C H A P T E R 09

631 70 34
                                    

Taman bunga Puan Elvira yang mempunyai pelbagai jenis tanaman bunga serta baunya yang harum menarik perhatian pemilik iris blue sapphire. Segera gambar pemandangan itu ditangkap lalu dimuat naik ke story instagram. Telefonnya diletak di tepi sebelum tangan laju mengambil novel berjudul 'Untold Hero'. Baca tajuk sahaja sudah membuatkan Sofea Allesandra teruja yang amat. Muka surat pertama dibaca.

'Hero is someone who will sacrifice you to save the world, but villain will sacrifice the world to save you. Sometimes, a villain is hero in his own story' ayat itu dibaca perlahan sebelum dia menyelak muka surat seterusnya.

Setelah hampir dua jam membaca, kelibat Puan Elvira sambil menatang dulang kelihatan menuju ke arahnya. Kelam kabut Sofea Allesandra menutup novel lalu diletakkan ke tepi. Rambut dan baju yang serabai akibat perlakuannya ketika membaca sebentar tadi dibetulkan. Mana tidaknya, sekejap dia berguling, sebentar lagi terjerit perlahan sambil meramas rambut lepastu gigit hujung baju akibat rasa geram. Lupa agaknya gadis itu, dia berada di luar rumah. Sekali lihat seperti hantu mak limah pun ada. Lebih baik dia membaca di dalam bilik jika begini.

"Auntie El, sini Fea bawakan. Maaf sebab tak bantu auntie tadi" tersengih-sengih Sofea menahan malu kerana membuat perangai tidak semenggah di hadapan mak mertua. *Uhuk uhuk* bakal-mak-mertua.

Dulang yang berisi beberapa biji kek cawan dan seteko teh diambil penuh berhati-hati dari tangan Puan Elvira. Sofea menatang dulang itu seraya menapak ke arah meja yang berada di taman bunga. Puan Elvira mampu menggelengkan sahaja kepala melihat perangai bakal menantunya itu. Dia hanya membontoti langkah si gadis. Kerusi di sebelah kiri menjadi pilihan Puan Elvira manakala disebelah kanan pula menempatkan kerusi yang diduduki Sofea Allesandra.

"Urm, auntie. Fea nak tanya sikit boleh tak?" Sofea Allesandra memulakan perbualan.

"Beribu soalan pon auntie sanggup jawab" jawab Puan Elvira dengan senyuman. Matanya menatap Sofea Allesandra yang sedang bermain jari jemari runcingnya.

"Urm..Urm..Mm..Aaa" persoalan yang ingin diutarakan tidak terkeluar daripada bibir mungil si gadis. Berkerut dahi Puan Elvira melihat telatahnya.

"Nak tanya apa sayang?" tanya Puan Elvira lembut seraya memegang kekura tangan gadis itu sambil diusap lembut dengan ibu jari. Sofea Allesandra memandang ke arah ribanya, di-dia sangat rindukan belaian seorang insan yang bergelar ibu.

"Urm Fea nak tanya. Tapi, kenapa auntie, uncle dan Ed tak datang sewaktu majlis pengebumian mummy dengan daddy" tanya Sofea Allesandra lirih. Dia faham sekiranya mereka tidak boleh berjumpa langsung sepanjang 15 tahun itu. Tapi mengapa ketika hari itu, hari dimana dia perlukan kekuatan, mereka langsung tidak hadir. Sekurang-kurangnya dia ada bahu untuk bersandar selain Encik Daniel.

"Maafkan auntie. Auntie bukan tak nak datang, tapi kami dapat berita kematian mendiang Stephen dan Scarlett seminggu selepas majlis pengebumian mereka" lirih hatinya apabila gadis itu bertanya tentang perkara tersebut. Dia tidak mahu Sofea Allesandra terus dibelenggu keliru lagi.

Setelah mendapat berita kematian Stephen dan Scarlett, mereka segera bergegas ke Malaysia. Keluarga Ezekiel diserang ketika mereka dalam penerbangan ke sana. Sesuatu yang tidak diingini terjadi sewaktu pesawat peribadi yang dinaiki terbang bebas di udara. Tidak disangka, pesawat peribadi yang dilengkapi sistem keselamatan yang ketat itu berjaya dicerobohi pihak musuh. Nasi sudah menjadi bubur, tiada siapa yang bersedia ketika ini. Mujur sahaja mereka berjaya melakukan pendaratan kecemasan walaupun ketika itu, pesawat tersebut berada di altitud yang agak tinggi. Tuan Ezekiel dan Puan Elvira mengalami patah tangan dan kaki serta beberapa luka kecil ditubuh. Malangnya, Edward Michael koma selama 18 hari bahkan kecederaannya juga agak serius. Tidak disangka jejaka itu sedar lebih awal dari masa yang diramal. Hampir gugur jantung Puan Elvira tatkala doktor memberitahu anaknya mempunyai 45 peratus sahaja potensi untuk diselamatkan. Berita tentang penumpang pesawat peribadi yang kebakaran akibat perbuatan khianat seseorang, dirahsiakan. Oleh kerana itu, Sofea Allesandra tidak tahu menahu langsung tentang kejadian ini tambahan pula ibu bapanya baru sahaja pergi.

CASAMONICA  (HOLD)Where stories live. Discover now