Dear ghost, let me be yr makmum - Qyna

2.1K 449 106
                                    

"Qasyaf, saya suka awak."

Qasyaf diam seketika. Dia membaca surah Al-Isra dengan merdunya.

"وَلَا تَقْرَبُوا۟ ٱلزِّنَىٰٓ ۖ إِنَّهُۥ كَانَ فَٰحِشَةً وَسَآءَ سَبِيلً"

"Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk." (QS. Al-Isra: 32).

"Ya, saya tahu. Saya ni pelajar tahfiz dan belajar agama. Saya tahu tu. Tapi...kita kan hantu? Tak salahkan?" soal Qysha.

Qasyaf menggaru kepalanya yang tak gatal. Tidak tahu hendak menjawab apa lagi. Dia berjalan menuruni bukit.

"Jom jalan-jalan tengok bonda saya dekat kampung." Ajak Qasyaf.

"Qasyaf tunggu!" Qysha hampir menarik tangan Qasyaf tetapi tangan mereka tertembus. Qysha memandang tangannya.

"Bukan ke kita sama-sama hantu? Kenapa tak boleh pegang?" soal Qysha hairan.

Qasyaf berjalan menembusi Qysha. Dia terdiam. "Haah lah, kita tertembus sesama sendiri."

"Tapi, saya boleh pegang serban awak. Tengok ni." Qysha memegang serban milik Qasyaf.

"Eh? Tapi kenapa macam ni eh?" soal Qasyaf pelik.

"Entahlah, hm...nah ambil balik." Qysha menghulur serban itu kepada tuannya.

"Semua itu tak penting, yang penting...saya masih boleh berkawan dengan awak." Kata Qasyaf sambil tersenyum malu.

Qysha turut tersenyum malu. "Dah lah, jom lah pergi tengok bonda awak." Qasyaf mengangguk dan mereka berdua menuju ke kampung Qasyaf.

Sampai sahaja dihadapan rumah Qasyaf, mereka terhenti dan melihat gadis cantik serta berpakaian labuh dan sopan datang menyinggah membawa bekal makanan ke rumah Qasyaf.

Qasyaf hanya memandang sayu kepada gadis itu. Wajah Qasyaf dipandang hairan oleh Qysha, lalu Qysha bertanya, "kenapa awak pandang dia seperti itu?"

"Dia tunang saya, saya kasihan dekat dia kerana kami tak dapat bersatu." Jawab Qasyaf.

"Pasti jika di syurga nanti awak akan memilih dia sebagai bidadari awak nanti kan?"

Qasyaf hanya diam membatu. Dia melihat wajah bondanya dari jauh yang sedang mengambil bekal dari bekas tunangnya itu.

"Nama dia Aalyah Aikha. Baik dan sopan santun orangnya. Dia selalu datang menghantarkan bekal makanan kepada bonda. Saya tak pernah pun jatuh cinta dengan dia. Kami bertunang pun kerana bonda yang mahukan menantu seperti Aalyah. Tapi dia pernah kata bahawa dia cintakan saya." Qasyaf bercerita tanpa dipinta oleh Qysha.

"Awak tak balas cintanya?"

"Saya diam je, saya tak tahu nak balas apa. Kalau dah jodoh kami tetap bersama. Kalau saya melayan dia, bukan ke semua tu sia-sia? Tengok sekarang? Kami tak berjodoh pun. Ajal yang temukan saya dahulu."

Qysha diam dan mengangguk setuju.

Aalyah berjalan pulang selepas menghantar bekal kepada Puan Karmila dan diperhatikan oleh Qysha dan Qasyaf. Tiba-tiba sekalung rantai terjatuh ke tanah kerana tertanggal dari leher Aalyah.

Aalyah yang terasa rantainya seperti tertanggal itu dengan segera Aalyah memandang kiri dan kanan sebelum mengambil rantai tersebut. Risau jika ada mata-mata yang memandangnya mengambil rantai tersebut.







Why Aalyah, why? 🗿

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now