Special Kasha Chapter

1.9K 512 755
                                    

10 bulan berlalu selepas perkahwinan Qysha.

"Awak tunggu kejap. Saya masuk nak tengok umi ada kat dalam rumah ke tak." Pesan Kasha pada gadis itu.

Gadis itu mengangguk.

Kasha masuk ke dalam rumah selepas memberi salam.

"Eh ada Qysha, hai adik abang yang comel." Kasha datang mendekati Qysha dan mencubit pipi adiknya yang gebu itu.

"Hai abang hensem, abang nak dengar berita best?" soal Qysha.

"Uiyo, berita apa tu?" Kasha duduk disebelah Qysha.

"Orang pregnant ! Baru masuk sebulan 6 hari." Qysha tersenyum lebar.

"Eh, seriuslah?!" Teruja.

Qysha mengangguk laju.

"Betul ke ni??" Mata Kasha membulat.

"Betul...!"

"Weh seriuslah?! Umi!!" Kasha berlari ke dapur dan ternampak Qasyaf membantu Puan Kaseh mencuci pinggan.

"Apa Kasha ni? Berlari macam budak, menjerit pulak tu. ha kenapa?" Puan Kaseh bercekak pinggang memandang Kasha.

"Umi tahu tak??"

"Tahu dah."

"Umi tahu dah Qysha pregnant??"

"Ya...tadi Qasyaf cerita dekat umi." Puan Kaseh menyambung potong bawang.

"Ala...Qasyaf ni! Kenapa tak tunggu abang? Baru nak melompat ngan umi." Omel Kasha.

Qasyaf hanya tergelak kecil.

"Tak payah nak ajak umi melompat, patah pinggang nanti. Ha kamu ni? Bila nak kahwin? Adik kamu tu dah mengandung, kamu ni calon isteri pun takde lagi." Bebel Puan Kaseh.

"Eh siapa kata orang tak ada calon isteri?" Kasha mendekati Puan Kaseh.

"Heh, yelah tu."

Kasha tersengih. Dia memeluk uminya dari belakang dan meletakkan dagu di atas bahu uminya.

"Umi..." nada melerek manja.

"Ya, Kasha sayang?"

"Ehehe, malulah umi panggil Kasha sayang."

"Mengada. Ha kenapa?"

"Umi, Kasha ada bawak balik menantu umi."

"Mana?"

"Ada...tapi umi kena janji dulu." Kasha menghulur jari kelengking kanannya.

"Janji apa?"

"Umi kena janji yang umi akan terima dia! Umi jangan nak jadi mak mak macam dalam drama tu eh? Umi kena terima dia walauapapun! Kalau umi rasa dia tak sempurna pun umi kena terima dia! Kasha janji akan sempurnakan apa yang kurang dekat dia. Boleh umi?"

Puan Kaseh memusingkan badannya dan memegang kedua bahu Kasha.

"Kasha. Umi akan terima sesiapa sahaja pilihan anak umi. Umi percaya Kasha akan cari yang terbaik untuk diri Kasha. Umi yakin anak umi yang sulung ni pandai memilih calon bidadarinya sendiri. Umi juga yakin anak umi seorang ni pandai jaga isteri dia nanti macam mana Kasha jaga Qysha. Umi bangga anak umi semua dah besar-

-umi bangga tau ada anak macam Kasha ni. Selama Kasha hidup dengan umi, Kasha tak pernah bantah pun cakap umi. Takkan umi nak membantah cakap Kasha pula kalini? Lagipun itukan teman hidup Kasha. Umi yakin Kasha akan didik isteri Kasha dengan baik. Umi akan sentiasa sokong dengan pilihan Kasha." Hujah Puan Kaseh panjang.

Ghost Love Story ✔︎ Where stories live. Discover now