HEART - 6

922 52 1
                                    

Firash menjadi pemerhati dari jauh melihat Ara memasukkan pelbagai jenis makanan di dalam satu beg. Dahi dia dikerutkan.

"Kau nak buat apa dengan semua ni?" Soalan Firash membuatkan Ara terkejut. Dia terus menarik zip untuk menutup beg itu.

"Tak ada apa-apa!" Ara cepat-cepat menggeleng.

"Jangan ingat aku tak nampak, Naura. Bukan main sakan lagi tadi kau beli banyak makanan." Ara mengetap bibir sambil meniup rambut dia.

Dia mengeluh sebelum menyilangkan tangan di dada.

"Aku ada join kem sebelum betul-betul dapat kerja dekat hospital. Dua minggu kat sana, mesti lah kena ready stock." Kata Ara.

Firash baru teringat, Ara adalah salah seorang doktor baharu.

"Kau ingat kem tu tak bagi makan ke?" Sindir Firash. Ara mengangkat bahu sebelum kembali memasukkan semua makanan ke dalam beg. Firash menggeleng kan kepala.

Skip.

"Firash kau serius boleh duduk rumah?" Soalan Ara dibalas dengan kerutan.

"Dah kenapa pulak kau ni?" Soal Firash.

"Aku risau, nanti kalau-kalau mommy datang nak lawat kita. Aku dah lah tak ada!" Kata Ara sambil memasukkan semua beg ke dalam kereta Firash. Firash sendiri tawarkan diri untuk hantar dia.

"Apesal kau cakap macam tu?"

"Yelah aku ni kan menantu, kita ni masih lagi dalam fasa cuti kahwin. Tapi aku dah join aktiviti lain. Mama cakap kita kena jaga hati mak mentua." Firash tersenyum kecil mendengar kata-kata Ara. Dia terus sahaja masuk ke dalam kereta.

Ara yang baru masuk memandang Firash dengan muka tak puas hati.

"Kau dengar ke tidak aku cakap ni?" Soal Ara.

"Pakai seat belt cepat. Nanti karang tak pasal-pasal kau lambat." Kata Firash sambil mengundurkan kereta.

Sampai sahaja di kem, Firash menolong Ara mengeluarkan barang-barang semua di dalam kereta.

"Beg kau ni, dua minggu macam dua tahunlah!" Rungut Firash.

"Diam!" Ara memberi isyarat jelingan maut kepada Firash.

"Firash," panggilan daripada Harraz dibalas dengan gelengan membuatkan Harraz mengerutkan dahi. Kini Firash membuat isyarat tangan jangan panggil dia apabila perasan Harraz ingin datang ke arah dia.

Seakan faham dengan isyarat itu, Harraz mengangguk kan kepala. Dia terus beredar dari situ. Firash memandang Ara yang masih sibuk membelek beg nya.

"Aku gerak dulu," Firash memandang Ara.

"Okey!" Balas Ara tanpa memperdulikan Firash. Firash mengeluh.

"Dah tak reti salam suami ke Puan Hayfa Naura?" Soalan Firash membuatkan Ara tersentak.

Dia terus memandang Firash yang sudah siap menghulur tangan itu. Tanpa berlengah Ara terus menarik tangan Firash dan dicium.

"Bye!"

"Jaga diri," pesan Firash. Ara menangguk.

Firash menghantar pemergian Ara dengan senyuman kecil. Ada-ada saja.

"Ehem," satu suara berdehem. Firash terus menoleh. Betul sangkaan dia. Harraz Hazrief.

"Bahagia nampak?" Soal dia. Firash tersenyum tipis.

"Doakan lah," balas Firash sambil memasukkan tangan ke dalam kocek seluar.

"Dia tahu kau salah seorang pengajar doktor baru tu?" Soalan Harraz dibalas dengan gelengan.

HEARTWhere stories live. Discover now