HEART - 16

576 26 8
                                    

"Macam mana kerja?" Sahaja Encik Naufal menegur anak perempuannya yang tak habis-habis mengelamun dari tadi. Entah apa dia fikir.

"Papa bila balik?" Soalan dibalas soalan.
Tuan Naufal mengambil tempat di hadapan Ara.

"Rindu sangat suami sampai tak perasan papa balik," sempat Encik Naufal mengusik Ara. Ara mencebik.

"Tak salah kan?"

Encik Naufal tergelak. Ada sahaja balasan dia.

"Oh about my work," Ara membetulkan kedudukan dia supaya lagi selesa. Kaki disilangkan naik ke atas sofa dan tidak lupa bantal menjadi pengalas kepada tangannya untuk menongkat dagu.

"So far so good I love everyone dekat sana. They treat me so nice, pa!"  Lega mendengar.

Itu yang membuatkan Encik Naufal tersenyum panjang. Bukan apa.

Anak nya tak suka bergaul. Tu yang membuatkan dia risau.

"Then dengan Firash?" Sengaja Encik Naufal menukar soalan sebab tiada apa yang perlu dirisaukan lagi kalau Ara cakap dia okey.

"Papa nak tahu apa?" Ara bertanya teruja. Air Milo yang sudah memang terhidang untuk dia dihirup perlahan.

"Bila nak ada cucu?" Automatik air yang diminum tadi tersembur. Nasib baik tak menghala ke arah papanya. Ara cepat-cepat mengambil tisu membersihkan bahagian yang telah kena semburan padu dari dia.

"Agak-agak lah papa ni pun," Puan Hazura yang baru sahaja muncul menggeleng kan kepala mendengar soalan cepu mas dari mulut Encik Naufal.

"Apanya? Betul lah papa cakap. Ada salah mana-mana ke." Papa mengerutkan dahi.

"Bagilah ruang untuk dia orang. Zura faham papa nak cucu cepat, tapi tunggulah budak dua orang ni betul-betul ready." Ara mengangguk laju. Setuju dengan mamanya.
Lagipun dia dengan Firash baru nak mengenal erti nikmatnya bercinta. Apa salahnya bagi peluang dulu kan?

"Iya lah!" Akhirnya Encik Naufal mengalah. Dua perempuan satu lelaki. Dah sah-sah mesti yang perempuan menang.

Skip.

Cuti Ara hanya dihabiskan di rumah keluarga mentuanya. Lagipun memang dia sudah rancang.

"Tak nak tidur sini?" Muka Ara agak terkejut.

"Mummy nak Ara tidur sini ke?" Datin Farhana hanya tersenyum panjang mendengarnya. Dia faham. Ara mesti kekok. Biasanya dia datang dengan Firash. Kali ini dia seorang diri.

"Mummy tak kisah pun. Hanya bertanya," lembut sahaja percakapannya.

"Boleh ke?" Ara soal pelik. Tergelak Datin Farhana mendengar soalan menantu dia.

"Mesti lah boleh. Ara kan dah jadi sebahagian keluarga ni." Lengan Ara ditepuk manja. Ara terus tersengih malu.

"Tapi Ara nak pergi ker-"

"Daddy kan ada. Dia free sahaja kalau berkaitan dengan menantu. Nanti mummy cakap dengan daddy." Belum sempat Ara berkata habis, Datin Farhana terus memotong. Seolah tahu apa yang bermain di fikiran menantunya.

Lagipun dia tahu, sebelum ni pun Firash sudah beritahu yang Ara ada lesen tapi masih takut nak bawak kereta. Itu normal untuk Ara yang bertittle anak tunggal.

"Mummy!" Datin Farhana menoleh.

"Firash suka air apa selain coffee?" Automatik panjang senyuman Datin Farhana.

"Bukan apa, buat masa sekarang Ara berani tanya air dulu. Masak tu hehe, mummy tahu-tahu lah." Ara tersengih sambil menongkat dagu dia. 

"Tak apa! At least Ara try juga nak tahu apa favourite anak mummy tu." Datin Farhana menutup api dapur. Hari ini tema masakan mereka nasi tomato. Dia mengambil tempat di hadapan Ara.

"Firash ni senang saja. Dia tak suka benda manis-manis. As you know, like father like son." Ara terus mengangguk-angguk mengiyakan kata-kata Datin Farhana.

"Lagi satu dia tak gemar minum air batu." Ara tersenyum. Itu dia pun perasan juga. Setiap kali pergi mana-mana atau berhenti makan, Firash akan order air panas untuk dia.

"Terima kasih mummy." Datin Farhana tersenyum manis. "Bila dia balik nanti, Ara akan cuba juga untuk masak nasi tomato ni. Kalau dapat panggilan dari Ara tu mummy faham-faham jugak lah!" Terus tergelak kami berdua.

Datin Farhana mengucapkan kata syukur mendapat menantu baik. Semoga anaknya bahagia hingga akhir nyawa mereka.

Skip.

Ara menatap semua gambar yang tergantung cantik di dinding bilik Firash. Eh sekarang dah jadi bilik dia juga lah kan.

Ada kalanya dia tersenyum suka melihat gelagat Firash.

Gambar anak-anak Dr. Ina juga turut ada tergantung cantik di situ. Nampaknya Firash suka sangat dengan budak-budak.

Tiba-tiba dia teringat soalan papa.

Bila nak dapat cucu?

Ara menggeleng kan kepala laju-laju. Tak boleh nak bayang macam mana dia yang manja ini akan bergelar seorang ibu nanti. Mesti kekok atau yang pasti mesti kelakar.

Melihat cara Firash melayan anak-anak Dr. Ina membuatkan Ara tersenyum sendiri. Beginikah layanan Firash pada anak mereka nanti?

Tiba-tiba bunyi telefon berdering. Ara memandang sekilas. Dengan masih bertelekung dia terus jalan mencapai telefon yang berada di meja tepi katil itu.

Ara berkerut.

Nama panggilan itu tidak dikenali. Selalunya dia akan buat tak endah bila nama tak dikenali naik di paparan skrinnya. Tapi kali ini jari dia laju slide ke tepi untuk menjawab.

"Hello!"

Bertambah kerutan di dahi Ara apabila orang itu hanya senyap.

"Oh kalau tak nak bercakap saya off-" belum sempat nak menghabiskan ayat, laju suara pemanggil itu menjawab.

"Miss me?"

To be continued....

To all my readers, I hope you like it.🤍

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jun 28, 2023 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

HEARTWhere stories live. Discover now