1 6

353 30 5
                                    

wajah salah seorang orang suruhan nya ditumbuk sehingga bermuntah kan darah gara gara tidak dapat mengesan di mana lokasi jeongin dan yubin .

tuan yang memijak perut orang suruhan nya itu sehingga dia menjerit . sakit yang teramat sangat . tuan yang sudah buntu mencari anak lelaki nya sehingga habis duit pada pencarian mereka .

" aku suruh kau cari anak aku .. dah berbulan bulan aku bagi masa . mana dia ? "

" aku suruh kau cari lokasi dan bunuh yubin dengan jeongin . tu je misi kau , mana hasil dia ?! "

makin kuat pijakkan di perut lelaki tersebut sehingga dia tak dapat mengeluarkan suara . tuan na di belakang hanya memandang tanpa berkata apa apa .

dia juga sudah pening dengan anak perempuan nya itu . hanya disebabkan peraturan keluarga yang dan keluarga na tidak membolehkan mereka berkahwin , anak nya lari .

" tapi .. ta— tapi tuan , tuan boleh suruh minho yang cari dan bunuh jeongin dengan yubin . dia sekarang ni ada masalah ingatan sikit "

" minho dari lee growlers gang ? "

lelaki itu mengangguk perlahan lalu tuan yang melepaskan pijakan di perut nya . tuan yang berfikir sejenak , kalau dia ugut minho untuk bunuh jeongin dengan yubin , tak ada masalah sebab minho tak mengenali nya .

" someone , cari nombor minho and ugut dia sampai dia boleh bunuh jeongin dengan yubin "

ya , kali ini tuan yang bertekad untuk membunuh anak nya sendiri setelah melanggar peraturan keluarga dan memalukan nama keluarga sendiri .

" kita ada cari lain kan , yang jaehyuk ? kenapa kena bunuh anak anak kita yang tak bersalah ?! "

tuan na membuka mulut . sesungguh nya dia tak sanggup membunuh anak yang datang dari benih nya sendiri . dia sangat sayangkan yubin seperti nyawa nya sendiri .

" kau bodoh ke , na yoon ? yubin tu dah malukan nama keluarga kau , sekarang ni kau masih nak pertahankan dia ? come on ! memang dia anak kita , tapi kau tahu kan yang keluarga na dengan yang tak boleh bersatu ?! "

tuan na dan tuan yang mempunyai berbeza pendapat . tuan yang masih mengamalkan tradisi keluarga yang sehingga kini manakala tuan na acuh tak acuh sahaja .

" memang dia anak aku , aku kena pertahankan dia "

kolar baju tuan yang dicengkam kuat sehingga membulat mata nya . dia tak sangka tuan na yang disangka tenang orang nya sebenar nya seorang yang baran juga .

" hey , kau dengar sini . semua benda tradisi mengarut tu boleh pergi mampos la ! benda tu dah berkurun lama "

" kalau kau nak berhenti buat benda ni , silakan . aku tak halang tapi ingat , aku takkan berhenti selagi anak anak yang tak kenang budi tu mampos "

tangan tuan na direntap kuat sehingga mereka hampir bertumbuk di situ tetapi tuan na masih professional . dia tak suka cari gaduh dengan orang sebegini .

________________________________

yuna 's

aku memandang han di sebelah yang sibuk mengisi peluru di dalam pistol milik aku . jane pula ada pada yubin dan jeongin . kami menyorok di bawah meja makan manakala yubin dan jeongin di meja ruang tamu .

sebelum aku menembak orang orang suruhan tersebut , aku mengganguk pada han lantas bangun . sasaran tembakan terkena tepat pada dada mereka .

[ √ ] precious sins : lee knowWhere stories live. Discover now