HEART - 9

1K 65 12
                                    

Bunyi jam dari telefon membuatkan Ara terjaga. Lena betul tidur dia sampai kan jam yang berbunyi itu malas nak ditekan off.

"Bangun, Ra! Kau tunggu apa lagi?" Satu suara lelaki kedengaran. Perlahan-lahan Ara membuka mata. Benda pertama dia nampak adalah bayangan Firash.

"Aku kat mana ni?" Soalan Ara berjaya membuatkan Firash tergelak. Dia menggelengkan kepala melihat isterinya itu. Macam-macam hal!

"Bangun, Naura! Dah subuh," Ara masih mamai. Dia duduk bersila di atas katil. Cuba menghadam semula macam mana dia boleh berada di bilik suaminya.

"Firash!"

"Hmm,"

"Aku tak mimpi kan?" Soal Ara masih mamai. Sejadah yang ingin dibentang tadi dilibas perlahan di badan Ara.

"Kau bangun sekarang,"

"Cepat lah aku tanya ni, aku tak mimpi kan?" Firash menarik nafas panjang. Nak disentuhnya si Ara ni dia sudah berwuduk.

"Tak, Naura! Boleh tak kau bangun sekarang. Nanti orang kat luar nampak, kau salahkan aku jugak. Now, pergi balik bilik kau. Mandi!" Ara masih terpejam mata dalam keadaan terduduk. Firash mengetap bibir.

Lama-kelamaan Ara terbaring semula dibuatnya. Firash membuat keputusan untuk solat subuh dahulu. Karang dilayankan si Ara ni, terlambat pulak nanti.

Skip.

Kantin.

"Ara pergi mana semalam?" Ara menggigit bibir. Dia pun kebingungan nak balas apa.
"Maya bangun tengok Ara tak ada. Terkejut tahu tak!"

"Aku tidur bilik suami,"

"Ye pun tidur bilik suami bagitahu lah- eh what! SUAMI?" Maya memandang Ara dengan muka tidak percaya. Ara menganggukkan sahaja. Memandangkan dia dah start berbunga-bunga dengan Firash, apa salahnya dia bagitahu dekat Maya.

"Tipulah!" Maya menepuk peha Ara membuatkan Ara mengetap bibir. Tahu tak sakit!

"Sudah kalau tak nak percaya," balas Ara selamba. Maya terus tercengang.

"Bila?" Agak lama Maya terdiam sebelum dia bertanya kan soalan. Ara memandang Maya.

"Eh tadi macam tak percaya aku jek," roti dimasukkan ke dalam mulut.

"Maya tahu, Ara tak pernah main-main dengan kata-kata." Ara tersenyum kecil.

"Aku dah kahwin Maya. Dah nak masuk sebulan," kata Ara jujur. Maya mencebik.

"Ruginya, maya! Kenapa lah baru kenal Ara. Tak dapat nak jadi bridesmaid." Kata Maya. Ara tersenyum.

"Aku belum buat majlis lagilah, jangan risau." Mata maya terus membulat.

"Seriouslah?" Soal Maya. Ara mengangguk. Roti tadi dihabiskan. Kemudian susu kotak dicapai dan dibuka.

"Kenapa tak buat lagi?" Soal Maya. Ara mengeluh. Maya memang banyak tanya. Jadi dilayankan sajelah.

"Kiteorang sempat buat majlis nikah jek. Ni pun tiba-tiba jek." Jawab Ara. Maya menangguk. Maya tersenyum panjang. Dia mula mendekatkan diri dia dengan Ara. Tangan Ara dipeluk.

"Siapakah lelaki yang bertuah itu? Tak mahu bagitahu kah?" Dengan semangatnya suara si Maya ni.

"Tuan Firash!"

"What?" Mulut Maya terbuka luas. Seakan tidak percaya apa yang baru sahaja keluar dari mulut Ara.

"Now, I know the reason why are you getting mad tak tentu pasal bila Delisha kacau tuan Firash tu."

"Bagus! Memahami pun kau," Ara berkata penuh bangga.

"Tapikan kenapa Ara nak sorok? Bukan ke bagitahu tu lebih bagus?" Ara tersenyum kecil. Ara sudah rasa menyesal sekarang.

"Kami kahwin bukan atas kehendak sendiri, Maya! Aku dengan dia tak pernah bercinta. Ini semua berlaku atas rancangan family, mungkin sebab tu kot aku nak sorok tentang status aku," terang Ara. Maya menangguk.

"Sekarang macam mana?" Soalan Maya membuatkan Ara terdiam.

"Tak salah kan aku belajar cinta kan suami sendiri?" Maya tersenyum panjang. Lengan Ara ditepuk.

"Ya ampun, bersemut kaw!" Ara menggeleng kan kepala. Sengal betul!

Skip.

"Firash, kalau tak ambil ujian tu tak ape kan?" Soal Ara.

"Mana boleh, rugi lah kau datang sini. Aktiviti lain semua kau lepas, tiba-tiba yang ini sangkut. Gagal lah jawabnya," Ara menelan air liur perit.

"Jadi tak dapat lah sijil tu?" Soal Ara lagi. Firash menangguk. Dia jadi pelik dengan si Ara ni. Tiba-tiba ajak jumpa lepastu tanya soalan macam-macam.

"Kau kenapa ni?" Soal Firash.

"Tak ada apa," Ara cepat-cepat menggeleng. Dalam diam dia mengeluh.

"Itu ujian terakhir, jangan sia-siakan." Geleng tidak, angguk pun tidak. Ara tak tahu nak balas apa. Aktiviti terakhir mereka sebelum pulang ke rumah adalah aktiviti yang paling Ara benci.

"Okey lah, aku pergi dulu!" Ara meminta diri. Tujuan dia tanya yang itu saja. Tak banyak pun.

Fikiran dia kusut sangat!

Belum sempat Ara nak bangun, entah macam mana dia boleh tersalah pijak, Ara hampir nak terjatuh.

Ara sudah siap sedia menutup mata untuk merasakan satu nikmat yang bernama 'sakit' tetapi ada satu tangan kemas memeluk dan menyambut dia.

"Are you okay?" soal Firash.

"Ara, Maya ras- Allah!" Maya terus berpaling semula di mana tempat dia berjalan tadi. "I'm sorry, bagi isyarat lah lain kali nak sweet-sweet!" Maya terus beredar.

Ara sudah tercengang. Cepat-cepat melepaskan tautan.

"Terima kasih!" Ara terus beredar dari situ. Langkah Maya dikejar. Pipi dia sudah terasa panas.

Firash memandang belakang badan Ara yang semakin lama makin menghilang.

"Cute!" Senyuman kecil terukir di bibir.



To be continued......

Kita chill-chill dolu! Bagi sweet-sweet si Ara dengan Firash ni.

Okey, in Sha Allah saya akan mula menghupdate slow-slow. Semoga saya rajin update! Haha

Stay safe and stay healthy.🤍

Don't forget to vote and comment.

HEARTWhere stories live. Discover now