HEART - 14

742 37 4
                                    

"Kau kenapa?" Tanya Firash pelik sambil meletakkan pinggan yang berisi pasta di hadapan Ara.

"Hari-hari kau masak. Kau okey ke dapat bini macam ni?" Tanya Ara sambil menarik pinggan dekat dengan dia.

"As long as kau nak belajar aku tak kisah. Tadi pun kau tolong aku kupas bawang. Walaupun nak menangis tapi you did." Balas Firash. Dia menarik kerusi dan melabur di hadapan Ara.

Ara mengangguk sambil tersenyum suka. Suapan pertama membuatkan dia rasa makanan itu paling sedap di dunia.

"Pandai kau masak. Mana belajar?" Tanya Ara. Lagi dia memasukkan pasta ke dalam mulut. Simple tapi sedap.

"Kalau kau tengok Mommy, kau dah tahu aku ikut siapa." Ara mengangguk setuju.
Mommy kalau masak memang tiptop. Kena dengan tekak dia.

"Sedap?" Soal Firash sambil menongkat dagu memandang Ara. Selera betul.

"Sedap weh! Apasal kau tak makan. Tenung aku makan bukan boleh kenyang." Balas Ara dengan mulut penuh. Tak semena-mena nya pasta yang penuh dalam mulut itu nak tersembur keluar.

Firash terus menghulurkan air ke Ara.

"Telan dulu baru bercakap. Tak senonoh betul." Kata Firash sambil menggelengkan kepala. Ara hanya tersengih.

Agak-agak pasta nya seperti dah nak habis, Ara bangun dah terus mencedok lagi di pan di atas dapur.

Firash hanya menjadi pemerhati. Menambah!

"Sedap! Aku suka. Nanti kau masak lagi tau, tapi buat yang berkuah punya." Pinta Ara macam-macam. Hari ni Firash hanya masak pasta goreng biasa.

"Anything for you."

Firash sambung merenung Ara yang tambah pasta buat kali ke dua. Comel betul bini dia ini.

"By the way" Ara memandang Firash. Firash menjongketkan kening sebelah.

"Apa?" Ara mengemam mulut. Pinggan di tolak jauh sedikit.

"Kalau aku cakap kau abang aku kau okey tak?" Tanya Ara. Firash terus tersentak.

Abang?

"Aku bukan apa, profesor tu tanya aku balik dengan siapa aku-"

"Tak salah pun Naura kau nak cakap aku ni suami kau." Firash bernada agak kecewa.
Ara terus terdiam.

"Fir-" kata-kata Ara terpotong bila Firash terus bangun menuju ke singki sambil mengangkat pinggan Ara yang sudah licin.

Ara memejam mata sambil mengutuk diri sendiri. Salah dia!

"It's up to you. Aku faham kau. Maybe kau belum sedia sepenuhnya untuk jadi bini aku. Yelah kita pun kenal tak sampai berapa bulan tahu-tahu kahwin." Firash mengelap tangan menggunakan kain yang sudah tersedia.

Riak wajah Ara yang sudah bertukar serba salah itu dipandang sekilas. Firash mengeluh. Jujur dia katakan siapa je yang tak terasa.

Abang? Jauh sekali!

Firash tak menunggu masa lama, dia terus beredar mendaki tangga naik masuk ke bilik.

Nampak sahaja Firash beredar dari situ, Ara terus menepuk-nepuk mulut dia.

"Kau tak patut cakap macam tu Ara." Dia tahu Firash mesti kecewa.

Ara melihat tangga yang baru sahaja dinaiki oleh Firash.

"Bodoh!" Kepala dihentak perlahan di meja.
"Macam mana aku nak berdepan dengan dia." Ara mengeluh panjang.

Skip.

HEARTWhere stories live. Discover now