Sempena Flash sales, male lead akan dijual .

1.6K 570 285
                                    

"...sebenarnya Qasyaf takde kat rumah, dia pergi tazkirah dekat masjid, kejap lagi baliklah tu." Kata Puan Karmila.

"Oh...kalau macam tu saya tunggu sampai dia baliklah, boleh tak?" soal Qysha sambil tersengih.

"Eh, boleh. Jemputlah duduk dekat meja kopi tepi kolam ikan tu dulu. Makcik pergi buatkan air."

"Eh tak apa makcik, susah-susah je." Kata Kasha.

"Eh takpe, tetamu datang takkanlah tak hidang apa-apa kan?" Puan Karmila terus menuju ke dapur.

"Entah abang ni, makcik, air kurang manis tau!" Sempat Qysha menjerit perlahan. Dia berniat nak bergurau je.

Kasha mencubit pipi adiknya. "Eyy dia ni! Malu abang tau, jaga sikap tu boleh?" soal Kasha geram.

"Alah, makcik tu mesti tak dengar punya, adik jerit slow je pun." Qysha menjeling.

"Aku ketuk jugak budak ni bagi bertambah ketot."

Qysha menjelir lidah mengejek abangnya.

"Assalamualaikum, bonda Qasyaf dah ba-" terdiam. Qasyaf memandang Qysha dan Kasha.

Qysha terpana. Dia tak sangka bahawa Qasyaf lebih kacak dekat realiti berbanding dalam mimpi.

"Waalaikumusalam, ha dah balik pun kamu ya? Ni ha ada tetamu nak jumpa." Puan Karmila menuju ke meja kopi sambil menatang dulang air.

"Jumpa saya?" soal Qasyaf.

Qysha teragak-agak untuk mengangguk.

"Bonda masuk dalam ya? Berbual lah dulu." Puan Karmila masuk ke dalam rumah selepas menghidangkan air.

"Adik, abang tunggu dalam kereta jelah. Tau? Apa-apa jangan roger, bye." Kasha terus meninggalkan mereka berdua.

"Eh, a-abang-" Qysha menggigit bibir dan tersengih memandang Qasyaf.

"Er, tak nak duduk?" soal Qysha.

Qasyaf mengambil tempat dihadapan Qysha.

"Kenapa awak nak jumpa saya, ya?" soal Qasyaf dengan lembut.

"Saya...nak masuk minang." Qysha menggigit bibir. Main cakap jelah budak ni.

"Masuk minang?" Jelas terkejut.

"E-eh- saya gurau je, saya nak pulangkan serban awak." Qysha menjadi kelam. Habis merah padam mukanya. Dia menghulur beg kertas pada Qasyaf.

Qasyaf tidak mengambil beg kertas yang dihulurkan, malah dia mengecilkan matanya melihat Qysha.

"Awak ke gadis yang terlibat dalam kemalangan beberapa bulan yang lepas?"

Qysha mengangguk.

"Macam mana awak boleh tahu serban tu milik saya?" soal Qasyaf hairan.

"Erm...awak masuk dalam mimpi saya waktu saya koma."

"MasyaAllah, betul ke?"

Qysha mengangguk dan menceritakan semuanya sambil menahan bahang di pipi.

Qasyaf juga turut merasa bahang di pipi mendengarnya. Malu-malu kucing.

"Macam tu lah cerita dia."

"Kuat betul ingatan awak." Puji Qasyaf.

Qysha tersengih dan menggaru pipinya. Heh, padahal aku ada abang pun aku tak ingat. Getusnya dalam hati.

"Macam mana awak boleh jumpa dan selamatkan saya, ya?" Soal Qysha ingin tahu.

Qasyaf tersenyum sebelum memulakan cerita.











Heh, yang baca ni semua single. Ambil gambar sikit (chekakkk *bunyi kamera*)

Jangan lupa ambilkan gambar saya juga ya :p

Ada bau bau happy ending tak? 😂

Heh jangan happy dulu, sudah lupakah kamu tentang gadis bernama Aalyah? Hekhekhek *senyum jahat tapi comel*

Btw kepada yang baca tapi tak vote,

Sampai hati sape yang tak vote :< happy ending kau nak? Vote taknak pulak?

Aku tukar ending kang !

Hehe joke joke, tak kisah un tak vote senarnya, tapi apa salahnya kalau vote kan? Boleh lah jugak buku ni naik dekat TOP PICKS FOR YOU :> atau POPULAR :> hek hek hek.

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now