasakan duduk dirumah jadi tak hairanlah kalau dia selalu duduk rumah saja.

" Chris cepatlah makan ni penat aku masak kau lambat-lambat pula. Menangis nasi ni nanti kalau kau tak makan di- "

Hyera yang sedang sibuk membebel terus terhenti. Melopong mulutnya seketika. Kain buruk ditangan terjatuh dilantai.

" Kenapa tengok aku macam tu....tak suka ke ? "

" Tak. cuma aku dah lama tak nampak rambut kau warna hitam. Iyalah sejak habis sekolah kau asyik dye rambut kau macam-macam warna. Birulah,merahlah aish macam-macamlah ! "

" Ngeh dahlah aku ambil nasi dulu "

Chan mengusutkan rambut Hyera lalu pergi ke dapur.

" Chris ! jujur aku lebih suka warna rambut kau yang sekarang ! "

Apalagi pipi Chan berona merah seperti buah tomato, senyuman dia melebar sampaikan tak boleh nak control.

" Aih dia puji rambut kau je, kenapa kau nak tersenyum macam kerang busuk ni "

Chan menolog dalaman, kemudian dia menampar pipinya perlahan dan geleng kepalanya laju.

..

" Chris ! aku balik dulu~ jangan lupa matikan gas lepas guna ! lepas tu jangan letak pinggan cawan dekat microwave ! aku pesan awal-awal ni jangan kata aku tak pesan pula "

Bebel Hyera, sebelum dia meninggalkan rumah Chan dia sempat meletak belakang tangannya ke dahi Chan untuk memeriksa suhu .

Tak panas sangat suam-suam saja. normal.

" Kau dah sihat... eloklah tu bolehlah aku balik dengan tenang kan ? "

Kata Hyera dia pandang Chan dengan pandangan redup dan susah di tafsirkan. Entah kenapa Chan rasa ini kali terakhir yang dia dapat lihat Hyera.

Tidak. Tidak mungkin.

" Aku pergi dul- "

Hyera senyum, kakinya bersiap sedia melangkah tapi terbantut apabila Chan memegang tangannya seolah-olah dia tidak sanggup membiarkannya pergi.

" Chris aku nak perg- "

Belum sempat Hyera menghabiskan kata-katanya. Dia melihat air mata jantannya lelaki itu mengalir dengan deras. Pelik.

Sepanjang dia kenal Chan. Lelaki itu tidak pernah menunjukkan sisinya yang seperti ini. Oh lupa dia juga manusia dan ada perasaan dah tentulah...

" Kau kenapa huh tak pernah-pernah lagi kau mena-- "

" Hidup kau kena hidup Hyera... kau kena kuat kau kena lawan semua ujian yang kau hadapi. "

" Chris... "

Lelaki itu tersenyum kelat, tetapi air matanyaa masih mengalir. Lalu dia tertawa

" Dah kenapa aku nak nangis pula ni kan... "

" Oh ya aku nak bag- "

Chan mengeluarkan sesuatu dari poketnya tapi dia letakkan kembali dan geleng.

" Tak apa tak jadi aku nak bagi kau bila masa yang sesuai nanti "

Hyera memandang Chan pelik , lelaki itu dari tadi tertawa janggal lalu dia meninggalkan Hyera seorang diri selepas ucapkan selamat tinggal...

••

654 wordsGAIS SORRY GAIS UPDATE LMBATWALAUPUN DAH HABIS SPM LAMA DAH YA ALLAH SJSJSJSPENULISAN AKU MAKIN BAKU HELPSAYA DENGAN BAKU TIDAK BOLEH BERPISAHBTW SELAMAT HARI RAYA GAIS ✨

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

654 words
GAIS SORRY GAIS UPDATE LMBAT
WALAUPUN DAH HABIS SPM LAMA DAH YA ALLAH SJSJSJS
PENULISAN AKU MAKIN BAKU HELP
SAYA DENGAN BAKU TIDAK BOLEH BERPISAH
BTW SELAMAT HARI RAYA GAIS ✨

- hmm ada bau-bau dah nak ending kan ?

   .ೃ  stepbrother | jjk  Where stories live. Discover now