S P E C I A L || Kasha & Qysha

1.7K 344 363
                                    

Zaman kanak-kanak riang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Zaman kanak-kanak riang. Kasha 7 tahun, Qysha 2 tahun.

"Umi, adik habiskan ais krim Kasha!" Adu Kasha pada Puan Kaseh.

"Ala, beli jelah yang baru."

"Tapi Kasha tak nak pergi kedai dah! Pakcik ais krim kata ais krim milo dah habis sebab Kasha selalu beli. Dia kata, budak-budak lain pun nak jugak. Tadi adik minta sikit, tapi ni dia habiskan." Kasha memeluk tubuh dan mencebik.

Qysha hanya memandang Kasha dengan wajah tak bersalah.

"Alahai anak umi ni, jom umi buatkan ais krim milo, nak?"

"Tak nak! Umi buat mesti yang ais krim 20 sen tu." Kasha menggeleng.

"Eh, mana ada. Ais krim macam tu cliche. Umi pandai tau buat ais krim milo. Ha meh ikut umi pergi dapur." Puan Kaseh berjalan ke dapur.

"Adik jangan makan! Umi buat untuk abang je!" Kasha menjelir lidah.

"Nak ugak!"

Kasha yang geram dengan Qysha terus menggigit pipi tembam Qysha itu. Puas hati dia melihat Qysha mencebik dan menangis.

"Kasha...kenapa buat adik nangis tu?" Laung Puan Kaseh dari dapur.

Kasha memandang Qysha. "Padan muka! Siapa suruh comel sangat?" Marah-marah pun, Kasha mendukung badan kecil Qysha itu dan membawanya ke dapur untuk melihat uminya buat ais krim.

Qysha menarik rambut Kasha kerana ingin membalas dendam.

"Adik...abang gigit lagi kang." Ugut Kasha. Qysha merengek dan menggeleng laju.

"Tahu takut." Dia meletakkan Qysha di dalam kerusi baby tu. Kasha mendekati Puan Kaseh. Hujung baju Puan Kaseh ditarik.

"Umi nak buat macam mana?" soal Kasha sambil mendongak.

"Mula-mula masukkan milo ke dalam blender dan campurkan dengan air susu segar dutch lady-"

"Kenapa tak letak susu Anmum?" soal Kasha naif.

"Sayang, tu susu adik. Lagipun susu tu tak sesuai." Balas Puan Kaseh.

"Takpelah, Kasha suka minum susu! Tapikan umi, kenapa panggil Kasha 'sayang?' Bukan ke tu panggilan untuk abah? Umi kan suka panggil abah 'sayang'."

Tiba-tiba Puan Kaseh rasa menyesal bagi anak-anak dia minum susu Anmum. Anak yang pintar ni terlampau banyak bertanya.

"Tak salah pun panggil Kasha 'sayang' lagipun maksudnya umi saaayangg! dekat Kasha. Kasha kan anak umi? Anak baik, pintar dan soleh." Puji Puan Kaseh kepada anaknya.

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now