Jodoh itu rahsia Allah 😇

1.7K 442 218
                                    

Aalyah menyimpan Al-Quran di rak yang telah disediakan di dalam surau. Dia melihat Qysha yang dari tadi duduk memerhatikan dirinya.

"Erm...awak yang jumpa dengan Qasyaf tadi kan?" Soal Aalyah.

"Haah."

"Awak nak berjumpa dengan saya ke?" Soal Aalyah lagi.

"Ya."

"Ada apa ya?" Aalyah duduk bersila disebelah Qysha.

"Saya nak minta maaf, sebab saya cerita dekat Qasyaf yang awak keluar islam. Awak murtad. Maaf ya." Qysha tersengih.

Aalyah tersenyum nipis.

"Saya maafkan. Boleh saya tahu lagi apa yang terjadi dekat saya lepastu?" Soal Aalyah mesra.

"Erm..." Qysha menggosok dagunya cuba untuk mengingat semula mimpinya.

"Seingat saya, awak tak sempat bertaubat dan awak terlibat kemalangan. Keluarga awak terutama ibu dan ayah awak sedih dan malu. Sebab terjumpa rantai salib yang awak pakai." Qysha bercerita secara terus terang.

"Astaghfirullah, hm." Aalyah menunduk dan bermain dengan jarinya.

"Saya...memang pernah terfikir nak keluar islam." Aalyah semakin menunduk.

"Eh?"

"Saya ikut sangat perasaan waktu bergaduh dengan ayah. Saya nak capai cita-cita saya sendiri, tapi ayah sibuk nak paksa saya jadi pendakwah. Saya tahu niat ayah saya baik. Tapi, saya nak juga mencuba sesuatu yang lain. Dari kecil saya kena paksa belajar agama dah macam saya tak boleh belajar benda lain. Saya dah macam kena kawal."

"Sampailah saya terfikir, kalau saya keluar islam, mungkin saya dah tak perlu hadap semua tu, kemudian pergi lari ke negara lain dan buat apa je yang saya suka."

"Kenapa awak tak buat?" soal Qysha dengan wajah yang terlalu innocent. Takde rasa serba salah langsung !

Aalyah memandang wajah naif Qysha. Dia tertawa kecil.

"Awak nak saya keluar islam ke?" soal Aalyah.

"E-eh! Tak... saya salah tanya. Hehe, maksud saya apa yang membuatkan awak masih lagi berada dalam agama islam?"

Astaghfirullah, andai aku Aalyah, aku sepak muka dia ni. Soalan minta dikecam oleh pembaca *senyum menahan sabar*

"Sebab saya masih ingat Allah." Aalyah tersenyum.

Qysha tersentap dan tersengih malu.

"Terima kasih sebab sudi ceritakan tentang mimpi awak, saya rasa Allah nak beri petunjuk dekat saya. Indah kan rancangan Allah? Tanpa diduga dan tak disangka-sangka kita bertemu dan bercerita tentang ni. Mimpi awak membuatkan saya sedar dan saya tak patut keluar dari agama yang suci ini."

"Hehehe, sama-sama kasih." Qysha tersenyum comel.

"Lagi satu sebab saya bertahan, sebab crush saya pernah pesan supaya terus kuat tempuhi dugaan. Sebab tu saya semakin bersemangat nak teruskan perjalanan hidup ni."

"Crush awak tu...Qasyaf ke?"

"Erm...bukan."

"E-eh? Dia tunang awak kan?"

"Kami bertunang pun sebab disatukan oleh ibu bapa. Bukan kerana cinta." Aalyah bersandar di dinding.

"Dalam mimpi saya tu kan, awak cintakan Qasyaf."

"Tu kan mimpi je?"

"Haah kan. Tapi...kenapa awak tak menolak?"

"Serba salah. Ayah saya nak dia jadi menantu, mak Qasyaf pula nak saya jadi menantu. Hm...kami berdua tak boleh nak buat apa. Lagipun, last saya jumpa crush saya tu tahun lepas waktu saya belajar dekat Kuala lumpur. Sekarang saya tak tahu dia dekat mana dan kami lost contact lepas saya balik ke kampung." Ceritanya.

"Oh...mungkin awak jodoh Qasyaf, ok lah tu. Qasyaf baik apa."

"Saya tahu dia baik. Tapi saya tak cintakan dia." Aalyah menunduk.

"Nanti perasaan suka tu muncul lah. Ok lah, saya nak balik dulu. Dah lambat dah ni, kejap lagi nak pergi tempat lain pulak, hehe." Qysha meminta diri.

"Oh, ok. Terima kasih ya?"

"Sama-sama." Mereka berdua bersalaman.

Dia menelefon Kasha untuk datang menjemputnya dan menunggu abangnya di depan surau

"Nak saya teman awak tunggu?" soal Aalyah.

"Hehe, boleh je." Qysha tersengih.

Kereta Kasha muncul dan berhenti dihadapan surau. Kasha membuka tingkap keretanya.

"Qys-" Kasha terdiam selepas melihat Aalyah berdiri disebelah Qysha.

"Kasha?" Aalyah turut terkaku.















Aku yakin mesti ada yang tak puas hati dengan aku 😇

Luahkanlah perasaan anda 😇.






HAHAHAHAHAHAHAHAH.

Dahlah tetiba tukar topik, pastu tetiba Qysha nak balik pastu tetiba to be continued


HAHSHAHAGAHSGS , takpe lagipun saya bukan author paling kejam 😇

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now