26

564 54 75
                                    

Y/n berbual bersama hina di pondok.

Tangannya pula sibuk mengikat rambut depan chifuyu.

Itu semua sebagai denda chifuyu kalah dengannya dalam permainan.

Banyak juga perkara mereka berbual.

Girls talk gitchew.

Tak lama selepas itu mikey tiba bersama sachiko,

Niatnya ingin mahu bermain bola bersama rakan rakannya

Namun si sachiko ni sibuk merengek mahu mengikut dirinya.

Dia memandang y/n yang mengikat rambut chifuyu sambil bersembang dengan hina sekilas.

Sachiko tersenyum puas tatkala melihat y/n yang mengikat rambut hadapan chifuyu itu.

" eish kalau boleh semua lelaki dia nak kan, sayang.." katanya memandang mikey sambil tersenyum

Mikey menoleh memandang sachiko dengan perasaan yang geram.

" jaga sikit mulut kau tu. Chifuyu tu dah macam adik aku." katanya berjalan meninggalkan sachiko.

Walau dalam sudut hati wujud perasaan cemburu sedikit.

Sachiko yang berjalan mengejar mikey di hadapan itu berkata lagi.

" sachiko tak cakap pasal dia sachiko cakap pasal y/n." katanya membuat muka.

Mikey mengendahkan kata kata sachiko dan terus menuju ke pondok di mana rakan rakannya berada.

" ahahahahahha macam budak budak!" y/n tergelak gelak melihat hasil ikatan pada rambut chifuyu.

" eh... Kawaii! " kata hina pula.

Wajah chifuyu sudah merah padam.

Pasrah dengan nasibnya

"hina.. Huwaaa" takemichi di belakang sudah acah acah mahu menangis mendengar hina memuji chifuyu.

Hina tergelak kecil melihat takemichi itu.

" lepasni kau boleh try simpan rambut panjang pula." sambung baji rambut hitam panjang nya sengaja dikibas kibas.

"habisla.. Nanti ada dua duta shampoo dalam touman" usik mitsuya sambil tergelak kecil.

"diamla baka" kata baji.

Mitsuya tergelak terhibur . Draken pula hanya tersenyum melihat gelagat mereka.

"jom. Main." kata mikey sebaik sahaja tiba di pondok mereka itu.

Tangannya dengan ligat membaling baling bola ke udara.

"ohayou.." kata sachiko malu malu

Mata mereka yang memandang mikey itu mula memandabg sachiko disebelah.

"ohayou!" jawab y/n riang.

Dia lega sachiko tidak lagi sedih kerananya.

Sachiko banyak menolongnya, dia ikhlas mahu mengekalkan persahabatannya dengan sachiko.

Sedang mereka bermain sementara y/n berbuak dengan hina bersama sachiko, tiba tiba datang beberapa pelajar junior sekolah mendekati mikey dan lain yang sedang bermain bola.

Y/n hina dan sachiko yang berbual itu juga berhenti.

Mereka memandang sekumpulan pelajar junior itu.

Pelajar pelajar junior itu kelihatan mengah setelah berlari menuju ke arah mikey.

Mereka menunduk hormat sebelum memberitahu sesuatu kepada mikey dengan tercungap cungap.

KAU, SANO MANJIRO ( MALAY EDITION mikey × Reader) Where stories live. Discover now