C H A P T E R : O N E

1.1K 126 38
                                    

Chapter One

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter One

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

HARI Isnin, hari di mana orang mula bekerja setelah bercuti pada hari Sabtu dan Ahad. Hari yang baharu juga buat seorang gadis bernama Haura Medina.

"Ah, penatlah!" Haura yang sudah tercungap-cungap menolak troli yang berisi cadar dan tuala berwarna putih itu terus melabuhkan punggungnya pada sebuah bangku di tepi tangga.

Peluh yang merenik di dahi dia kesat menggunakan belakang telapak tangannya. Hari ini saja sudah masuk tiga buah bilik yang dia bersihkan.

Menjadi seorang housekeeper di salah sebuah hotel lima bintang itu amat memenatkan. Dia harus segera mengemas bilik yang sudah digunakan oleh pelanggan kerana akan ada pelanggan yang lain ingin masuk ke dalam bilik itu nanti.

Walaupun bukan Haura seorang saja yang mengemas, namun rasa penat itu tetap ada. Kakinya terasa bagaikan jelly.

"Haura! Aku dah sudah!'

Nuha yang baru saja kembali dari tandas segera mendekati Haura yang sedang duduk tidak jauh darinya itu.

"Jom lah. Kita ada lagi berapa bilik lagi kena kemas," Nuha menarik troli itu ke arah pintu bilik bernombor 432.

Haura bangkit. Tiba-tiba, telefonnya berdering. Poket seluar cepat-cepat diseluk. Satu nombor yang tidak diketahui siapa pemanggilnya.

Haura berkira-kira sama ada mahu angkat panggilan tersebut atau tidak. Gerak hatinya menyuruh dia menjawab panggilan itu.

Logo berwarna hijau ditekan. Telefon didekatkan ke telinga.

10 minit kemudian

"Baiklah, cikgu. Nanti saya tanya pada dia," ucap Haura sambil tersenyum tipis.

Seusai dia memberi salam dan mematikan panggilan, telefon disimpan semula ke dalam poketnya.

Guru kelas Haris Mateen, adik bongsunya memberitahu bahawa Haris seorang saja pelajar yang belum membayar yuran sekolah.

Haura pelik. Tiga hari lepas, dia ada memberi sejumlah wang yang banyak kepada Haris bertujuan untuk membayar yuran. Namun, kenapa gurunya memaklumkan sebegitu?

Haura nenarik nafas panjang. "Haih, budak ni. Jangan dia berjoli dengan duit tu sudah. Kalau aku dapat tahu, nahas dia."

Dia menggumam perlahan sebelum kembali melakukan kerjanya semula.

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now