21

512 52 49
                                    

📍Credit photo from Pinterest 📍

Y/n sedang seronok berbual dengan emma dan hina.

Terkadang ada juga dia berbual dengan kisaki yang duduk di sebelahnya,

namun tak banyak memandangkan setiap kali dia mahu bercakap dengan kisaki pasti mikey yang duduk di hadapannya akan memandang mereka berdua tanpa berkata apa apa.

Sedang mereka semua bergelak tawa melihat karenah masing masing, sachiko tertumpahkan sos di baju mikey .

" ah gomennasai!" kata sachiko lembut. Tangannya pantas menambil tisu.

Baru sahaja dia mahu mengelap baju mikey, mikey terlebih dahulu mengelap bajunya sendiri.

Tangan sachiko ditolak perlahan dari mendekati badannya.

"takpe" katanya perlahan tanpa memandang sachiko di sebelah membuatkan sachiko mengangguk perlahan dengan wajah yang sedih.

Y/n di hadapan memandang mikey dengan penuh tanda tanya.

Baru tadi dia memeluk sachiko, sekarang dia reject sachiko pula?

Eish y/n! Kau bila nak stop ni?! Marah y/n pada diri sendiri lagi.

Setelah lama mereka berbuak tentang banyak perkara, hina membuka topik baru.

" so sachiko san tak penat ke jadi cantik?" tanya hina kepada sachilo dengan lembut.

" tapi bagi takemichi, hina lagi cantik" kata takemitchi pula memandang hina di sebelah dengan wajah yang kemerahan.

"bluwekk" baji yang duduk di depan mereka berdua acah acah mahu muntah melihat lovebirds itu.

Chifuyu mengusap usap belakang baji sambil tergelak kecil terhibur.

"aku cantik tak draken?" tanya emma pula membuat aegyo di hadapan draken.

"tch" draken berpaling, tidak memandang wajah emma di sebelahnya.

Sebenarnya sebab dia tidak mahu emma nampak akan wajahnya yang sudah kemerahan itu.

" takdelah, sachiko tak cantik pun. Takde sape pun nak dekat sachiko" kata sachiko tersenyum mesra.

" tapi bagi kisaki cantik apa. Uish takkan la takde orang nak " kata kisaki pula membuatkan y/n tergelak kecil.

Bukan sebab kelakar, dia tiba tiba sahaja rasa mahu tergelak.

Aku ni kalau period perangai aku boleh berubah setiap 5 minit la haish rungut y/n pada diri sendiri.

Menyesali diri kerana tiba tiba sahaja tergelak saat tiada sapa membuat lawak.

ugh pick me girl. Beribu kali dah kau reject budak lelaki yang nak dekat kau. Kata mikey pula dalam hati.

Dia acah acah fokus memakan makanan namun dia tidak dapat berhenti melihat y/n dihadapannya yang baru tadi bergelak tawa dengan kisaki.

Sachilo menggeleng mendengar kata kata kisaki.

" tadi lepas balik sekolah pun sachiko baru lepas kena reject.. Nasib baik mikey ada kan?" tanya sachiko teruja memandang Mikey disebelah dengan tersenyum penuh makna.

Mikey hanya memandang sachiko tanpa berkata apa.

Tidak berpuas hati dengan respon reaksi mikey, dia tiba tiba terus memeluk lengan mikey dengan erat sambil tersenyum.

Kepalanya pula direhatkan di bahu mikey.

Y/n terus mengambil tongkat lalu beredar dari meja mereka.

Mikey pula dengan terkejut terus menolak sachiko di sebelah dari mendekati nya.

" apahal kau ni?" marah mikey memandang sachiko dengan geram.

" ah! Gomen! Sachiko pun taktahu sachiko buat apa tadi..." kata sachiko

Matanya sudah bergelinangan air mata.

Seisi meja terdiam sunyi.

Mikey terus berdiri, namun dia terdiam melihat kisaki yang duduk di hadapannya juga berdiri.

" takpe, biar kisaki cakap dengan y/n." katanya lalu terus berjalan mencari y/n yang sudah berjalan keluar cafe itu.

Sachiko yang menangis itu juga beredar dari cafe itu dengan tangannya menutup mukanya.

"oof" baji menutup mulutnya melihat situasi yang berlaku.

" semua salah hina.." kata hina perlahan dengan riak wajah yang penuh bersalah.

Kalaula aku tak tanya soalan tu tadi... Katanya pada diri sendiri.

" eh bukan salah hina la.." takemitchi memujuk.

Hina terus berjalan keluar mencari sachiko yang tadi meninggalkan cafe tadi.

_______

"aduh y/n yang keluar dari cafe tadi kenapa..?" kata y/n perlahan.

Hormon dia ni tak betul. Dia asyik berubah rubah mood dan fikiran. Maklumlah period..

Menyesal juga dia tiba tiba bertindak sebegitu rupa.

Kau ni y/n.. Biarla sachiko nak sweet sweet dengan mikey. Katanya pada diri sendiri dalam hati.

Dia yang duduk di atas lantai di tepu cafe itu mengeluh.

Ha sekarang ni aku nak buat apa. Dahla tinggal je kawan kawan macam tu. Aduuu.

Tak lama selepas itu, kisaki datang duduk di sebelahnya.

" y/n san daijoubu?" katanya.

Y/n mengangguk perlahan.

" gomen kisaki, sebab aku lepak kita jadi tak syok." katanya jujur.

Kisaki menggeleng.

"takdelah. Kisaki pun sebenarnya dah bosan dengar sachiko tu membebel pasal diri dia sendiri." katanya.

Y/n tersenyum.

" sekarang ni nak buat apa ek? Y/n rasa bersalah sangat dengan diorang, lagi lagi sachiko" katanya me minta pendapat kisaki.

Kisaki menggaru garu dahinya, berfikir.

Sedang dia menggaru garu dahinya, cermin matanya terjatuh membuatkan tangannya tercapai capai mencari cermin mata miliknya

Y/n tergelak melihat kisaki yang seperti orang buta mencari tongkat itu.

Sambil tergelak gelak dia menghulurkan cermin mata milik kisaki itu.

__________

Mikey terus bejalan keluar dari cafe. Kelibat gadis itu dicari carinya.

Matanya melilau di setiap sudut di hadapan cafe.

Dia kemudian menuju ke bahagian tepi kanan cafe.

Tiada orang.

Mana kau ni y/n..?

Dia kemudian berlari anak menuju ke arah tepi kiri cafe.

Langkahnya terhenti.

Melihat y/n tergelak gelak bersama kisaki sambil memegang cermin mata kisaki itu membuatkan niatnya mahu bersemuka dengan y/n itu terhenti.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now