Misi mencari jodoh bersama Kasha!

1.5K 420 288
                                    

Kita biar jelah si Qysha tu berbual-bual dengan mak mertua dia. Harini kita akan berjalan-jalan bersama Kasha.

Jalan-jalan cari jodoh~

[ K A S H A ' P O V ]

Begitulah awan nano nano nano nano nano nana nano~

"Haih, apalah nasib ini. Adik dah jumpa jodoh. Aku pulak? Dah macam bodoh. Arezz seronoklah tu dapat jumpa Aalyah."

Saya berhentikan kereta depan kedai ais krim. Cadang nak beli ais krim untuk tenangkan fikiran. Ha orang lain hisap rokok, saya makan ais krim. Ini adalah bukti tak semua lelaki sama.

Awak yang crush dekat saya ni jangan cakap lelaki semua sama. Kitorang tak sama okay?! Saya minum susu Anmum campur susu mak saya masa kecil. Lelaki lain minum susu dugro. Ha tak sama.

Dengar cerita pencipta saya dah carikan calon isteri untuk saya. Adakah awak salah seorang yang akan menjadi pilihan hati saya? *tanya kat readers perempuan*

Erm...haritu saya baca maklumat korang semua best-best. Tapi kalau reject guna ayat 'awak terlalu baik untuk saya' pun best juga heheheh.

Gurau je, tapi- macam mana saya nak jatuh cinta dengan manusia real macam korang semua eh? Saya ni karakter fiksi je. Tak wujud pun.

Eh jap- nak bayar ais krim.

"Banyaknya cik ambil ais krim." Kata penjaga cashier itu sambil mengira semua ais krim milo yang diambil.

"Saya nak belanja peminat saya." *wink*

"Er-buang tebiat ke?"

Walaupun dia kata saya macam tu tapi saya abaikan je. Walaupun karakter wattpad tak tahu kewujudan korang yang penting saya tahu heheheh.

Saya keluar dari kedai ais krim tersebut dengan membawa beg plastik yang dipenuhi ais krim.

Nak belanja korang tapi- kita berbeza alamlah pula. Sob...sob... mengsedih. Tak apalah, biar saya bagi dekat budak-budak kat taman. Anggap jelah yang saya bagi dekat korang ya?

Tengah seronok berjalan menuju ke taman tiba-tiba saya terserempak dengan seorang gadis.

MasyaAllah cantiknya dia. Tanpa membuang masa, saya menghulur ais krim dekat dia. Macam buang tebiat tapi memang pun.

"Er-terima kasih." Dia tersenyum.

"Sama-sama kasih. Erm...cantik awak ni. Nama siapa?" Dengan berhati-hati saya bertanya.

Dia menyebut namanya. Saya tergamam. Wah nama dia bukan main unik dan panjang.

Tapi tak apa, yang penting dia ada ciri-ciri jodoh saya.

Wah inikah dinamakan kisah cinta tiba-tiba?

Tak apalah, izinkan saya dating dengan dia kejap. Korang jangan jeles, korang still scandal saya. *wink kat scandal Kasha*













HAHAHAAH APAKAH? Jarang aku baca pov yang bahasakan diri 'saya' selalunya 'aku' . Sopan betul kau ya Kasha?

Ehem, nama perempuan tu masih misteri ya. Nama siapalah yang perempuan tu guna 😇🔪

HAHAHAHA ni chapter khas tau. Kalau bosan tu paham paham jelah. 😭 ampun ya 😭🦋

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now