HEART - 15

406 25 7
                                    

"Hayfa Naura!" Ara tersedar. Dia memandang muka mamanya dengan kening sebelah ternaik.

"Mama tanya bila kau orang nak buat majlis?" Ara dari tadi sibuk termenung sampai tak sedar Puan Hazura sedang bercakap dengannya.

"Mama tanya lah Firash." Puan Hazura mengeluh.

"Firash mama rasa dia tak ada masalah. Yang bermasalah sekarang ni awak." Ara mencebik. Nak menang kan menantu lah tu.

"Anak mama yang ini tau. Mama kena ingat!" Ara berkata seolah memberi amaran. Puan Hazura menggeleng.

"Macam mana lah agaknya si menantu mama ni tahan dengan perangai Ara." Ara mengangkat bahu.

"Ni nak balik papa hantar ke, Firash datang ambil?" Tanya Puan Hazura setelah agak lama mereka berdiam.

Ara memandang mama dia lama. "Mama halau ke? Dah lama tak tidur rumah." Nada suara Ara agak kecewa.

"Ara awak tu dah bersuami. Beringat sikit." Pesan Puan Hazura. Anak nya ini manja.

"Habis tu-"

"Tak ada habis tu, kalau nak tidur sini ajak sekali Firash. Kalau andai kata Firash suruh balik, kena juga balik rumah. Awak tak ada pilihan, faham anak mama?" Potong Puan Hazura. Dia tahu Ara mesti bagi banyak alasan pada dia.

Ara memuncung kan bibir dia sambil mengeluh perlahan. Tiada alasan lagi selain terima.

Skip.

"Mama tanya bila kita nak buat majlis?" Susu yang diletakkan di atas meja direnung.

"Kau dengar tak?" Ara bernada tak puas hati. Firash memandang muka Ara.

"Hold dulu boleh? Aku ada tugas." Kata Firash perlahan. Betul dia ada kerja untuk dilaksanakan.

Ara pula memandang Firash tak lepas. Tugas?

"Kau kena pergi pasar raya ke?" Tanya Ara. Firash terus terdiam. Cuba menghadam soalan Ara.

Pasar raya?

Memandang muka Firash yang tidak mengerti, Ara terus tersenyum.

"Dalam cerita descendants of the sun, bila hero dia kena pergi jauh yang melibatkan misi penting dia panggil pasar raya." Terang Ara.

"Dan disebabkan aku kahwin dengan askar, aku pun boleh panggil pasar raya kot." Sambung Ara lagi. Firash mengangguk tanda dia sudah mengerti dengan kata-kata Ara.

"So, berapa lama nak kena pergi wahai encik suami?" Ara menggigit bibir. Haraplah tak lama. Dia belum bersedia mungkin.

"Tak lama bagi aku tapi untuk kau maybe-" Firash merenung muka Ara.

"Tak apa aku terima dengan hati terbuka." Ara membalas renungan Firash.

"Three or four weeks macam tu." Ara agak tercengang. Tak lama dia. Sedangkan kena tinggal dengan mama papa tak sampai satu hari dia boleh menangis lagi kan berminggu.

Ini dugaan kah?

"Sepanjang aku tak ada, aku hantar kau kat rumah mama. Nak kasi kau tinggal sini sorang memang tidak lah jawapannya. Tapi kau kena ingat-" Firash menarik tangan Ara.

"Apa dia," perlahan sahaja suara Ara. Macam hampir nak menangis. Ini kali pertama kot Firash nak tinggalkan dia. Mungkin agak terkesan.

"Jangan lupa balik rumah mummy sesekali. Walaupun mummy tak cakap apa-apa, aku tetap nak kau balik melawat my parents even once." Kata Firash lembut. Aku mengangguk. Memang kena balik lah. Apa ingat Firash seorang sahaja kah ada misi.

Dia pun ada misi juga tau.

Misi untuk pikat suami. Kalau nak pikat suami kena lah tanya dari ibu yang melahirkan dan membesarkan anak dia ini.

"Faham tak wife?" Ara mengangguk laju sambil tersenyum melihat jari mereka yang sedang bertaut erat.

"Aku nak complain sikit boleh?" Ara kembali memandang muka Firash dengan penuh tanda tanya.

"Apa?"

"Aku tak gemar susu sangat lah sayang, aku lebih kepada coffee. Sorry!" Ara sedikit tergamam apabila mendengar panggilan sayang yang keluar dari mulut Firash. Ataupun dia suka tapi tak nak mengaku.

Ara memandang lama mata Firash.

"First time aku nak layan kau macam ni. Lain kali cakap lah awal-awal. Masa aku buat susu tadi kau tak cakap apa-apa pun sedangkan kau ada kat dapur dengan aku tadi." Ara melepaskan tautan jari mereka. Peha Firash menjadi tempat untuk Ara meletakkan kepala dia.

"Mana lah aku tahu, aku fikir tu kau punya. Last-last terhidang depan mata untuk aku." Balas Firash. Ara tersengih.

"Dulu kan aku pun sama macam kau, tak suka susu. Tapi bila hari-hari mama sediakan untuk aku waktu aku tengah study, aku paksa diri juga untuk minum." Firash hanya memerhati dan mendengar setiap kata-kata yang keluar dari Ara.

"Tapi bila papa cakap susu bagus untuk otak, aku terus suka susu. Walaupun pada awalnya aku rasa nak muntah." Firash tersenyum. Comel betul bini dia ni.

"Kau gila eh, sengih sorang-sorang. Aku cerita pasal susu je pun." Firash mengangkat bahu. Rambut Ara diusap perlahan.

Ni dinamakan bahagia!

Skip.

Firash meletakkan beg Ara di atas katil. Kemudian dia berpusing menghadap Ara yang monyok dari tadi.

"Kata boleh terima dengan hati terbuka." Makin monyok muka Ara.

"Kau kan first time tinggal aku." Kata Ara seperti mahu menangis. Firash mengeluh perlahan.

"Jangan macam ni,Naura. Kau pun mesti busy kat hospital. Lama-lama terbiasa. Ni baru tiga minggu. Kalau tiga bulan?" Tak semena-mena nya air mata terus turun dengan laju.

"Nanti kau cari perempuan lain. Tak kesian dengan aku ke. Tak pun kau berhenti je lah jadi askar, aku letak kau jadi pembantu aku kat dalam bilik bedah."

Rahang Firash terus jatuh. Puan Hazura yang turut berada di situ pun tercengang dengan kata-kata anak perempuannya.

Firash menarik nafas perlahan. Cuba mengatur ayat supaya Ara faham dan mengerti dengan pekerjaannya.

"Aku pergi sana bukan nak menggatal dengan perempuan lain tau, Naura" tangan Ara dicapai. Mata si isteri direnung sedalam-dalamnya.

"Aku pergi sana nak jalankan tugas aku yang telah diamanahkan." Tangan sebelah kanan naik mengusap pipi Ara.

"Sebab tu my wife, please jangan fikir bukan-bukan. Aku tak akan buat macam tu, selagi I am your husband and you're my wife." Air mata yang semakin kering itu diusap.

"Aku berani janji depan mama sendiri." Muka Puan Hazura Firash pandang sekilas. "Aku akan jaga kau sampai akhir hayat aku."

Ara terkedu. Dia juga membalas renungan anak mata Firash. Cuba mencari keikhlasan dalam diri Firash.

Dan memang ya! Firash ikhlas. Firash ikhlas untuk menjaga dia sampai akhir hayat mereka. Dia tahu.

"Now you faham?" Firash menaikkan kening sebelahnya menunggu jawapan dari Ara.

Ara mengangguk perlahan. Dia sendiri tak tahu kenapa rasa susah nak tinggalkan lelaki di hadapan dia sedangkan dulu dia pernah meraung tak nak ikut Firash balik ke rumah mereka. Aura Firash buatkan dia sedih dan tak boleh terima bahawa mereka perlu berpisah dan berjauhan.

Macam mana hari-hari seterusnya? Mampukah dia hadap.

To be continued!

Lama ye tahu lama😂 semoga enjoy!

HEARTWhere stories live. Discover now