HEART - 8

975 69 12
                                    

Dari tadi Ara duduk memerhati dari jauh keadaan Delisha yang tergedik-gedik ingin mendekati Firash. Muka dia menayang riak menyampah dan geram.

"Tak boleh jadi ni," Ara tiba-tiba bersuara.

"Apa yang tak boleh jadi?" Soal Maya.

"Tu!" Ara menjuihkan bibir. Maya jadi pelik.

"Kenapa? Biarlah diorang." Mata Ara terus membulat.

Biar?

Jawapan Maya buatkan Ara panas hati.

"Malas lah aku cakap dengan kau!" Ara terus bangun. Seluar yang sedikit kotor ditepuk-tepuk sebelum beredar.

Sudah nak masuk dua minggu mereka menetap di sini. Lagi beberapa hari mereka semua boleh pulang semula.

Dua minggu terlalu sekejap. Jujur, Ara katakan dia suka berada di sini. Mendapat pengalaman baru.

"Hai!" Ara memusingkan badan. Seorang lelaki datang menegur dia. Ara tersenyum kekok.

"Irfan!" Irfan tersenyum manis ke arah Ara.

"Dari mana?" Soal Irfan. Ara menunjuk ke arah tempat yang tadi dia lepak bersama maya. Irfan hanya menangguk.

"Kau nak pergi mana pulak ni?" Soal Irfan. Ara mengangkat bahu. Dia pun tak tahu nak pergi mana. Duduk di tempat Maya sana, buatkan mata dia sakit.

"Jomlah kita lepak kantin. Boleh makan-makan," ajak Irfan. Ara berfikir dahulu sebelum perlahan-lahan kepala mengangguk.

Firash yang kebetulan berjalan arah bertentangan dengan Ara berhenti melihat.  Mata dia menikam anak mata Ara. Balasan Ara membuatkan Firash mengerutkan dahi.

"Dari mana?" Soal Firash.

"Kami dari tempat berkumpul tadi. Terjumpa dekat sini, saya nak ajak Ara makan." Jawapan Irfan sedikit sebanyak membuatkan Firash agak cemburu. Ajak bini aku makan? Memang nak kena.

"Aku nak cakap dengan dia," kata Firash sambil memberi isyarat mata kepada Ara. Ara tersentak.

"O-okey," balas Irfan. Dia terus meminta diri untuk beredar.

"Kau nak cakap apa cepat lah!" Hilang sahaja kelibat Irfan, Ara terus berkata kasar.

"Kau kenapa ni? Tiba-tiba nak naik angin. Aku ada buat salah ke?" Soal Firash agak bengang. Tiba-tiba jadi sensitif. Tak faham dia.

Ara mendengus kasar.

"Salah kau lah!" Ara memusingkan kepala menghadap tempat lain. Tangan disilang ke dada.

"Salah aku? Aku buat apa pun aku tak tahu, Naura. Cuba cakap dengan aku," suara Firash sudah mula mengendur. Dia perasan riak wajah isteri dia sudah mula bertukar seperti tak suka.

"Kau yang nak cakap tadi kan. Cepatlah!" Firash memejamkan mata. Ara betul-betul marah ni.

Tangan Ara ditarik membuatkan Ara terkejut. Mata dia membulat.

"Kau buat apa ni?" Ara meronta-ronta minta dilepas. Semakin dia tarik semakin kuat genggaman tangan Firash. Akhir sekali dia sendiri mengalah dan mengikut langkah Firash.

Masuk sahaja ke dalam office, Ara terus dipelawa duduk. Dengan kasar Ara menarik kerusi.

Firash hanya menggeleng.

"Cakap. Aku buat apa?" Soal Firash.  Dia duduk di atas meja berdekatan dengan Ara.

"Delisha!" Sebaris nama terkeluar dari bibir Ara, membuatkan Firash terdiam. Dia memerhati wajah isterinya dalam-dalam. Dia membuat keputusan untuk berdiam menunggu Ara menghabiskan kata-katanya.

HEARTWhere stories live. Discover now