C H A P T E R 22

363 42 14
                                    

Pantri dituju sebaik tekak terasa kering

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Pantri dituju sebaik tekak terasa kering. Niat di hati mahu membancuh air sejuk. Cuaca di negara kelahirannya sekarang ini sedang musim panas, jadi tidak berapa sesuai jikalau dia minum air panas. Walaupun bekerja di dalam bilik berpenghawa dingin, masih terasa bahang diluar. Dua peket serbuk bancuhan air Caramel Latte buatan Setarbak dikeluarkan dari rak pantri tingkat tersebut. Satu untuk dirinya dan satu lagi untuk Edward Michael. Misi memujuk kekasih hatinya!!


"Urm.. rindu pulak dekat mama dengan papa. Nak ajak Boo Boo Bear melawat dia orang la" kata Sofea Allesandra bersama tangan yang ligat mengacau dua cawan Caramel Latte.

Dalam cawan tersebut sudah ditambah dengan susu segar Dutch Lady. Dikacau rata sehingga tiada ketulan serbuk Caramel Latte itu. Bilik Edward Michael dituju. Biliknya, Edward, Alex dan Darien berada di tingkat yang sama, jadi di tingkat itu tiada pekerja lain berkeliaran. Amanlah suasana di tingkat mereka duduki. Sepatutnya bilik Sofea Allesandra di aras 15, tapi Edward Michael menyuruh pekerjanya menyediakan satu bilik khas untuk gadis itu di aras paling atas, iaitu aras 20.

Tanpa mengetuk pintu, Sofea Allesandra terus  melulu masuk ke dalam bilik Edward Michael. Terhinjut si jejaka yang khusyuk menyemak laporan dengan kehadiran si gadis secara mengejut, tanpa ketukan pintu lagi. Tersengih sumbing gadis itu melihat mimik muka terkejut yang dipamerkan Edward Michael. Harap-harap naga tak mengamuk. Hehe..

"Kenapa? Why datang mengejut macam tu, sweetie? Kenapa... Hm?" tanya Edward Michael meleret-leret. Jejaka itu mana sanggup ingin memarahi bayi besar secomel Sofea Allesandra.

Baldi please!! Aaa melting la kita cenni. Lepastu Ed selalu panggil kita sweetie. Aaaaa!!

"Urm.. ni, I ada buatkan air" ujar Sofea Allesandra seraya menghulurkan secawan Caramel Latte ke atas meja.

Edward Michael yang kering tekak sedari tadi lagi, menyambut huluran Sofea Allesandra lalu terus mencicip perlahan air yang beransur suam itu. Sofea Allesandra hanya kekal statik berdiri di hadapan meja kerja Edward Michael. Nak duduk tapi tak tahu kenapa tetiba terasa nak beradab dengan menunggu pelawaan dari tuan empunya bilik.

"Duduklah, yang berdiri macam tu kenapa? Sit on that chair. Aku tak kejam lagi nak suruh kau berdiri je" kata Edward Michael berunsur arahan.

Jari telunjuknya diangkat kearah kerusi yang berada di hadapan meja kerja. Lama gadis itu berdiam diri sambil memerhati Edward Michael yang sedang mencicip air buatannya. Sambil-sambil itu, dia sedang merangka ayat dalam fikirannya.

"Urm.. Ed.." Sofea Allesandra berhenti  menyuarakan hasratnya.

Dia takut Edward Michael tidak setuju dengan permintaannya. Mungkin juga jejaka itu sibuk menyiapkan projek yang perlu diselesaikan. Yelah, sekarang waktu bekerja. Hujung minggu belum tiba lagi.

CASAMONICA  (HOLD)Where stories live. Discover now