6

661 68 22
                                    

______________waktu rehat____________

Y/n menhembus nafas lega. Sepanjang pembelajaran tadi dia berusaha menutup telinga daripada mendengar pelajar lain mengutuknya.

Setelah pelajar lain keluar daripada kelas dan kini tinggal dirinya berseorangan, dia berdiri dan ingin menuju ke kelas sebelah. Tiba tiba dia berhenti. Haahla aku mana beli makanan hari ni. Katanya dalam hati.

Sedang dia berpusing semula dari pintu kelas, dia terdengar perbualan beberapa orang pelajar yang tidak dikenali tidak jauh dari kelasnya.

" kau rasa mikey terima tak sachiko"

"mesti lah. Sachiko dah la lawa, kaya,baik apa je yang dia takde."

"kan. Aku rasa takde sape pun akan reject dia kalau dia yang luahkan perasaan tu dulu."

Sachiko suka mikey ke? Tanya y/n dalam hati. Ah apa aku kisah. Bukannya dia boyfriend aku kalau aku nak halang pun.

______________________________________

PAPPP!!

Sebuah marker pen yang terbang dari hadapan kelas mengenai tepat pada kepala y/n. Dengan terkejut y/n terus terbangun daripada tidur itu.

Seisi kelas tergelak gelak.

"hirai y/n!! Melampau kamu ni!!" jerit sensei yang berada di hadapan kelas.

Shit. Mesti aku tertidur time rehat tadi sebab tak nak lapar. Tahu tahu time sensei masuk pun takde sape  kejut aku. Member pun takde, kau nak expect apa y/n? Kata y/n dalam hati.

Perlahan lahan y/n menuju ke hadapan untuk memulangkan marker pen yang dibaling oleh gurunya itu.

"apa nak jadi dengan kamu ni y/n? Haih.." kata cikgu nya itu lalu mengambil marker pen yang dihulur y/n.

_____________

Y/n mengemas ngemas meja nya. Dia melihat laci kecil bawah meja. Kelihatan sebuah sticky note terlekat di atas nya.

Bila pulak orang letak ni tak perasan pun. Katanya

Dia mengambil sticky note itu lantas menoleh ke seisi kelas yang sudah kosong itu.

Y/n aku ada benda nak confess.
Datang jumpa aku belakang sekolah.
                  
                              - mikey

Y/n mengerutkan dahinya. Betul ke ni. Dia menjongket bahu. Pergi jelah. Katanya.

____________

Y/n sandar pada dinding. Mana mikey ni? Kata suruh tunggu belakang sekolah.

Sedang dia bersandar pada dinding, datang dua orang pelajar lelaki.

Kedua duanya tersengih sengih sambil menuju ke arah y/n.

Y/n berpura pura tidak nampak mereka. Aduh cepatla mikey.

Akhirnya dua pelajar lelaki itu berada betul betul di hadapannya.

"buat apa sorang sorang ni." tanya pelajar lelaki berambut coklat sambil tersenyum sinis.

" eh jangan la takut, kalau takut meh peluk meh" kata seoranh lagi lalu perlahan lahan memegang tangan y/n.

"eh janganla. Aku bagitau cikgu kang." kata y/n menarik tangannya daripada dipegang dengan kuat.

Haahla cikgu! Aduh sensei nak jumpa aku lepas kelas! Aku lupa! Y/n baru teringat.

Pelajar lelaki itu menjilat bibirnya lalu terus memegang pipi y/n.

"ala sekejap je.. Jom? Kita lepak sama sama nak. Rasa laparla.." katanya lalu terus mendekatkan bibirnya dengan bibir y/n sementara sebelah tangannya lagi memegang butang baju y/n.

"ahhh!!" lelaki itu mengerang kesakitan sebaik sahaja y/n menyepaknya dia bahagian sulitnya. "kau bodoh ek?" marah y/n. Butang bajunya bahagian atas telah pun tercabut.

Pelajar lelaki seorang lagi yang tidak buat apa apa itu terus mengetap gigi.

Melihat rakannya disepak, dia bengang. Lantas dia menuju ke arah y/n. Sebuah tumbukan tepat mengenai hidung y/n.

Oh jantan. Kau nak aku main betul betul ke? Okay okay. Y/n terasa tercabar dalam hati.

Darah yang keluar dari hidung itu dilapnya perlahan sambil tersenyum.
Kain skirt sekolahnya dibetulkan.

"tch baka!" jerit lelaki itu melihat y/n seperti memandang rendah ke arahnya.

Pappp!! Sebuah sepakan tepat mengenai muka pelajar lelaki tersebut.

Pelajar lelaki itu jatuh tersungkur.

Melihat kedua duanya masih mengerang kesakitan, y/n mengambil tote bag nya yang berada di atas tanah. Tote bag itu ditepuk tepuk.

Sedang dia berjalan meninggalkan pelajar lelaki itu, kedengaran kecoh suara pelajar pelajar di belakang.

Y/n berhenti. Dia segera menoleh. Kelihatan ramai pelajar mengerumuni dua pelajar lelaki itu. Sementara beberapa lagi pelajar merakam dirinya.

"weh dia buli anak vice principal!"

"kurang ajar gila perempuan ni!"

"aku dah lama betul geram dengan loner tu! Biadap!"

Y/n mengeluh. Dia berjalan meninggalkan kekecohan itu perlahan lahan.

Dia cuba memekakkan dirinya daripada terdengar segala cacian dan makian pelajar yanh berada di sekeliling pelajar lelaki itu.

Mata y/n bergelinang air mata sambil dia berjalan dengan butang baju bahagian atas yang sudah kemana dan totebag nya penuh dengan kotoran tanah.

Sedang dia berjalan, kelibat seseorang di hadapannya membuatkan dia berhenti. Kelihatan mikey juga memghentikan langkah memandang tepat ke arah matanya.

Disebelah mikey, sudah tentulah draken dan mitsuya.

"y/n? Daijoubu?" kata draken melihat hidung y/n yang berdarah dan matanya yang cuba menahan air mata itu.

Y/n mengelap air matanya. "eh okay je" katanya lalu tersenyum. Dia memandang mikey sekilas sebelum terus meninggalkan mereka.

"aku rasa dia tak okay lah." kata mitsuya pula. Draken mengangguk setuju. Mikey pula hanya mendiamkan diri. Matanya melihat y/n berlalu pergi.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now