17

570 59 27
                                    

Puan hirai menjeling mikey sekilas sebelum terus memasuki kereta nya.

Mikey menunduk hormat sambil tersenyum sebelum menjerit perlahan " arigatou gozaimasu!" katanya sambil melambai lambai ke arah kereta emak y/n yang laju meninggalkannya.

Dia kemudian terus memasuki rumah  y/n setelah berpuluh minit memujuk puan hirai itu.

" y/n!!" jeritnya teruja. Dia berjalan ke kiri kekanan ke depan ke belakang berpusing pusing di ruang tamu milik y/n itu.

Berkali kali dia fikir sama ada dia mahu naik ke tingkat atas ke bilik y/n atau tidak.

" tak payah la kot.. Eh kalau dia tidur..? Ala takkan punya.. Eh-"

"mikey!" jeritan y/n membuatkan mikey yang sibuk memikirkan keputusannya itu tersentak.

" nande y/n??" jeritnya.

" cepatla naik!" panggil y/n lagi.

" tak nak aku! Kau tu perempuan!" jerit mikey pula.

Dia menetapkan keputusannya. Dia kemudian terus duduk di sofa di ruang tamu.

" habis tu macam mana aku nak pergi sekolah?! Aku kan pakai kerusi roda ni oi tolongla aku turun tangga!" jerit y/n lagi sekali.

Mendengar itu mikey menampar dahinya perlahan.  Sambil tergelak gelak riang kerana terhibur dengan diri sendiri, dia terus menuju ke tingkat atas.

Pintu bilik y/n diketuk sebelum dia membukanya.

Kelihatan y/n sedang duduk di kerusi roda betul betul di hadapan pintu bilik, merenung mikey tajam

Mikey hanya tergelak gelak melihat y/n.

"  Gomen~ aku lupa laaaa" katanya lalu terus memegang penolak kerusi roda itu.

Dia kemudian berhenti betul betul di hadapan tangga.

" macam mana aku nak bawak kau turun ni?" tanyanya memandang y/n yang berseragam sekolah itu.

Y/n menjongket bahu. " manalah aku tahu. Aku sebenarnya malas nak gi sekolah." katanya jujur.

Ini pun sebab mikey yang memaksanya, katanya pelajaran itu penting.

Kalaulah mikey takde, entah sapa nak tolong dia turun tangga.

Mikey terfikir sesuatu idea. Dia terus menolak kerusi roda y/n betul betul di hujung tangga itu.

Tayar y/n juga kalau tertolak kuat sedikit sudah tentu dia sudah jatuh dari kerusi dan tergolek golek di tangga.

Perlahan lahan dia menggoyang goyangkan kerusi roda itu acah acah menolak y/n jatuh dari kerusi roda.

Y/n terus menjerit " aa!!! Weh! Weh!!" dia terus menjerit. Mikey pula hanya tergelak gelak mengusik.

Disebabkan ketakutan dia memeluk erat lengan mikey yang memegang penolak kerusi itu.

"mikey!! Janganlahhhh!!" marahnya.

Mikey berhenti. Dia masih lagi tergelak gelak.

" aduh kelakar betullah. Dahla, jom" katanya sebaik sahaja puas menggelakkan y/n itu.

Dia kemudian terus menghulurkan tangannya kepada y/n.

Y/n yang ketakutan itu menumbuk bahu mikey sebelum memandang mikey keliru.

" kau nak aku buat apa? High five?" katanya pelik.

Mikey merenung y/n tajam mendengar jawapan y/n yang 'bijak' itu.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now