C H A P T E R 21

374 50 24
                                    

Alex Williams menapak masuk ke dapur

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Alex Williams menapak masuk ke dapur. Tujuannya ingin mencari sesuatu yang boleh dikunyah semasa menonton televisyen. Lapar pula perutnya walaupun sudah melahap hidangan makan malam sejam yang lepas. Tapi.. apa boleh buat, perut seorang Alex Williams mempunyai kapasiti yang sangat besar.

Deria bau menangkap satu aroma yang mengiurkan, seperti bau caramel pun ada. Langkah hayunan kaki dilajukan supaya lekas dia sampai ke bahagian dapur. Hidung mencari-cari dari mana datangnya aroma itu. Dituruti sahaja bauan itu sehinggalah..

"Opocot!! Aku kahwin dengan Nicky Minaj. Aduh sakitlah!! Aku robohkan baru tahu" bebel Alex. Sakit dahinya apabila terhantuk di dinding. Itu semua salah aroma yang menyapa deria baunya.

Sakit dahinya apabila terhantuk di dinding. Itu semua salah aroma yang menyapa deria bau seketul Alex Williams. Diikuti aroma  tersebut semula sehinggakan dia ternampak Sofea Allesandra sedang menyediakan mangkuk kaca lutsinar yang agak besar diatas meja. Mesti gadis itu mahu meletakkan sesuatu ke dalam bowl tersebut. Terdetik di tangkai hati mahu menolong si gadis. Namun apabila memikirkan kejadian waktu makan malam sebentar tadi, terus ditepis perasaan simpati. Dilihat sahaja gadis itu yang terjingkit-jingkit ingin mencapai mangkuk di rak atas.

Kini, Alex Williams berdendam dengan Sofea Allesandra. Sofea sudahpun merampas kekasih hatinya, Edward Michael. Tidur, makan semua dengan Edward, Alex cemburu ! Tubuh langsing Sofea Allesandra dihampiri.

"You ni memang tak boleh nak independent eh? I nak jejak kaki kat bilik dia pun tak boleh, kalau you siap tidur lagi" serbu Alex Williams secara tiba-tiba dengan anak mata hijau emeraldnya yang tajam menikam anak mata biru sapphire milik gadis dihadapannya ini.

Baru sahaja Sofea Allesandra ingin membuka mulut membidas pertanyaan Alex Williams, tiba-tiba mini electric popcorn maker menghentikan bicara gadis itu.

Tingg !!

Bunyi itu menandakan yang biji jagung sudahpun mengembang menjadi bertih jagung. Lekas sahaja tangan Sofea Allesandra mencapai mangkuk lalu menapak kearah mesin bertih jagung tersebut. Penutup dibuka lalu dia membahagikan bertih jagung itu kepada dua buah mangkuk. Satu untuk dirinya dan Edward, dan satu lagi untuk Alex dan Darien. Peti ais  dua pintu dibuka lalu sebotol karamel jenama Hershey's dikeluarkan. Sirap karamel itu dicurah dari atas kebawah dan diulangi sehingga dirinya berasa puas dengan kuantiti karamel yang ada.

Alex pula mengambil sirap coklat lalu dicurah seperti Sofea Allesandra. Tadi cemburu, tapi tiru gaya orang.

Heh!

Sofea Allesandra terus menapak ke bahagian ruang tamu meninggalkan Alex berseorangan. Mangkuk bertih jagung itu dibawa dengan berhati-hati. Sebaik tiba di bahagian tengah ruang tamu, terlihat Edward dan Darien yang khusyuk menonton televisyen. Tanpa berlengah, Sofea Allesandra terus menghempas punggung di sebelah Edward Michael. Kepala diletakkan keatas dada bidang Edward Michael yang berlapik baju. Kepala digeselkan pada dada bidang jejaka itu persis kucing parsi gamaknya !  Edward Michael yang melihat telatah Sofea Allesandra tertanya-tanya.

CASAMONICA  (HOLD)Where stories live. Discover now