C H A P T E R : S E V E N

676 91 11
                                    

Chapter Seven

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Chapter Seven

༛༛ ༛ ༛༺༻༛ ༛ ༛༛

SEBUAH kereta berjenama Mercedes AMG GT-63s yang berwarna hitam metalik mula memasuki ke dalam kawasan The RX's Mansion. Suasana di sekeliling rumah mewah tersebut sunyi sepi yang hanya dihiasi dengan pokok-pokok yang menghijau serta beberapa orang pengawal yang mengawasi kawasan tersebut.

Seorang gadis yang duduk di sebelah kerusi pemandu itu menarik wajah masam sambil berpeluk tubuh. Bibirnya memuncung ke hadapan.

"Turun," suruh Ryan lalu mengerling sekilas ke arah gadis berambut panjang itu.

"Tak nak!" gadis bertubuh genit itu memberontak.

"Alice, boleh tak jangan buat perangai budak-budak? Aku tak ada masa lah nak layan," Ryan naik rimas dengan sikap Alice yang seringkali mencabar kesabarannya.

Alice Dianne, adik bongsu Ryan Xavier. Berusia lapan belas tahun dan masih tidak bekerja. Hobinya adalah menghabiskan duit Ryan dengan membeli-belah barangan yang tidak berfaedah.

Gadis muda itu menoleh. Irisnya yang berwarna kuning keemasan itu mencerlung tajam.

"Eh, hello? Siapa yang tadi main angkut je orang masuk dalam kereta? Abang jugak kan? Abang tak faham lagi ke, Alice tak nak datang rumah abang. Look at that, your men is everywhere. Alice tak suka!" bentak Alice geram. Jarinya ditujukan ke arah lelaki-lelaki bersut hitam serta berkaca mata di sekitar rumah Ryan.

"Aku bawa kau datang sini bukan untuk suka-suka atau nak bagi kau hidup macam raja dalam rumah aku tu. Kalau bukan sebab Nash, aku tak ingin nak hadap muka kau tahu?" dahi jendul adiknya ditunjal perlahan. Alice menolak tangan abangnya agar tidak menunjal dahinya lagi.

"Sejak bila pula abang ikut cakap Nash? Bukan abang ketua ke?" Alice hairan seketika dengan jawapan yang diberikan oleh Ryan tadi. Setahu dia, Nash itu cuma orang kuat Ryan.

Pelik betul bila abangnya kata bahawa dia sekadar memenuhi permintaan Nash. Apa pula yang Nash minta daripada abangnya itu?

Ryan mengeluh. Teringat pula kisah malam tadi. Selepas gadis yang bertudung itu pengsan selepas menerima tamparan daripadanya, Nash segera bertemu dengan Ryan.

Apa yang membuatkan Ryan bengis adalah Nash meminta untuk membawa seorang lagi perempuan ke dalam rumah tersebut. Katanya, mahu bagi gadis itu selesa disebabkan semua yang ada di situ hanya lelaki.

Pada mulanya, Ryan menolak permintaan Nash. Habis lelaki itu dimakinya. Tapi bila difikirkan balik, ada betulnya juga. Daripada perempuan itu berasa takut dengan keadaan sekeliling, baik dia terima saja cadangan Nash.

Bidadari Tuan RyanWhere stories live. Discover now