HEART - 7

1K 66 2
                                    

Firash merenggangkan badannya yang terasa lenguh. Mata dia terarah kepada skrin telefon. Lama dia memandang sebelum mencapainya.

Dahi dia berkerut.

"Minah ni memang tak ingat laki ke macam mana?" Soal Firash sendiri. Badan disandarkan di kerusi. Dari tadi dia sibukkan diri dengan menyiapkan laporan yang Harraz minta. Sambil-sambil itu dia menunggu panggilan dari Ara, tapi satu apa pun tak ada.

Firash menggeleng kan kepala sebelum bangun dari kerusi. Nombor Harraz di dail.
Sekejap sahaja panggilannya diangkat.

"Aku nak mula bertugas hari ni," kata Firash.

Skip.

"Ara, Maya dah tak larat!" Lengan Ara dipegang. Ara mengeluh.

"Cepat lah Maya, tadi dah berehat ni nak berehat lagi. Lambat nanti!" Ara meneruskan perjalanannya iaitu masuk ke dalam hutan . Ini aktiviti kedua mereka selepas belajar berkawad. Sungguh Ara terasa penat.

"Maya... memang dah tak larat!" Maya terus terduduk. Ara memejamkan mata.

"Maya! Lagi sikit jek nak sampai, jom!" Ara mula menarik tangan Maya supaya berdiri.

"Ara! Kejap!" Maya masih tak cukup nafas. Ara menggeleng kan kepala. Macam ni memang lambat lagi lah mereka nak sampai.

Sementara di tempat mereka berkumpul, Firash mencekak pinggang sambil memerhati. Dari tadi kelibat si Ara tak muncul-muncul. Kening dia berkerut habis.

"Hai!" Satu suara menyapa dia. Firash menoleh tapi hanya seketika sebelum dia kembali menatap di kawasan penamat untuk aktiviti masuk hutan hari ni.

"You dengar tak?" Soal dia. Firash menggeleng. Dia perasan wanita itu dari tadi melihat dia. Firash hanya mengendahkan.

"Nama I Delisha!" Akibat tak dilayan, Delisha sendiri memperkenalkan dirinya dengan senyuman yang tak putus dari tadi.

Firash masih dalam keadaan sama, diam dan tak layan. Nampak sahaja sosok tubuh yang dari tadi membuatkan dia risau, Firash terus meninggalkan Delisha. Delisha jadi terpinga-pinga dengan perbuatan Firash.

Ara masih menarik tangan Maya. Maya kelihatan betul-betul tidak larat. Ara memerhati kan kawasan sekeliling. Nampaknya dah ramai dekat sini.

Maya terus terduduk. Dia betul-betul penat dan lansung tak boleh bercakap. Ara duduk bersebelahan dengan Maya.

"Maya ni baru sehari, kita ada lagi 13 hari dekat sini!" Kata Ara. Maya hanya mampu mengangguk. Dia tak larat nak bercakap.
"Baru sehari kau dah macam ni, belum lagi hari seterusnya." Sambung Ara lagi. Kain yang dari tadi dibawa di kibas-kibas.

"Maya...memang betul-betul tak larat!" Suara Maya perlahan sahaja.

Ara meletakkan kepala di lutut dia. Akibat menarik dan banyak membebel dekat Maya dia jadi terlalu penat.

"Ara, Maya nak pergi toilet," maya terus bangun dan berlalu meninggalkan Ara. Ara mengangkat muka. Dia menggeleng kan kepala melihat telatah si Maya.

"Aku rasa kau bawa stok macam nak betapa sebulan. Baru sehari dah lembik macam ni, apa cerita?" Satu suara menyapa Ara. Ara tahu tu suara siapa. Dia cepat-cepat menoleh.

"Kau buat apa kat sini?" Soal Ara. Tapi dia rasa soalan dia terlalu bodoh sekarang. Dari segi pemakaian Firash, dia tahu Firash sedang bekerja. Dia memejamkan mata. Sempat jugak mengutuk diri sendiri.

"Aku tengah memasak, tak nampak?" Perli dia. Ara mengeluh. Tiba-tiba perut dia terasa sakit. Senggugut datang balik. Dia kembali meletakkan kepala di lutut. Tangan naik memegang perut.

"Firash," dia juga memanggil Firash. Firash duduk bercangkung di sebelah Ara.

"Kenapa?" Soal Firash. Dia jadi risau melihat Ara tiba-tiba jadi macam ni. Ara mengangkat muka. Dagu diletakkan di atas lutut dia. Mata menatap Firash yang betul-betul berada di hadapan muka dia.

"Aku rasa aku bocor," kata Ara jujur. Dia dapat rasakan tempat dia basah. Dengan perut yang makin mengancam sakitnya.

Firash terus tersentak.

"Kau period?" Soal Firash. Ara terus mengangguk laju. Terpaksa dia menebalkan muka meminta tolong Firash. Maya sudah hilang dari radar.

"Aku bawak pad kecik! Tak expect nak period. Lagi sekali aku minta tolong kau, belikan aku-"

"Bangun!" Firash terus memotong. Ara terdiam. Ara laju mengikut arahan Firash. Sempat dia memerhatikan kawasan sekeliling. Mereka semua agak jauh dari dia. Terasa selamat.

Firash mula menanggalkan baju askar dia. Kemudian diikat di pinggang Ara. Ara agak tergamam dengan perbuatan Firash.

"Kau senggugut?" Soal Firash. Dia mengemaskan ikatan. Ara menangguk lagi. Dia tak boleh nak bercakap kerana jantung dia terasa macam nak melompat keluar.

"Ada wing ke tak ada?" Soal Firash lagi. Ara menangguk. Firash mengeluh.

"Angguk jek. Cuba bercakap. Tuhan dah bagi mulut tu gunakan sebaiknya, kalau tuhan tarik nikmat tu baru tahu!" lagi sekali Firash memerli Ara membuatkan Ara mengetap rahang dia geram.

Baru sahaja nak puji tindakan Firash yang baik terhadap dia tapi tak jadi sebab mulut tak ada insuran.

"Ada wing lah!" Kata Ara geram.

"Dah settle semuanya pergi tunggu kat bilik sakit, nanti aku datang." Pesan Firash sebelum meninggalkan Ara.

"Okey," Ara turut melangkah pergi dari situ. Kalau diikutkan memang ini waktu rehat mereka sebelum makan tengah hari selepas aktiviti masuk hutan.

Skip.

Huluran plastik dicapai. Seketika dahi Ara berkerut. Firash tak malu ke pergi beli benda ni?

"Firash!" Panggilan Ara disambut dengan kening terjongket. Firash hanya duduk berhadapan dengan Ara.

"Kau tak malu ke pergi beli benda ni?" Soalan Ara dibalas dengan senyuman senget.

"Aku beli untuk bini, buat apa nak malu!" Jawapan Firash cukup buat Ara tersentuh. Dia mengukir senyuman kecil.

"Terima kasih!" Kata Ara.

"Kau nak apa-apa tak? Mood orang datang bulan ni lain macam, jadi kau nak apa-apa tak?" Soal Firash. Dia tahu segala benda ni daripada Ina.

Ara tersentak. Dia cepat-cepat menggelengkan kepala.

Firash mengangguk. "Aku keluar dulu," dia baru teringat laporan untuk hari ni belum siap lagi.

"Okey!" Ara menghantar pemergian Firash dengan hembusan nafas lega. Dia jadi awkward tiba-tiba. Firash tampak tahu semuanya tentang perempuan.

Dia jadi speechless. Tapi dengan pantas Ara menepis fikiran negatif dia.

"Ara!" Pintu seperti dirempuh dari luar. Ara memegang dada dia. "Maya cari Ara tahu tak! Nasib baik ada abang askar tu bagitahu Ara dekat sini," maya masuk duduk bersebelahan dengan Ara.

Abang askar?

"Firash ke?" Soal Ara kepada maya. Maya ternganga tak mengerti dengan soalan Ara.

"Firash mana, Ara. Manalah Maya tahu!" Ara mengangguk. Betul jugak apa kata Maya. Mana lah dia tahu.

"Aku bocor," Maya terus memandang beg plastik di tangan Ara.

"Maya minta maaf, Ara. Maya sakit perut. Tak dapat nak tolong Ara," Ara menggelengkan kepala tanda tidak mengapa.

"Laki aku dah tolong tadi!" Selamba Ara bersuara.

"Laki?" Soalan daripada Maya membuatkan Ara tersedar. Dia terlepas lah pulak. Ara menggigit bibir.

"Tak ada apa lah! Jom, aku lapar," Ara terus menarik tangan Maya. Sekarang memang dah masuk waktu makan tengah hari.





To be continued....

HEARTWhere stories live. Discover now