1 7

327 30 0
                                    

minho 's

aku mengemas beg yang dipenuhi senjata api seperti pistol . hari ini aku dah janji dengan felix untuk latihan menembak bersama yang lain .

aku mengenakan tshirt puma putih dan berseluar adidas . baru sahaja aku ingin mengikat tali kasut sukan aku , satu mesej masuk ke dalam peti mesej telefon .

" tak sabar sabar betul la dorang ni , ada jugak yang makan stoking kang "

aku memeriksa dari siapa penghantar mesej tersebut . perasaan risau mula menyelumbungi diri ku dan cepat cepat membuka kandungan mesej tersebut .

' bunuh yang jeongin dan na yubin . mereka akan datang ke korea sehari sebelum keluar nya result final exam . kalau kau ingkar , aku akan bunuh semua kawan kawan kau '

" bunuh ? jeongin ? yubin ? anak siapa pulak aku kena bunuh ni ? apa benda semua ni ? "

bertalu talu soalan yang aku ajukan pada diri sendiri . kalau aku tak ikut cakap dia , kawan kawan aku kena bunuh .

bang chan , changbin , felix , seungmin dan hyunjin ?

tak , dorang tak bersalah and aku takkan biarkan mereka mati .

tapi kenapa aku yang kena buat kerja ni ?

satu panggilan masuk menghentikan lamunan aku . cepat cepat aku menjawab dan suara felix menyapa di telinga . aku cuba bertenang dan selang beberapa minit , aku bergerak ke club menembak .

satu persatu soalan bermain di minda . aku tak boleh senang senang bunuh jeongin dengan apa tu yubin ? aku kena siasat dulu .

tapi macam mana nak siasat ? takkan aku nak tanya mangkuk mangkuk ayun tu . kang lagi banyak soalan aku kena jawab .

" arghh ! " , rambut aku digaru secara agressive dan menghentak stereng kereta .

ketika itu juga satu panggilan masuk . dengan perasaan marah bercampur dengan keliru , aku menjawab tanpa melihat pemanggil .

" hello , siapa ni ? " , kata aku dengan suara yang agak kasar .

" lee minho .. lee minho .. bila nak berubah ? lepas accident pun perangai sentiasa sama— "

bibir aku digetap kerana geram dengan kata kata lelaki itu . suara nya seperti lelaki yang sudah meningkat usia tapi aku seperti kenal dengan suara itu .

" oh btw kau dah dapat mesej tu ? takkan kau tak boleh buat kerja senang .. come on , lee minho .. you're mafia "

[ √ ] precious sins : lee knowWhere stories live. Discover now