8

620 64 23
                                    

Y/n yang sudah terlelap itu terbangun apabila mendengar jeritan di bilik hadapannya.

Dia lihat jam di telefonnya. Pukul 12. 30 pagi.

Perlahan lahan dia membuka pinth bilik nya.

"awak tu yang manjakan dia sangat!"

"bila masa saya manjakan dia! Eh awak tu lah yang hantar dia pergi belajar apa tu karate tu!"

Y/n mengeluh. Dia memasuki semula biliknya, mencapai jaket, lalu perlahan lahan menuju ke tingkat bawah.

Pintu rumah dibuka.

___________

Y/n mendepakan tangannya sambil berjalan di jambatan itu. Angin pagi yang kuat itu meniup rambutnya yang panjang itu.

Dia tersenyum. Kadang kadang jadi loner ni takdelah bosan mana pun. Sekurang kurangnya aku boleh jadi diri sendiri tanpa sakitkan hati orang.

Eh yeke aku tak sakitkan hati orang?

Tangan yang didepa itu diletakkan di dalam poket jaketnya. Jalan raya yang kosong itu menambahkan ketenangan suasana.

Sampai di tengah jambatan, y/n menikmati pemandangan.
Dia melihat bangunan bangunan yang tidak jauh daripada jambatan itu.

Kelihatan kawasan bangunan itu masih sibuk dengan lampu terang dan kereta berada di setiap penjuru kereta.

Its tokyo. Of course la.

Y/n memanjat jambatan itu. Tangannya didepa dengan angjn yang kencang, dia tersenyum kesenangan walaupun banyak masalah.

Kalau dalam cerita mesti orang tu bunuh diri, apa jadi kalau aku yang terjun jambatan ni? Akan ada orang yang kisah ke? Aku rasa takda.

Y/n tersenyum lagi sambil memikirkan pelbagai perkara. Angin yang kencang membuatkan dia menutup mata menikmatinya.

Dia tidak menghiraukan sekeliling.

Eh tapi gila ke nak aku terjun? Memang tak lah aku terjun.

Tapi kalau aku terjun apa salahnya sekurang kurangnya kurangla beban mak ayah aku. Tch. Hahaha.

Y/n tergelak kecil. Entah apa yang kelakar. Suasana yang tenang itu membuat kan perasan nya bercampur baur.

"y/n!!" jerit seseorang tidak jauh dari situ.

Y/n yang menikmati pemandangan itu menghiraukan panggilan orang itu.

"y/n turun!" jeritan orang itu kini kedengaran amatlah dekat dengannya.

Perlahan lahan y/n menoleh.

"kisaki." kata y/n perlahan. Dia tersenyum lalu terus turun dari jambatan itu.

"tahu tak bahaya?! Kalau awak jatuh macam mana?" kata kisaki menarik tangan y/n berada jauh dari penjuru jambatan itu.

Y/n tergelak kecil. "kau buat apa kat sini? Nak terjun jugak?" tanya y/n

Kisaki mengerutkan dahi melihat y/n berkata begitu.

"takdelah aku gurau je" kata y/n menepuk bahu kisaki perlahan

"y/n san daijoubu?" tanya kisaki lagi.

Y/n mengangguk. "jaane kisaki!" katanya lalu terus berjalan meninggalkan kisaki yang tercegat itu.

______________________

Perlahan lahan pintu dibuka. Kelihatan ayahnya sedang tidur di sofa ruang tamu sementara laptop masihh terbuka di meja kecil di hadapannya serta beberapa helai kertas.

Y/n menaiki tangga perlahan lahan.
Dia memasuki bilik nya. Membuka jaket lalu terus membaringkan diri.

"sebab aku diorang gaduh. Kalaula aku terjun betul betul tadi..." kata y/n perlahan.

Perlahan lahan matanya tertutup. Sedang dia tidur lena tanpa dia sedar, tingkap biliknya dibaling batu.

________________

Harini aku rasa macam artis. Masuk je kawasan sekolah, pijak je lepas pagar semua orang bisik bisik pasal aku. Kata y/n pada diri sendiri.

Kalau aku masuk kelas ni mesti lagi meriah....

"ohayou y/n" tegur sachiko yang berada di sebelah lembut dengan senyuman manis.

"o-o-oha.. you.." y/n gagap. Perlahan lahan dia duduk di kerusinya.

Tak pernah pernah dirinya ditegur pelajar di sekolah nya. Tambah tambah pula yang ditegurnya merupakan pelajar paling dikenali di sekolah.

__________

Y/n menunggu sehinggalah semua pelajar meninggalkan ruang kelas untuk pergi rehat.

Dorayaki yang dibeli dikeluarkan dari beg nya. Kelas dah kosong.

Y/n berjalan menuju ke pintu kelas. Belum sempat dia keluar, tiba tiba sachiko berdiri di hadapan pintu sambil tersenyum.

"y/n san ~ jom makan sama sama" katanya mesra dengan senyuman.

Y/n gelabah menyorokkan dorayaki yang berada di dalam plastik itu.

"ehhhh? Apa tu y/n san?" tanyanya lembut.

Dia dah buat baik dekat aku, takkan aku nak tipu pulak. Kata y/n dalam hati.

"etto.. Dorayaki.." kata y/n perlahan.

"mesti y/n san nak bagi dekat mikey-kun kan?" tanya nya lagi lembut.

Y/n terdiam. Kalau aku bagitau dia habis kecoh satu sekolah ni.

"ne.. Nee.. Kalau y/n takut kecoh,meh sachiko tolong hantar kan dekat mikey - kun.." kata sachiko menadah tangannya di hadapan y/n.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now