0 1

786 63 25
                                    

yuna 's

kaki aku laju melangkah ke arah kelas minho . buku matematik dia ada dengan aku memandangkan semalam kami adakan study lesson .

midterm lagi 2 minggu , jadi aku sebagai mentor dia kena lah bekerja keras untuk bagi dia score kedudukan dan markah setiap ujian . matilah aku kalau kedudukan dia tercorot lagi .

di hadapan kelas , aku ternampak han sedang bersiul mengikut rentak nya sendiri . baik aku minta tolong dia memandang kan dia saja orang yang 'baik' dari kawan dia yang lain .

" em han , boleh bagi buku ni dekat minho ? semalam dia tertinggal buku ni "

" oh okay .. minho tak ada dekat kelas . terima kasih bagi pihak minho "

" ha sama sama "

aku berlari anak semula ke kelas aku . memang bagus budak si han ni , dah lah baik , handsome pulak tu . cuma sayang , kaki rempit , badboy , playboy , semua jenis boy lah kawan kawan mimho ni .

nak dijadikan cerita , aku ni mentor minho dan parents dia sendiri yang minta tolong aku . setiap hari aku pergi penthouse dia tu semata mata nak ajar dia .

" kalau lah aku tak pandai , takde lah aku kena ajar minho tu "

kedebukk !

" aduh ! keras betul bahu "

aku mengusap dahi aku yang hampir merah kerana terlanggar bahu seseorang . aku mula nak mencarut dalam hati tetapi aku cuba bertenang .

kang aku menjadi syaitan di sini .

" zhong yuna ? bukan sepatutnya kau ada dekat kelas sekarang ? "

ah suara tu . lee minho .

aku hanya berdiam dan masuk ke dalam kelas aku . aku sempat melirik ke arah minho dan gadis di hadapan nya itu . aku dah cakap , kalau datang sini mesti sebab ryna punya .

" sayang ~ , u dah janji dengan i nak teman i semalam dekat apartment . tapi u tak ada pulak " , suara ryna sengaja dikepitkan di hadapan minho itu .

" sorry lah sayang , malam ni i janji . let's have fun tonight " , tersenyum sinis minho bila berkata begitu .

fuh nak buat maksiat agak nya dua ekor ni .

yubin dari jauh aku pandang hanya menyibukkan diri dengan membaca novel " dia semanis kurma " . aku tak tahu pulak ada jugak nama novel macam tu .

" na yubin ~ "

ha suara mamat gatal ni lagi .

asal aku masuk kelas mesti mamat gatal ni nak tackle si yubin . bila aku keluar kelas mesti ada minho , berjalan jauh sikit mesti ada han .

kenapa hidup aku dipenuhi dengan lelaki lelaki rempit dan gatal ?

perlahan lahan aku undurkan diri untuk keluar semula memandang kan tuan park dan guru guru lain sibuk bermesyuarat . sempat juga aku melirik ke arah byungchan , ketua kelas .

bila dah clear , baru aku pecut ke rooftop .

_____________________________

[ √ ] precious sins : lee knowWhere stories live. Discover now