13

659 63 32
                                    

📍Credit photo from Pinterest 📍

(anggap la tu rambut Korang yang baru tapi takpe saya tahu korang lebih cantik dari gambar tersebut rawr <3)

mikey tersengguk sengguk di dalam kelas. 

BAMMM !! Mejanya diketuk kuat membuatkan dirinya terbangun.

Dia acah acah menulis sebaik sahaja dia bangun dari tidur.

Sangkaannya cikgu yang mengetuk mejanya.

Melihat mikey yang acah acah belajar setelah dikejutkan membuatkan seisi kelas mereka tergelak.

Mikey menoleh.

Rupanya bukan cikgu, tapi seorang rakan sekelasnya.

Draken sudah merenung rakan sekelas mereka itu kerana mengejutkan mikey yang sedang lena tidur.

" kau nak apa?" tanya mikey dengan renungan yang tajam.

Rakan sekelas yang mengejutkan nya tadi menggeletar.

Perlahan lahan dia menunjuk ke arah pintu.

Mikey menjelingnya sebelum terus berjalan keluar.

Sempat juga mikey acah acah mahu tampar rakan sekelasnya itu untuk menakutkannya.

Ha tahu takuttt. Gigit kang. Eh eh -

Mikey keluar dengan tangannya di poket seluar.

Kelihatan sachiko bersama seorang rakannya sedang berdiri di tepi pintu.

Sachiko kelihatan malu malu.

Mikey dengan riak wajah yang tiada perasaan menoleh kiri dan kanan.

Seperti Sangkaannya sudah tentu kiri dan kanan mereka dipenuhi orang.

Masing masing sibuk nak tahu tentang dirinya dan sachiko yang glamour itu.

Mikey merenung sachiko tanpa berkata apa apa.

Sachiko yang malu malu itu terus berkata  " etto.. Mikey kun.. Mikey free tak 3 ogos ni.."

" tak"

" tt-ttapi sachiko ingat.. Nak a-ajak mikey kun pergi.. Festival."

Mikey mengeluh melihat sachiko yang acah acah malu di depannya itu.

Pandangnnya kemudian bertukar pada orang orang yang berada di kiri dan kanan mereka.

" ah.. Gomen.. Sachiko san, mikey ada hal lah.. Gomen.. " kata mikey dengan kuat dan tona suara yang riang.

Sengaja dia menguatkan suaranya.

Mikey memandang sachiko sekilas sebelum memasuki kelas semula.

Baru satu tapak kaki memijak lantai kelas, sachiko memegang tangan mikey membuatkan orang yang berkerumun di kiri dan kanan mereka me jerit teruja.

Mikey tersenyum palsu.

Dia mendekatkan bibirnya di tepi sachiko.

" kyaaaa !! Dia nak cium sachiko!"

Kekecohan makin kuat.

Bukan mikey nak cium, dia cuma mahu berbisik.

" aku nak keluar dengan girlfriend aku. Jangan kacau okay?" bisik mikey di tepi telinga sachiko.

Lalu dia terus memasuki kelas tanpa berkata apa apa meninggalkan sachiko tertunduk di luar kelas.

"sachiko san! Sachiko san!"

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now