Bab 30

903 78 2
                                    

POSTUR ditegakkan. Mata tidak beralih dari skrin laptop yang memaparkan kerja-kerjanya. Dipaksa diri buat fokus dan menaip. Tidak sampai lima minit, bahu mengendur semula. Keluhan dilepaskan seraya tangan naik memicit pelipis sendiri.

Klak!

Terus berpaling dan langsung disapa dengan wajah si ibu yang menatang dulang ditangan. Punggung diangkat lalu dibawa mendekati wanita itu. Dulang yang di tatang si ibu tadi bertukar tangan. Bahunya ditepuk dari belakang, lantas menghadiahkan sekulum senyuman dan meletakkan dulang itu diatas meja.

"Fikir kerja ke fikir...Tiara?" Soalan menjerat nafas buat Theo. Lelaki itu sekadar melepaskan tawa kecil.

"Both? Boleh tak?"

"Kalau kamu suka Tiara tu, mama boleh aje tolong pinangkan. Nak?"

Theo menggeleng.

"Tiara...tak suka abang. Dia kan dah ada lelaki lain. Dah tunang dah pun" air teh buatan ibunda di cicip selamba. Sayu tatkala nama Tiara disebut. Memikirkan tindakan kurang akalnya dulu, rasanya dia tidak boleh salahkan Tiara kalau gadis itu menolaknya.

"Mama suka dia"

"Abang pun suka dia" Theo hulur senyum. Kesedihan yang terlayar dimata tidak dapat disembunyikan. Sayu hati si ibu melihat satu-satu anaknya itu digelumang serba salah.

Dia tahu apa yang sudah anaknya lakukan. Dia tahu apa yang hampir terjadi pada Theo dan Tiara suatu ketika dulu. Sebagai ibu, tipulah jika dia tak marah. Teruk anak lelakinya itu kena dengannya dahulu. Namun, bila difikirkan kembali. Salah dia, semua salah dia kerana dahulunya tidak pernah ambil peduli tentang anak itu.

Dia biarkan anaknya itu hidup dalam kesesatan dunia yang kejam dan penuh dengan muslihat iblis yang tiada kata hentinya. Sebak hadir mengetuk naluri keibuannya. Tangan naik menekup pipi anak lelakinya yang putih lagi bersih itu.

"Mama tahu, kamu terlalu sayangkan dia sampai kamu tak boleh sentuh dia"

Theo menggenggam kuat jemari itu dipipinya. Tubir mata yang memberat langsung menggugurkan air mata lelakinya, turun berlinangan. Tubuhnya ditarik ke dalam dakapan. Dahi berlabuh pada bahu wanita itu. 

"Abang tak ubah macam raksasa pada dia ma" teresak-esak mengenangkan dosanya pada gadis polos yang satu itu. Terbayang-bayang kukunya yang pernah mencakar kulit licin perempuan itu

"Ya Allah, tak sayang"

"Mungkin itu satu daripada peringatan tuhan untuk kamu balik pada sayang. Tak ada manusia yang terus dilahirkan sempurna luar dan dalam, Theo Arfan. Mattheo Andrew" sambung Datin lagi. Sayu hati tuanya melihat si anak yang perlahan-lahan melabuhkan dahi dipehanya, tunduk mencium pula tanggannya. Sebelah tangan tak henti dari mengusap belakang tubuh tegap itu. Jatuh setitis air matanya.

"Abang minta maaf mama kena ada anak macam abang" tangan si ibu dikucup bertalu-talu.

"Kamu satu-satunya anak mama dan papa. Dia mesti bangga dengan kamu sekarang. Kamu berjaya keluar dari dunia lampau kamu, sayang" tatkala nama bapanya disebut, sekali lagi dirinya terasa bagai dihempap kuat. Ayahnyaa pergi sebelum sempat melihat dirinya melafazkan syahadah pertama. Hari yang sangat hina buat dirinya apabila dihari perginya si bapa dia dalam keadaan yang sungguh jijik dan mengaibkan. Mabuk dengan arak, segar  lagi dalam ingatannya saat bau busuk minuman keras itu memenuhi segenap ruang tamu yang penuh dengan tetamu yang membaca yaasiin mengelilingi jasad tak bernyawa si bapa.

Jahil sungguh.

Sedar dari mabuk dia dikhabarkan dengan pemergian si bapa. Merah tanah yang menempatkan jasad bapanya. Tiada apa yang terkandung dalam minda dn hatinya selain menyesal dan rindu. Tekad dan cita-cita untuk berada disamping orang tua itu hingga hujung nyawa, punah dan ranap. Hanya dengan kejahilan dirinya.

"Kamu hadiah dan amanah dari tuhan buat kami"

"Terima kasih"

"Cinta abang pada mama tak akan pernah lebih dari mana-mana perempuan, itu janji abang" Kepala diangkat menatap wajah bersih itu. Datin ketawa dalam air matanya.

"Cinta datang bersama tuhan, dan pergi pun bersama tuhan"

•••

"Kau kacau dia lagi?"

"Tak akan pernah berhenti. Susah dia asyik berkepit dengan suami dia tu. Nak dekat pun susah apalagi nak cekup. Bapa aku balik bulan depan, sumpah aku tak ada banyak masa"

"Jadi apa plan kau lepas ni? Kau dah banyak hutang dengan aku. Jangan sampai aku pula yang cari pasal dengan kau" tulang belakang dibetulkan. Tangan bercekak kepinggang menunggu balasan rakannya di hadapan.

Rakan. Sangat.

"Kacau ajelah dia. Bagi amaran aku tak akan pernah berhenti ganggu dia. Sampai aku dapat apa yang Aku nak"

"Kau ni boleh tahan bodoh juga ye. Kalau ayah pin tengok kebodohan kau ni, dia taubat nasuha immediately. Kau ganggu dia macam mana pun sekali pun, bukan dia tahu apa salah dia pada kau" tangan menghentak meja milik pejabat milik Mahmud.

"Masalahnya-"

"Kau tu yang bermasalah, lagi satu ...berapa banyak bangkai lagi kau nak hantar dekat dia? Tikus dah, burung dah, lepas ni apa? Lembu? Kambing? Unta?"

"Yang kau membebel ni kenapa? Macam perempuan tahu tak? Haih, sabarlah. Budak-budak aku dah lama get ready, bila-bila masa aje boleh jalan" dia bangun dati duduknya. Tidak senang dengan perbualan yang berlanjutan bersama sahabatnya yang satu itu.

Irham Madya.

Manusia paling gila harta pernah dia jumpa. Hutang bersama rakan akrab juga dikenanakan bunga berkali-kali ganda dari jumlah asal. Menyesal pula mengenangkan dia berhutang dengan lelaki itu. Boleh dikatakan separuh dari jumlah wang harta pusaka keluarganya nanti, boleh habis untuk bayar hutang dia seorang.

"You better keep your words. Aku nak balik Melbourne cepat sikit, semak duduk Malaysia ni. Bini aku pun, sama tak guna. Aku balik rumah dia dengan jantan lain. Perempuan murah!"

"Divorce?"

"Heh, lepastu dia ugut aku nak bongkar semua kerja haram aku pada polis? Tak apalah. Jadi perempuan simpanan ajelah dia tu. Malas aku layan" blazer hitam yang berada di sofa bilik pejabat itu dicapai lalu disarungkan ke tubuh.

"Tak nak try...?"

"Apa? Tu, yang dekat tingkat 4 semua tu? Tak apalah, bosan" tak kena dengan usia 45 tahun, nafsu serakah masih menjalar.

Untung sahaja semuanya dibawah penjagaan rahsia Dato' Mahmud sendiri. Kalau tidak, bukan tidur luar tapi tak tidur langsung.

"Suka hati kaulah. Sekarang, boleh keluar?"

"Kau halau aku?"

"Aku tengah serabut ni. Tolonglah" pen ditangan mula dicampakkan keatas timbunan kertas di atas meja.
Aksara dan huruf yang tertera di komputer pula, mula kabur.

"Okay, Fine. Aku pergi"

Pintu bilik ditutup rapat. Meninggalkan dia berseorangan dibiliknya. Dahi diurut menegangkan semula urat saraf yang tidak kena di situ. Sakit mula mencucuk hingga terasa ke otak. Serentak itu, telefonnya menjerit minta diangkat.

Dalam samar-samar penglihatan, tangan dihulur mencapai telefon bimbitnya. Ikon hijau diseret ke tepi.

"3..."

"2..."

"1..."

Buk!

Semuanya bertukar gelap.

TBC

Semoga cerita ni cepat habis aamiin🕊️🥲 penat mengarut


𝐊𝐄𝐄𝐏 𝐇𝐄𝐑 ©Where stories live. Discover now